Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

3 Jantina Pun Sudah Pening, Tapi Komuniti Bugis Ini Iktiraf 5 Jantina Manusia

12-1-2018 03:35 PM|Oleh: Ghafar Nawi | Dilihat: 1625| Komen: 13

Dunia kini sudah semakin pelik. Kita bukan sahaja dibendung dengan masalah sosial, tetapi juga dibendung dengan masalah kecelaruan jantina. Mudahnya menentukan jantina dahulu kerana lahirnya kita, doktor akan melihat celah kelengkang dan cakap, tahniah, anak lelaki/ perempuan, dengan mudahnya. 

Kebanyakan individu dalam dunia sudah terbiasa mendengar dua jantina ini dan mungkin satu lagi dipanggil transgender. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf transgender dan mengakui hanya ada 2 jantina dalam dunia. Khunsa pula lain cerita sebab itu berkait rapat dengan masalah biologi yang tidak boleh diubah. Kalau 3 pun dah pening, ini pula adalah 5 jantina yang diiktiraf dalam kalangan komuniti Bugis. 

Bissu yang membuat ritual Maggiri
Sumber: tribunnews.com
Etnik Bugis berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia dan mereka banyak merantau serata nusantara. Ramai dari kalangan mereka yang menetap bukan sahaja di sekitar Indonesia, bahkan merangkumi Malaysia, Singapura, Brunei, sesetengah tempat di Filipina dan segelintir di Thailand. Antara individu yang terkenal dengan susur galur keturunan etnik ini adalah Lisa Surihani, Yuna, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dahulunya sebelum Indonesia merdeka, etinik Bugis asalnya mengiktiraf 5 jenis jantina. Antaranya adalah:

1. Makkunrai (wanita sejati)
2. Oroan (lelaki sejati)
3. Calalai (seakan-akan Tomboi/Pengkid)
4. Calabai (seakan-akan pondan/nyah)
5. Bissu (seakan-akan gabungan semua diatas)

Rujuk sini kalau nak mudah faham
Sumber: cilisos.my
Makkunrai dan oroan adalah lelaki dan wanita asli. Mereka menunjukkan ciri-ciri lelaki dan wanita secara fitrah. Calalai dengan calabai pula berlawanan antara makkunrai dan oroan. Nak mudah faham, calalai adalah wanita menyerupai lelaki dan calabai lelaki menyerupai wanita. Ini baru empat jenis jantina, jantina terakhir ini unik sedikit kerana ia adalah gabungan antara semua jantina tadi dan menjadi satu. Ia juga dikenali sebagai bissu.

Komuniti Bugis percaya yang bissu ini secara fizikalnya mungkin sama ada calalai atau calabai. Apa yang membezakan mereka adalah secara spiritual. Mereka seolah-olah dianggap golongan Brahmin dalam kasta Hindu kerana bissu ini rata-rata adalah golongan dihormati kerana boleh berhubung dengan alam roh.

Sumber: indiancountrymedianetwork.com
Orang asli Amerika percaya bahawa golongan transgender yang mereka panggil sebagai berdache ini mempunyai 2 roh (two-spirit). Ia dianggap sebagaimana keadaan senja dimana lelaki disebelah pagi dan perempuan disebelah petang/malam. Bahkan ada sesetengah kaum disana menganggap manusia 2 roh ini adalah penjaga yang memberi keseimbangan kepada alam.

Etnik Bugis pun begitu juga, cuma perbezaan dari budaya dan ritual yang dibuat oleh bissu ini berbeza. Seseorang bissu yang telah dilatih seawal 12 tahun untuk menjadi pelapis adalah dari golongan calalai dan calabai. Semasa prosesnya, mereka diletakkan ditengah-tengah tasik selama 3 hari tiga malam tanpa makan, minum atau bergerak sambil membaca teks bugis yang telah dihafal sebelumnya. Jika dia hidup, maka proses transformasi telah berjaya dan dia akan menjadi bissu.

Bissu dan orang kanannya berpakaian tradisional.
Sumber: america.aljazeera.com
Selepas kedatangan Islam

Selain menjadi pawang, bissu juga merupakan golongan VIP dalam setiap majlis keramaian dalam komuniti. Namun selepas kedatangan Islam dan pembebasan Indonesia dari cengkaman Belanda, golongan bissu lari dan bersembunyi. Ini kerana Belanda dan gerakan Islam yang fanatik seperti Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama melarang 3 golongan ini. Mereka hanya mengiktiraf 2 jantina seperti kebanyakkan masyarakat kini. Terdapat juga kes yang dilaporkan bissu yang ditangkap diarak keseluruh kampong dalam keadaan yang memalukan. Ada juga kes yang kepalanya dipenggal dan diarak satu kampung.

Kini golongan bissu, calabai dan calalai sudah mengecil dan lebih ramai tidak aktif kerana mereka lebih gemar bekerja dalam sektor kecantikan seperti salun, spa, perancangan perkahwinan dan lain-lain kerana ianya lebih lumayan berbanding menjadi pawang.
Sumber: theconversation.com
Jadi mungkin selepas ini anda akan ada sifat husnuzon ketika anda melihat golongan transgender ini. Mereka bukan kecelaruan identiti, tetapi mungkin pawang dari etnik Bugis kuno.

Sumber: mediahiburan.my
Sekarang anda tahu! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : Kaki, Tangan Sejuk Tiba-tiba Walaupun Cuaca Panas? Jangan Abaikan Kerana...

Next       : Fakta Dunia Yang Pelik! Eh, Siapa Tahu Hujan Katak Pernah Berlaku?

Komen Terbaru

Quote aku_best 14-1-2018 06:03 PM
Sekali baca ingatkan cibai..rupanya calabai...

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 12-1-2018 03:41 PM
Hahahhahaha.ayat last tu kurang ajar la tt.choy
Quote syidasaleh 12-1-2018 03:44 PM
Pawang eh.pawang kabang jat
Quote ~boolean 12-1-2018 04:09 PM
Bissu ni macam nazeem adik umi nazeera lah ya. Kejap macam jantan, kejap macam tina, kejap dua alam...kejap berbaju melayu, kejap kumpul barbie

Cuma tak tahu lah boleh berhubung dengan roh ke tidak
Quote CardiGans85 12-1-2018 04:17 PM
Ok..mmg open minded kan
Quote CiliPadiSedap 12-1-2018 04:21 PM
pelik2 je . minta dijauhkan daripada terkena kaum melayu
Quote harkktuih 12-1-2018 04:24 PM
pahlawan ternama jantinanya apa?
Quote AbukRokok 12-1-2018 04:51 PM
harkktuih replied at 12-1-2018 04:24 PM
pahlawan ternama jantinanya apa?

calabai kot

Quote Jorja 12-1-2018 08:33 PM
"Great" minds think alike? Siapa sangka moyang orang bugis bfikir mcm modern american {:smile
Quote BookerT 13-1-2018 11:18 PM
mak yakin yang forumer iloveselangor tu mak hayam calabai...
Quote Konahhh 14-1-2018 12:54 AM
Perhhh proses nak jadi bissu tu boleh meragut nyawa nyahhhh
Quote chinta89 14-1-2018 11:20 AM
takut plk ak tgk bissu nih....

kecelaruan sgt
Quote ReginaGeorge 14-1-2018 03:06 PM
Hi.. Sapa bissu kat sini?  Ada tak?
Quote aku_best 14-1-2018 06:03 PM
Sekali baca ingatkan cibai..rupanya calabai...

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044814s Gzip On
    To Top