Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ramai Kecam Hoodie 'Monyet' H&M Ini Termasuk Selebriti!

12-1-2018 06:14 PM|Oleh: Ain| Komen: 9

Apa pandangan anda terhadap mereka yang memakai pakaian tertera ayat kurang menyenangkan? Pasti terasa menjengkelkan, bukan?

Apatah lagi sekiranya iklan jenama pakaian terkenal seolah-olah menyindir golongan tertentu. Siapa saja tidak sakit hati!

Terbaru, jenama pakaian terkenal H&M menjadi perhatian netizen selepas mengiklankan produk terbaru mereka di media sosial.


Foto: CNN

Gara-gara foto itu, netizen menganggap syarikat berasal dari Sweden terbabit bersifat rasis.

Menerusi gambar, iklan berkenaan menggunakan model kanak-kanak berkulit hitam untuk memperagakan hoodie berwarna hijau.

Apa yang mencetuskan kemarahan netizen termasuk beberapa selebriti terkenal adalah kapsyen yang tertera di atas pakaian berkenaan 'Coolest Monkey In The Jungle' (Monyet Paling Berani/Cool Di Hutan).

Mereka mengecam sekeras-kerasnya strategi pemasaran produk H&M itu.

Menurut CNN, disebabkan isu itu, dua penyanyi rap iaitu G-Eazy (Gerald Gillum) dan Abel Tesfaye yang lebih dikenali sebagai The Weeknd memutuskan untuk menarik diri daripada bekerjasama dengan syarikat terbabit.


Over the past months I was genuinely excited about launching my upcoming line and collaboration with @HM... Unfortunately, after seeing the disturbing image yesterday, my excitement over our global campaign quickly evaporated, and I've decided at this time our partnership needs to end. Whether an oblivious oversight or not, it's truly sad and disturbing that in 2018, something so racially and culturally insensitive could pass by the eyes of so many (stylist, photographer, creative and marketing teams) and be deemed acceptable. I can't allow for my name and brand to be associated with a company that could let this happen. I hope that this situation will serve as the wake up call that H&M and other companies need to get on track and become racially and culturally aware, as well as more diverse at every level.

A post shared by G-Eazy (@g_eazy) on





Dalam sebuah kenyataan, H&M berkata, mereka memahami tindakan diambil selebriti terbabit dan bersetuju membatalkan perjanjian di antara mereka.

Sementara itu, The New York Times melaporkan, syarikat terbabit meminta maaf di atas kesalahan mereka dan menarik semula iklan berkenaan.

"Kami juga akan menarik balik semua pakaian (hoodie itu) yang sudah dipasarkan,"
katanya.

Itulah, fikir dulu kesan dan akibatnya sebelum melakukan sesuatu. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
1
Terkejut
8
Sedih
7
Lawak
7
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : Dah Elok Jadi Manusia, Nak Jadi Kambing Pula! Apa Kes?

Next       : Papa Hot! Dari Kurus Keding Kini Menjadi Sado. Wife Tak Risau Ke?

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-1-2018 10:35 AM
Sebab tu masa nak buat promosi sesuatu produk tu kenalah ambil kira sesitivity semua golongan masyarakat bukan takat masyarakat setempat je, dah product pun di jual serata dunia.  Kalau tak disiarkan dinegara tertentu pun tapi sebab dah disiarkan di laman sesawang pasti akan tular juga akhirnya.

Lain-lain Komen

Quote teddpapel 13-1-2018 07:03 AM
Memang padan la muka .hina orang lagi.{:nose
Quote tint2519 13-1-2018 10:39 AM
H&M pun dah buat permohonan maaf
Quote ~boolean 13-1-2018 11:41 AM
kalau baca komen warga eropah, ramai juga yang okay saja dengan perkataan monkey, sebab monkey ni lebih bermaksud 'anak nakal'...
ibu kepada anak ni pun tak ambil peduli, walaupun dia black, tapi sebab dia bukan american..maka dia pun tak ambil peduli perkataan 'monkey'

aku rasa sama juga di asia...tak ramai yang ambil peduli sangat.

yang sensitif adalah black dari belah2 amerika sana...
sebab monkey adalah penghinaan pada mereka...

aku bukan nak kata h&M 100% tak salah,
tapi baju tu adalah untuk keluaran di UK, bukan US

Baca sesetengah komen ummah black amerika yang terlebih emotional tak ada beza dengan puak lobai lobainita meleis yang pantang kena cuit sikit, terus meroyan...
Quote che-cikL 13-1-2018 12:42 PM
Kalu yg model tu budak girl yg white atau Asian, akan jadi tak protest ni? Takkan?

Bila ada yg sentap, maknanya pihak yg sentap je yg mengiyakan konotasi 'monkey'. Padahal the whole team tak racist, sbb tu bagi depa ok je...
Quote idril 13-1-2018 01:14 PM
bkn ke deme ni percaya asal dari beruk kata  percaya monkey to human evolution pelbagai ujung2 sentap
Quote ReginaGeorge 13-1-2018 03:03 PM
Ler.. Sensitipnye.
Quote emelia1509 14-1-2018 03:52 AM
Nice hoodie
Quote chinta89 14-1-2018 10:07 AM
pulak dahhhhhhhh
Quote Artemesiaa 14-1-2018 10:35 AM
Sebab tu masa nak buat promosi sesuatu produk tu kenalah ambil kira sesitivity semua golongan masyarakat bukan takat masyarakat setempat je, dah product pun di jual serata dunia.  Kalau tak disiarkan dinegara tertentu pun tapi sebab dah disiarkan di laman sesawang pasti akan tular juga akhirnya.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044996s Gzip On
    To Top