Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Terperangkap Dalam Freezer, Penjual Daging Ini 'Berhutang Nyawa' Dengan Sosej Beku

19-1-2018 02:50 PM|Oleh: Ain | Dilihat: 3072| Komen: 15

Siapa sangka sosej yang enak mampu menyelamatkan nyawa seorang penjual daging?


Foto: Thrillist

Memetik BBC, Christopher McCabe, 70, terperangkap di dalam bilik sejuk beku di kedainya di Totnes, Devon.

Menurutnya, ketika mengambil daging pesanan pelanggan, pintu tiba-tiba tertutup kerana ditiup angin kuat. Pada awalnya, McCabe tidak panik kerana dia tahu bilik itu dilengkapi sebuah butang keselamatan yang membolehkan pintu dibuka dari dalam.

Alamak! Boleh bayangkan tak kalau kita berada dalam situasi macam itu? Mesti menggelabah habis, kan?

Namun, malang nasibnya apabila butang itu sudah beku kerana suhu di dalam bilik berkenaan mencapai -20 darjah Celsius yang juga boleh membunuh manusia dalam masa satu jam kerana kedinginan.

Dia cuba mengetuk pintu, tapi tiada siapa mendengarnya dari luar.

Ketika panik, McCabe ternampak sebungkus sosej beku dan menggunakannya untuk mengetuk butang berkenaan hingga berjaya memecahkan ais di sekeliling butang itu dan membuka pintu tersebut.


Foto: The Independent

"Saya sangat bernasib baik. Kami menjual sosej itu dalam dua hingga tiga bungkus seminggu dan sosej yang saya jumpa adalah stok terakhir yang kami ada," 
katanya.

Nasib baiklah dia jumpa yang besar. Kalau guna sosej kecil yang biasa kita jumpa di kedai itu, alamatnya membekulah dia selepas sejam. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
5
Terkejut
8
Sedih
0
Lawak
5
Bosan
6
Komen: 15
Komen

Previous : Lelaki Suka Masukkan Tangan Dalam Poket Seluar, Macho Ke?

Next       : Mahu Kelihatan Seperti Artis Korea, Lelaki Ini Sanggup Jalani 30 Kali Pembedahan Plastik!

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 25-3-2018 07:21 AM
mujur tak panik...kalau tak beku otak dah

Lain-lain Komen

Quote Supersirap 19-1-2018 02:58 PM
Belum ajalnya lagi...
Quote Victorioussss 19-1-2018 03:01 PM
Luck. Pergi beli loteri cepat pokcik!

Sosej dia kat bawah tu pun mesti membeku dalam 10 menet pertama. Harap2 tak frostbite gangren
Quote yangsemb 19-1-2018 03:01 PM
Woww...close call {:childlike
Quote Artemesiaa 19-1-2018 03:05 PM
Bagus cepat uncle ni bertindak sebab tu dalam hal kecemasan kena bertenang dan jangan cepat panic.  Bila panic apa pun tak boleh difikirkan
Quote CiliPadiSedap 19-1-2018 04:08 PM
no. sosej ni 65984 beli nombor tekan2 xdapat
Quote moonbug 19-1-2018 09:03 PM
Sejuk gila -20
Quote Zaien 19-1-2018 09:18 PM
So luckyyyyy {:spec
Quote Jorja 20-1-2018 01:39 PM
Takut tengok sosej tu
Quote Konahhh 21-1-2018 12:07 AM
Berpantang maut sebelum ajal namanya ni
Quote mieymiey 22-1-2018 09:14 AM
Mujur pakcik ni masih mampu berfikir dan bertindak. Kalau panik taktau nak buat apa, sah-sah sejam terbuang begitu saja.
Quote chinta89 22-1-2018 01:18 PM
pjg nyawa dia
Quote emelia1509 23-1-2018 02:22 AM
memang bernasib baik sungguh
Quote deekhan 23-1-2018 01:41 PM
panjang umo pokcik
Quote zasrfikri 4-2-2018 03:00 PM
besarnya sosej tu.
Quote bloodyamuk 25-3-2018 07:21 AM
mujur tak panik...kalau tak beku otak dah

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042637s Gzip On
    To Top