Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan 3 Maut Dilempar Kerusi Dari Atas PPR

16-1-2018 10:09 AM |Dilihat:898| Komen: 0
Malang tak berbau. Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya, maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah perumahan.



BH Online melaporkan, kejadian berlaku di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa, S Sathiwaran bersama ibunya, S Kasthurivai, 45, sedang berjalan pulang ke rumah mereka di tingkat 16 blok terbabit.

Menurut sumber, sebelum kejadian, dua beranak itu pergi ke kedai runcit di bawah PPR terbabit. Bagaimanapun, sebaik saja menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga, sebuah kerusi pejabat berwarna biru melayang dari atas dan terkena kepala mangsa.



"Akibat hentaman kerusi itu mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Ibu mangsa terselamat dalam kejadian itu," kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat atau akibat kecuaian.


Foto: BH Online

Siasatan diteruskan dan polis masih sedang mengenal pasti suspek yang membaling kerusi berkenaan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.117961s Gzip On
To Top