Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pelajar Dituduh Curi Telefon Kritikal, Guru Dipindahkan Ke PPD

29-1-2018 10:29 AM |Dilihat:1624| Komen: 0
Kemas Kini:

Pelajar Tingkatan dua yang cuba membunuh diri kini masih dalam keadaan kritikal akibat kecederaan otak.

Dia kini sedang bertarung nyawa di sebaik dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohd Jamil Mohamed berkata, guru terlibat telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah (PPD) Seberang Prai Selatan.


_____________________________________________
Ekoran dituduh mencuri telefon bimbit milik gurunya, seorang pelajar tingkatan dua yang kecewa bertindak cuba membunuh diri.

mStar Online melaporkan, pelajar dari Nibong Tebal itu mengunci dirinya dalam bilik selepada dibawa pulang ke rumah oleh guru kelasnya.

Remaja perempuan itu dipercayai cuba menggantung diri dengan menggunakan selendang.

Bpanya yang berusia 50-an berkata, Saya cuba untuk membuka pintu bilik itu dan membuat CPR sebelum membawanya ke hospital."

Pelajar 14 tahun itu juga meninggal nota kepada ibu bapanya, menafikan sekeras-kerasnya dia mencuri dan tidak mahu menyusahkan mereka.

Foto: Projek MMO
"Tiada siapa yang bersalah atas kematian saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dikasihi kerana menjaga saya. Maafkan saya. Cikgu, saya bersumpah tidak mencuri telefon kamu."

Sementara itu menurut laporan Malaysia Kini, ibu saudara kepada pelajar berkenaan, Vinothini Kalaivanan, berkata suaminya, Manogaran Retom meminta polis mengambil tindakan terhadap guru terbabit kerana menyebabkan anak saudara cuba menggantung diri.

Foto: Sinar Online
"Doktor mengatakan dia tidak boleh keluar dari hospital lagi.

"Kami sangat bimbang dia akan kehilangan nyawa. Ibu bapanya terlalu sedih atas kejadian ini.

"Dia tidak bersalah dan kami harap tindakan diambil terhadap guru itu." -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
9
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065785s Gzip On
To Top