Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Remaja Tinggalkan Bayi Mati Kebuluran Untuk Berparti

30-1-2018 05:18 PM |Dilihat:3090| Komen: 46
Tak berhati perut! Ramaja berusia 17 tahun sanggup membiarkan bayi lelakinya mati perlahan-lahan di rumah sedangkan dia berparti selama seminggu bersama rakan-rakan.

Mirror melaporkan, Viktoria Kuznetsova dari Rostov, Rusia, tidak menunjukkan sebarang perasaan ketika mahkamah menjatuhkan hukuman panjara enam tahun setengah terhadapnya.



Menurut laporan, mayat Egor yang mereput ditemui dalam keadaan matanya terbeliak.

Ketika dibicarakan, Viktoria mengaku ada merancang untuk membunuh bayi berusia sembilan bulan itu sebaik dia mendaftar ke kolej.

Difahamkan, Viktoria menunggu suaminya berangkat untuk menjalani khidmat latihan tentera sebelum meninggalkan Egor keseorangan di rumah dan kebuluran sementara dia berparti.


Foto: Mirror

Dalam seminggu itu, Viktoria menumpang di mana-mana asrama pelajar dan hanya pulang sekali sahaja untuk memberi air kepada anjing peliharaannya tanpa sedikitpun menghiraukan bayi berkenaan.

Hakim memutuskan bayi itu meninggal dunia kerana kehausan dan kelaparan sementara hasil bedah siasat menunjukkan organ dalaman mangsa gagal satu demi satu kerana kekurangan makanan dan air.

Penemuan itu adalah susulan laporan jiran berhampiran yang berasa bimbang kerana sudah lama tidak melihat kelibat Egor dan ibunya, lapor saluran berita NTV.

Berdasarkan laporan, tertuduh memberitahu rakan-rakannya bahawa Egor ditinggalkan bersama ibu saudaranya.

Tanpa rasa bersalah, Viktoria sempat memuat naik gambarnya berparti bersama 'Nastya' sementara bayinya sedang nazak di rumah.

Difahamkan, dia mengaku kepada polis telah menghantar bayi itu ke rumah anak yatim ketika berusia sebulan, namun Egor kemudian dikembalikan kepadanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 46
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cheekylala 1-2-2018 08:24 AM
Jahat gile!

Lain-lain Komen

Quote Modngengade 30-1-2018 05:25 PM
ini perempuan ke jembalang?  buruk benar mukanya
Quote prettyuglybabe 30-1-2018 05:36 PM
tak nak anak apasal ko beranak setan..
Quote dinopower2 30-1-2018 05:37 PM
kemurungan tul dgr berita camni.....
Quote abangadek 30-1-2018 05:56 PM
sebaik bukan ummah meleis.. nak maki pun malas
Quote chazey 30-1-2018 06:03 PM
Ramai2 kokesen, Russians ni la paling hina sekali seropa 10 keturunan najis mughallazah @hentakan kan? Ada jah jenayah pprt mereka.
Quote noor2 30-1-2018 06:09 PM
Astaghfirullah. ...baca cerita ni sgt kejam. ...beristighfar banyak kali lepas baca. ..kejamnya perempuan ni.....
Quote Iema5008 30-1-2018 06:42 PM
Kokosen versi pprt tau nak buat anak saja. Jaga tak mau
Quote umbut 30-1-2018 07:00 PM
Rusia, china.. negara pun dekat2.. perangai mcm &^%$#%^
Quote LautBiru52 30-1-2018 07:35 PM
Kesiannya baby. Mati dlm keaadaan terbeliak. Ramai org nk anak oi. Ko boleh biar mcm tu je anak ko {:cryrun
Quote AkuMark 30-1-2018 07:51 PM
Sampai ati tinggal baby kelaparan...binatang peliharaan ingt plak nk d beri minum
Quote moonbug 30-1-2018 07:55 PM
Penjara 6 tahun je, tak setimpal kot
Quote HazeLJoseph 30-1-2018 08:44 PM
Apakah{:cryrun
Quote SummerAutumn 30-1-2018 11:34 PM
Hanatnya perangai kau dek
Quote Bujat 30-1-2018 11:46 PM
Sundelnya cikki ini
Quote onexox97 30-1-2018 11:59 PM
baik pulak dengan anjing tu
napa la dgn ank sendiri tak buat baik camtu
Quote lasagnaklcc 31-1-2018 07:37 AM
Berapa lama la baby tu bertahan.... tak blh byg
Quote shernazz 31-1-2018 07:45 AM
Paling sadis
Satu persatu organ gagal sebab kebuluran
Weiii...jilakenya..harap dibuli dlm.jail.nnt
Quote edee_91 31-1-2018 07:48 AM
budak tu dah bagi dah baby tu sebab dia taknak, yang pergi pulangkan balik tu buat apa? bangang.
Quote borrow 31-1-2018 07:56 AM
Cam org jepun tu . Sengaja biar 2 anak mati kebuluran kat rumah. sementara sheols enjoy liburan.

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098727s Gzip On
To Top