Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Switzerland Larang Masak Udang Kara Hidup-Hidup Kerana Ia Mempunyai Perasaan Sakit..

16-1-2018 11:24 AM |Dilihat:1605| Komen: 29
Bagi penggemar udang kara atau lobster, negara Switzerland mempunyai peraturan tersendiri terhadap cara memasak hidupan laut tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, Switzerland mengeluarkan larangan merebus atau memasak udang kara bernyawa dan larangan berkuat kuasa serta-merta minggu lalu.

Udang kara dan haiwan-haiwan lain yang kaya dengan krustacea di negara itu tidak lagi dibenarkan diperlaku sedemikian selagi ia tidak dimatikan terlebih dahulu.

Ini kerana adanya laporan daripada pencinta haiwan yang menyatakan bahawa udang kara mempunyai perasaan dan ia merasai kesakitan ketika direbus atau dimasak hidup-hidup.


Minggu lalu Mahkamah Persekutuan Switzerland meluluskan undang-undang bagi melindungi haiwan terbabit sebagai sebahagian daripada perubahan peraturan umum mengenai cara menangani haiwan.

Mengikut undang-undang terbabit, penyembelihan haiwan itu perlu dilakukan oleh seseorang yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan dilakukan melalui dua cara iaitu direnjat dengan elektrik atau memukul haiwan sehingga mati terlebih dahulu. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
6
Sedih
1
Lawak
6
Bosan
8
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote EncikRhoma 17-1-2018 12:37 PM
dulu pernah tengok  kat restoren cina di taiping kerat kepala monyet hidup2 kemudian orang sedut otak monyet dengan straw. Sekarang taktau ada lagi ke tak restoren tu

Lain-lain Komen

Quote miss_bear 16-1-2018 11:40 AM
Pukul sampaimati tu pun ngeri aku dengar. Macam orang buat kat ikan keli {:cryrun
Quote samasam90 16-1-2018 11:41 AM
i prefer lagi kau belah tengah tu, pastu keluarkan kotoran, letak rempah, baru panggang.. daripada panggang terus.. alih2 rasa tayar je.. lets be real, tak sedap pun lobster tanpa ada rempah2..
Quote sofiazara 16-1-2018 11:44 AM
kalo ketam nipah tu meols simpan dalam ais dulu sampai mati baru  buat sup masa anak aku kena denggi dulu
Quote sekngucing 16-1-2018 11:46 AM
bunuh bunuh!!!
Quote krustykrab 16-1-2018 11:48 AM
renjat letrik & pukul sampai mati tu diorg tak rasa sakit ke...aduii ngeri jgk dengar.

sbb tu aku tak nak tgk org sembelih binatang, sbb nnt aku rasa kesian terus jadi vegan pulak
Quote ainothman 16-1-2018 12:32 PM
masak idup2. ngeri
Quote Artemesiaa 16-1-2018 12:35 PM
Nasib lobster je ke termasuk juga dengan hidupan laut yang lainnya.  Ke ni ada kena mengena dengan si Sebastian character lobster dalam Little Mermaid tu.
Quote minguk 16-1-2018 01:07 PM
sedapnya udang karaaaaaaa
Quote umbut 16-1-2018 01:25 PM
Jepun atau cina boleh ikut.. diorang lagi sadis
Terkebil2 mata sotong dgn katak, badan jadi sushi
Quote sehirkedi 16-1-2018 02:26 PM
Well done Switzerland!! Malaysia bila lagi nak ikut jejak??? Iols memang takkan makan benda dimasak hidup2.
Quote clarizsa 16-1-2018 02:42 PM
Oh... okayyy
Xtau nk komen cmne huhu
Quote chinta89 16-1-2018 02:56 PM
hmmmm hmmmm xtau nk komen ape
Quote sekngucing 16-1-2018 03:12 PM
kalau di belah barat sana diorang letrikkan dulu lembu biar pengsan.. lepas tu sembelih
Quote taji2906 16-1-2018 03:31 PM
samasam90 replied at 16-1-2018 11:41 AM
i prefer lagi kau belah tengah tu, pastu keluarkan kotoran, letak rempah, baru panggang.. daripada  ...

rasa tayar tu sebab overcooked kot? memang liat la.. udang ni biasa ada rasa manisnya yg sendiri.. wlupun bakar atau rebus kosong je.. tp opkos la letak herbs, garam or butter lg sedap..
Quote tripleid 16-1-2018 03:57 PM
biasala..mat saleh mmg champion kalo bab2 keperibinatangan gini
Quote zorrro_03 16-1-2018 05:23 PM
gila babi nya masak masa tengah hidup2.  ada tu masak ikan hidup2.  depa balut kepala ikan dengan tuala ais.  then goreng badannya.  sanggup pula puak2 gila babi ni makan dgn mulut ikan tercungap2 gitu.  perangai mengalahkan setan betul...
Quote CiliPadiSedap 16-1-2018 05:51 PM
kalau kat australia ayam dia orang nak sembelih kena electric dulu macam electric gun lepas dah mabuk baru sembelih, bagi pencinta haiwan electric tu dah buat mereka mabuk dan tak terseksa bila kena sembelih.

pencinta haiwan kat australia kuat.  
Quote CiliPadiSedap 16-1-2018 05:55 PM
samasam90 replied at 16-1-2018 11:41 AM
i prefer lagi kau belah tengah tu, pastu keluarkan kotoran, letak rempah, baru panggang.. daripada  ...

lobster xsedap pun, yang sedap lobster makan free
Quote eyansss 16-1-2018 06:09 PM
CiliPadiSedap replied at 16-1-2018 05:51 PM
kalau kat australia ayam dia orang nak sembelih kena electric dulu macam electric gun lepas dah mabu ...

dan sekarang diorang tengah perjuangkan nasib lembu dan minta jangan jual ke malaysia sebab kita takkan sembelih tanpa kena elektrik dulu...

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.099043s Gzip On
To Top