Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Teknologi Ini Buatkan Pelajar Dah Tak Boleh Ponteng Kuliah. Boleh Percaya Ke?

Oleh: Whitney|29-1-2018 11:08 AM |Dilihat:1097| Komen: 9

Kes ponteng kelas bukan sahaja berlaku di sekolah, tetapi di institusi pengajian tinggi pun boleh tahan serius kes tersebut. Kalau dah kaki kelentong dan ponteng tu, belajarlah kat mana-mana pun, mesti terbawa-bawa gejala tersebut melainkan timbul kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri.

Menariknya, seorang pengguna twitter bernama Syahira Radzi menaikkan gambar pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Petronas yang mana dikehendaki mengimbas kod QR sebagai kedatangan ketika berada di dalam dewan kuliah. 

Seiring dengan teknologi yang semakin canggih, sistem sebegitu dapat meminimumkan penggunaan kertas dan ramai netizen yang berpendapat ia juga dapat mengatasi pelajar yang suka ponteng kuliah.


Biasalah, teknologi yang canggih tidak semestinya membuatkan netizen teruja. 

Ada yang tak suka sebab susah nak ponteng kuliah dan leceh kerana perlu mengimbas kod QR setiap kali tamat kelas.



Betul tu, secanggih mana pun teknologi, akal pelajar adakalanya lebih bijak dan sentiasa kreatif mencari alasan dan cara untuk ponteng kelas. 

Senang cerita, bagi pelajar yang mahu ponteng, kirimkan saja telefon pintar itu kepada rakan sekelas untuk mengimbas kod QR. 




Setuju sangat dengan komen netizen ni, sebenarnya tidak perlu pun pensyarah menanda kedatangan pelajar sekiranya pelajar-pelajar mempunyai adab dan menghargai ilmu yang dicurahkan. 

Ia lebih berkat dan pelajar-pelajar akan lebih berjaya dalam pelajaran.


Apa pun, tujuannya bukanlah nak elak kes pelajar ponteng tetapi nak mengdhadkan penggunaan kertas di institusi pengajian tinggi sahaja. Nampaknya pelajar-pelajar melihat penggunaan kod QR di bilik kuliah lebih kepada kesukaran mereka untuk ponteng kelas. 

Siapa pernah ponteng kelas dan minta kawan sekelas yang tolong tanda kedatangan? Mesti ramai yang mengaku ni. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 31-1-2018 01:54 AM
jazaa100 replied at 30-1-2018 10:20 AM
Masa tutorial memang tak lah nak ponteng tapi klu kelas pagi, ponteng gak....

Klu class kat lec ...

Besenya yg sebut sorang2 ni subjek kursus pengajian. Pensyarah yg level2 senior Professor..

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 29-1-2018 12:17 PM
Ok  jer kalau nak pilih cara tu.  Biasalah bila terpaksa gunakan alatan sebegitu mulalah banyak bunyi.  Pemnbayaran bila beli barangan pun mula guna Qpay sekarang ni macam di overc.
Quote RatuDunia94 29-1-2018 07:26 PM
Zmn iols study dulu lecturer akan sebut nama sorang2.. Ko rasa boleh ke nk poteng?
Quote swimswim 30-1-2018 08:57 AM
Menarik juga
Quote kechikchomel 30-1-2018 09:32 AM
RatuDunia94 replied at 29-1-2018 07:26 PM
Zmn iols study dulu lecturer akan sebut nama sorang2.. Ko rasa boleh ke nk poteng?

berapa ramai student dalam satu kelas tu?
jenuh laaa nak sebut satu2 nama


ktorang pun pernah la sekali lecturer sebut nama sorang2
tapi ktorang tak ramai sangat masa tu, dalam 80++ jugak la
Quote jazaa100 30-1-2018 10:20 AM
RatuDunia94 replied at 29-1-2018 07:26 PM
Zmn iols study dulu lecturer akan sebut nama sorang2.. Ko rasa boleh ke nk poteng?

Masa tutorial memang tak lah nak ponteng tapi klu kelas pagi, ponteng gak....

Klu class kat lecture theatre mana lecturer nak panggil nama sorang sorang sbb combine class kan....kekdg lecturer perli, org tak ramai tapi attendant  list penuh je signature...
Quote syidasaleh 30-1-2018 12:40 PM
kechikchomel replied at 30-1-2018 09:32 AM
berapa ramai student dalam satu kelas tu?
jenuh laaa nak sebut satu2 nama


Masa i dulu yg mengajar tu dekan.heols gigih okay baca satu2 nama.salute sgt.
Quote batmana 30-1-2018 12:50 PM
klu kamera rosak,
masak la student tu.

Quote RatuDunia94 31-1-2018 01:52 AM
kechikchomel replied at 30-1-2018 09:32 AM
berapa ramai student dalam satu kelas tu?
jenuh laaa nak sebut satu2 nama


Kalau subjek fakulti or pusat pengajian jarang la sebut sorang.. Tp kalau kalau subjek kursus pengajian mmg sebut sorang2 la sbb dlm 30++ jah.. Besenya yg suka sebut sorang2 ni yg taraf profesor yg dh senior2.. Very strict!
Quote RatuDunia94 31-1-2018 01:54 AM
jazaa100 replied at 30-1-2018 10:20 AM
Masa tutorial memang tak lah nak ponteng tapi klu kelas pagi, ponteng gak....

Klu class kat lec ...

Besenya yg sebut sorang2 ni subjek kursus pengajian. Pensyarah yg level2 senior Professor..

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054139s Gzip On
To Top