Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kahwin Dalam Bilik Air

29-1-2018 12:05 PM |Dilihat:2231| Komen: 21
Dua mempelai ini nekad melangsungkan perkahwinan mereka di dalam bilik air selepas berlaku sesuatu tak dijangka, lapor Mirror.



Pasangan Brian Schulz, 26, dan Maria Schulz, 21, sepatutnya berkahwin di Mahkamah Daerah Monmouth, disaksikan keluarga dan sahabat terdekat.

Bagaimanapun, tak lama selepas upacara perkahwinan berlangsung, ibu pengantin lelaki yang menghidap asthma tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas hingga upacara terpaksa dihentikan.

Ibu Brian dibawa ke bilik air dan diberi rawatan oksigen sementara menunggu ketibaan paramedik.

Walaupun bimbangkan keadaan wanita itu, pasangan terbabit enggan membatalkan perkahwinan kerana mereka perlu menunggu 45 hari untuk mendapatkan lesen perkahwinan baru dan perkahwinan itu tidak dapat diteruskan tanpa kehadiran ibu pengantin lelaki.

Enggan meninggalkan bilik air kerana khuatir keadaan ibu Brian memburuk, mereka bersetuju untuk meneruskan upacara di dalam bilik air.


Foto: Mirror

Sementara itu, New York Post melaporkan, Hakim Katie Gummer bersetuju untuk menukar lokasi upacara perkahwinan selepas pegawai sheriff Leonard Maxfield mencadangkan ia diteruskan di dalam bilik air berkenaan.

Menurut Brian, dia sedikitpun tidak berasa malu melangsungkan perkahwinannya di dalam bilik air kerana baginya, lokasi perkahwinan bukanlah perkara terpenting. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote abangadek 30-1-2018 06:18 PM
koboinya kau dek

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 29-1-2018 12:09 PM
Poor u guys{:cryrun mula2 mcm nk kutuk, baca cerita, sian pulak
Quote idril 29-1-2018 12:17 PM
beautiful couple la sama cantik n hensem
Quote Supersirap 29-1-2018 12:18 PM
Yang penting janji kahwin hehehe
Quote Artemesiaa 29-1-2018 12:32 PM
Syabas sebab mereka berdua tak cerewet pasal lokasi asalkan upacara dapat dijalankan
Quote xtahumenahu 29-1-2018 12:40 PM
comel jah couple tuh...xper laa...nanti leh buat majlis lain
Quote hentakan 29-1-2018 12:44 PM
alahai, bukan yg pertama pun

mak pak si @FOTHER-MUCKER yg first main dlm toilet, kawin dlm toilet, beranakkan si fothe mucker  dlm toilet

satu famili gelumang dgn taik

Quote saladin780 29-1-2018 01:03 PM
Sebab ada rupa..kurang skit hencapan..
Cer klu muka huduh..
Quote Rainrein 29-1-2018 01:04 PM
Ingatkan nape dah kawen dalam tandas. Kesiannye korang.
Quote missinpiece 29-1-2018 01:30 PM
Yg penting berbahagia. Couple sama cantik sama padan
Quote CiliPadiSedap 29-1-2018 03:05 PM
kenapa ye mereka kahwin kt mahkamah? bukan patut kahwin kt church ke?
Quote shernazz 29-1-2018 03:19 PM
Hahaha
Kalau muka x.siap
Sure komen selayaknya kN..
Quote batmana 29-1-2018 03:29 PM
senangla
pelamin, adat2 karut tu tarak

dibuatnya letak kt toilet pelamin
masalah la plak
Quote RatuDunia94 29-1-2018 04:17 PM
Mula2 ingatkan pasl nk cr perhatian buat kelainan.. X jd nak hencap.. Tp still deols da je option lain..
Quote yangsemb 29-1-2018 06:36 PM
Tahniah, ini contigency plan yg amat menarik {:teatime
Quote ~boolean 29-1-2018 06:42 PM
tahniah lah...rasional. Tempat tak penting, yang penting dah kahwin.
bukan macam orang kita..tengok yuna kahwin terus nak request tempat sama dengan pelamin sama...walhal tak ada bajet...
Quote naina 29-1-2018 06:50 PM
Simple. Dan sgt bertolak ansur.  Moga kapel ni kekal ke akhir hayat
Quote DennisTrillo 29-1-2018 06:54 PM
Hrmmm.. bhgia hndaknyee hingga ke ank cucu
Quote miznora 29-1-2018 06:59 PM
seb bek tandas nampak wangi. bole la kawen situ
Quote HannahMontana 29-1-2018 08:27 PM
Mrk xnak berzina ,,,apa2 hal pun kahwin dulu ..nak resepsi ke selepas itu buat yg afdhol,Alhamdulillah.

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082301s Gzip On
To Top