Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sentiasa Bekerja Lebih Masa, Lagi Doktor Muda Mati Secara Mengejut

29-1-2018 11:39 AM |Dilihat:1860| Komen: 14
Kurang sebulan selepas seorang pakar perubatan wanita maut, kini seorang doktor muda di wad kecemasan hospital di China juga menerima nasib yang sama.

Doktor tersebut maut susulan syif malam yang memerlukannya merawat sekurang-kurang 40 orang pesakit.

Xining Evening News melaporkan, doktor yang dikenali sebagai Guo Qingyuan, 43, pengsan pada akhir syif yang sibuk di Hospital Universiti Qinghai, selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas.

Guo Qingyuan, Foto: wxn.qq.com
Guo juga dilaporkan mengalami sawan dan pengsan sebelum dibedah selama empat jam, namun akhirnya gagal diselamatkan.

Tragedi ini berjaya meraih perhatian ramai pihak, yang rata-ratanya mengucapkan takziah dan menyatakan sokongan mereka kepada golongan doktor yang terpakasa bekerja sepanjang masa.

Seorang wanita berkata, Ketika itu saya dapat lihat betapa sibuknya mereka. Kebanyakan masa tidak dapat berehat atau makan secukupnya kerana sentiasa bersedia merawat pesakit.

Saya tabik semua pekerja perubatan, katanya.

Guo dilaporkan sentiasa bekerja lebih masa selama tiga jam untuk memastikan tugasan diserahkan kepada rakannya dalam keadaan lengkap dan sempurna.

Pada 29 Disember lalu, seorang pakar respiratori wanita berusia 43 tahun di wilayah Shanzi meninggal dunia selepas bekerja 18 jam tanpa henti. -CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
4
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-2-2018 10:51 PM
Jorja replied at 2-2-2018 08:48 PM
Live for nothing or die for something!! D Rambo

Obviously he die for something

Lain-lain Komen

Quote zamzam 29-1-2018 11:44 AM
kesian doctor2 ni. dahlah belajar susah kerja pun susah penat segala.

tapi aliff shukri xpass spm boleh tayang reta duit segala hidup terlebih mewah.

mmg tak adil kan?
Quote ninjago 29-1-2018 11:48 AM
kesiannya... teringat ada 1 doc kt GH tahun lepas meninggal accident langgar pokok on the way balik dr syif malam.. muda lagi. mesti sebab kepenatan keje. i pray the best for all doctors. sabung nyawa nak selamatkan nyawa yg lain. kerja mulia tu.
Quote Supersirap 29-1-2018 12:19 PM
Liku-liku seorang doktor, kita doakan yang terbaik kepada semua doktor di dunia mendapat kesihatan yang menyeluruh untuk merawat orang ramai
Quote Dwdrum 29-1-2018 12:21 PM
Sudah trend kah sekarang

Takziah
Quote dodolgemok 29-1-2018 12:23 PM
Takziah buat doktor tersebut. Ummah tanah air Xhabis2 mencerca doktor.
Quote Artemesiaa 29-1-2018 12:29 PM
Berusaha menyelamatkan nyawa orang sampai nyawa sendiri yang akhirnya melayang, takziah buat keluarga beliau
Quote matamata 29-1-2018 12:38 PM
Ummah kalau tertengok doktor nap kat meja sekejap cepat2 amik gambar viral kat fesbuk claim doktor tak buat kerja....
Quote RatuDunia94 29-1-2018 04:42 PM
zamzam: kesian doctor2 ni. dahlah belajar susah kerja pun susah penat segala.tapi aliff shukri xpass spm boleh tayang reta duit segala hidup terlebih mewah.mm ...


Kann sbb tu org kata kerja doktor ni xde life..
And nk jd doktor ni bukan sbb parents yg suruh.. Tp sbb diri sendiri yg minat n ada passion..
Quote Star_el 29-1-2018 04:49 PM
matamata replied at 29-1-2018 12:38 PM
Ummah kalau tertengok doktor nap kat meja sekejap cepat2 amik gambar viral kat fesbuk claim doktor t ...

kan! zaman viral yg xleh bersangka baik dan berlapang dada dgn org.
Ko yg cuma tgk a snippet of that person's life sedap2 je nak kutuk macam2.
Quote pooh~key 29-1-2018 04:56 PM
zamzam replied at 29-1-2018 11:44 AM
kesian doctor2 ni. dahlah belajar susah kerja pun susah penat segala.

tapi aliff shukri xpass spm ...

Siapa suruh belajar jadi doktor dekkkkkkkk?????????
Quote prizadane 29-1-2018 04:59 PM
sebab tu aku kalau pergi GH, faham doctor penat dan busy. kadang-kadang tak faham orang yang datang emergency GH n demand doctor layan diorang dengan cepat. pernah borak with satu MO ni waktu dekat GH, 18jam dah dia kerja untuk shif tu. kesian kot... memang muka nampak penat sangat... tapi terpaksa.
Quote Nonones 29-1-2018 05:01 PM
I dulu cita-cita mmg nak jd doctor, dah nak apply med school. disebabkan mak aku nurse, dia tau doctor ni belajar susah, kerja susah terus dia tak merestui aku nak jd doctor. cari kerja lain katanya walaupun kerja tu mulia dan bertaraf tinggi di mata mak mertua
Quote Jorja 2-2-2018 08:48 PM
Live for nothing or die for something!! D Rambo
Quote supernaturalee 2-2-2018 10:51 PM
Jorja replied at 2-2-2018 08:48 PM
Live for nothing or die for something!! D Rambo

Obviously he die for something

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.091565s Gzip On
To Top