Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hilang Semasa Pergi Mengaji: Zainab Dirogol, Mayat Dicampak Dalam Timbunan Sampah

12-1-2018 10:32 AM |Dilihat:2646| Komen: 21
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di Kasur, Pakistan akhirnya terbongkar apabila mayatnya ditemui dalam timbunan sampah.

Sadisnya, terdapat tanda-tanda dirinya menjadi mangsa rogol dan dicekik hingga mati sebelum dihumbam dalam sampah.

Memetik laporan Astro Awani, Zainab Ansari yang berusia 7 tahun hilang semasa dalam perjalanan mengaji Al-Quran.

Mayatnya ditemui lebih kurang dua kilometer dari jarak rumahnya.

Zainab, Foto: BBC
Bukan pertama kali kejadian sebegitu dilaporkan dan pihak polis Kasur telah mengesahkan ada 12 kes pembunuhan hampir serupa direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Lima daripadanya disyaki dilakukan oleh suspek yang sama namun masih gagal ditahan sehingga kini selain 90 orang suspek lain telah diambil sampel DNA nya.

Kematian Zainab telah mencetuskan bantahan penduduk setempat kerana kecewa dengan pihak berkuasa yang gagal menangani kes sebegini.

Keluarga mangsa juga menyalahkan pihak polis yang lambat betindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.

Dalam kes ini, usaha menjejaki pergerakan terakhir Zainab melalui rakaman kamera litar tertutup   (CCTV)  adalah hasil dari usaha sanak saudara adan bukannya polis.

Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat memimpin tangan Zainab meunuju ke satu tempat yang tidak diketahui. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-1-2018 11:57 AM
keji dan jahat!

Lain-lain Komen

Quote balakkampung 12-1-2018 08:22 AM
satu yg aku nak cakap...perogol tu lebih BABI dari BABI!!!!!!
Quote Minami2013 12-1-2018 08:26 AM
Manusia berjiwa syaitan... moga di laknat oleh Allah...
Quote kasibiman 12-1-2018 08:29 AM
Innalillahiwainnailaihirajioun. Kesiannya.
Quote ahlisihircute 12-1-2018 08:43 AM
Sedihnya berita nie....
Quote intanpurnama 12-1-2018 09:10 AM
Alfatihah cantik budaknya mudah2an pembunuhnya dapat ditangkap dan dijatuhkan hukuman paling berat sekali.
Quote chazey 12-1-2018 09:13 AM
Pukistan.

Tak heran.

Heh.
Quote ninjago 12-1-2018 09:19 AM
get ready la besok.. umat Muhammad yg akan kena hisab dulu.. pastu hal pembunuhan yg akan dihisab dulu. Semoga perogol nie dapat yg setimpal bsok kat sana..

Tenanglah adik kat Syurga sana.. mesti tgh happy skrg.. Innalillah
Quote samasam90 12-1-2018 09:54 AM
punyrlah lambat pihak polis sana bekerja.. takkanlah apa yg di potray dalam filem selama ne memang betul?
Quote krustykrab 12-1-2018 10:00 AM
tgk dlm tv smlm....cct ada rekod gambo dia dgn perogol ni, cemana sampai skrg tak dpt tangkap

Quote cempakaa 12-1-2018 10:04 AM
Innalillahiwainnailaihirajioun. dalam perjalan gi ngaji pulak tu
Quote Fieza-mira 12-1-2018 10:06 AM
Perogol/pembunuh bersiri nih....memang dia target budak2. Ramai  dah kanak2 yg dah jadi mangsa
Quote minguk 12-1-2018 10:19 AM
ooo yang ni ke kes kecoh dalam FB semalam...
kesian Zainab.
jahatnya perogol! budak2 pun nak rogol!
Quote mieymiey 12-1-2018 11:47 AM
Memang takder langsung rasa perikemanusiaan dalam diri ker? Memang 100% dah transform jadi binatang??

Quote Artemesiaa 12-1-2018 11:54 AM
Kejamnya perbuatan semoga dia segera dapat pembelaan
Quote ~boolean 12-1-2018 12:14 PM
Babi memang babi...

Tapi kalau ini jadi di malaysia, soalan pertama orang tanya 'kenapa biarkan budak 7 tahun jalan seorang diri', kemudian baru membabikan perogol..
Quote duri_durians 12-1-2018 01:10 PM
aku mcm ternamppak berita ni kat news feed aku.. tapi beritanya mcm berlaku di tempat lain... haih...
Quote moonbug 12-1-2018 01:12 PM
Semoga syurga buat Zainab.
Quote sarahmirza 12-1-2018 01:24 PM
balakkampung replied at 12-1-2018 08:22 AM
satu yg aku nak cakap...perogol tu lebih BABI dari BABI!!!!!!

KEsian babi ..
Quote balakkampung 12-1-2018 03:08 PM

hahahah...tapi dalam kes ni kira BABI terangkat sikit la darjat dia..sebab perogol ni darjat lagi bawah pada BABI...

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.105728s Gzip On
To Top