Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Penjawat Awam Cedera Gara-gara Menurunkan Bendera

30-1-2018 12:28 PM |Dilihat:1040| Komen: 5
Dua penjawat awam termasuk Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) cedera gara-gara menurunkan bendera dipasang tanpa permit.

Harian Metro melaporkan, mereka diserang lelaki tidak dikenali ketika menjalankan operasi itu di Lembah Sireh, Kota Bharu, kira-kira 8.45 pagi kelmarin.


Gambar Hiasan

Akibat serangan itu, Nik Mohamed Noor Nik Ishak, 57, cedera di dahi manakala Pembantu Tadbir MPKB-BRI Hanapi Salleh, 50, cedera di telinga kiri.

Sebelum kejadian, Nik Mohamed Noor bersama tujuh anggotanya menjalankan operasi mengambil bendera dipacak di kawasan larangan dan tidak mempunyai permit.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba kami didatangi tiga lelaki dalam keadaan marah sebelum salah seorang daripada mereka merampas kayu bendera dan terus memukul seorang anggota di telinga kiri, manakala saya ditumbuk di dahi.

"Selepas kejadian itu, saya dan anggota yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan pesakit luar"Saya kesal dengan perbuatan individu terbabit kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Kes ini, saya serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hingga kini masih tiada tangkapan dibuat.

"Kes kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Rainsack 31-1-2018 11:57 PM
Kesiannye adoi

Lain-lain Komen

Quote renko 30-1-2018 01:03 PM
barbaric punya org
Quote zorrro_03 30-1-2018 01:28 PM
bendera menatang apa kah?  
Quote Sandal 31-1-2018 07:29 AM
bendera timbang kati kot?
Quote ultra78 31-1-2018 08:02 AM
Biasanya orang malaysia ni boleh hilang akal kalau melibatkan politik.
Quote Rainsack 31-1-2018 11:57 PM
Kesiannye adoi

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092164s Gzip On
To Top