Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Makan Mangga, Lelaki Maut Direnjat Elektrik

25-1-2018 11:15 AM |Dilihat:971| Komen: 6
Hasrat lelaki mahu makan buah mangga terkubur apabila dia maut terkena renjatan elektrik ketika mengait buah berkenaan yang pokoknya terletak bersebelahan kabel elektrik bervoltan tinggi.


Foto: BH Online

BH Online melaporkan kejadian berlaku di halaman sebuah rumah di Jalan Langkawit, Kampung Benoni, Papar, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai mengait buah mangga sebelum galah batang aluminium digunanya terkena kabel elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya mengesahkan kejadian berkata, Madius Tandurung, 53, bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat kuari di kawasan berhampiran.

"Berdasarkan maklumat daripada rakannya, mangsa menyatakan hasrat untuk makan buah mangga dan terus ke lokasi untuk mengait buah berkenaan.

"Selepas kira-kira sejam tidak pulang ke tempat kerja, rakannya hairan sebelum mereka ke lokasi kejadian dan menemui mangsa terbaring di atas rumput," katanya.

Rakan mangsa kemudian menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan, namun difahamkan mangsa sudah meninggal dunia ketika anggota tiba di lokasi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aqissa 31-1-2018 11:05 PM
Salam takziah...

Lain-lain Komen

Quote moonbug 25-1-2018 11:19 AM
Semalam lelaki meninggal kena renjatan elektrik masa charge handphone, harini masa kait buah mangga. Takziah
Quote MH3707 25-1-2018 11:20 AM
musim rencatan elektrik pulak...last few week musim tampar menampar...
Quote mdhelmi 25-1-2018 12:00 PM
kalo batang pengait pjg sgt susah nk control
mungkin masa kait tu terbabas ke cable
persoalannya pokok tu ada tuan ke x?
papepon takziah
Quote Oroi8887 25-1-2018 12:19 PM
Kesiannya...
Quote mieymiey 25-1-2018 01:20 PM
Takziah
Quote aqissa 31-1-2018 11:05 PM
Salam takziah...

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.078738s Gzip On
To Top