Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lembah Klang Dilanda Cuaca Sejuk Sehingga 20 Darjah Celcius..

12-1-2018 10:26 AM |Dilihat:6980| Komen: 136
Ramai yang seakan teruja dan dalam masa yang sama berasa gusar bila ramalan cuaca menunjukkan suhu di Lembah Klang pada masa ini menurun sehingga menjadi 22 darjah celcius. 

Mereka mula bimbang adakah ia petanda kepada cuaca sejuk melampau bakal melanda negara ini?

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) telah menafikan ramalan tersebut. 

Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.'

Malah beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah celcius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Januari), namun kembali kepada suhu biasa keesokan harinya. 

"Pada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.

"Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa," katanya. 

Foto Awani
"Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

"Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup," jelas beliau lagi.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 136
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cmf_shalom 15-1-2018 09:07 PM
chazey replied at 15-1-2018 05:25 PM
Tempat aiol dalam pukol 9.30 tadi apps kata 15 degree celcius. Jangan jelos.


15..melampau..boleh acah2 oversea dah ni...

Lain-lain Komen

Quote zulka 12-1-2018 10:32 AM
memang sejuk giler skang ni
Quote noor2 12-1-2018 10:36 AM
Sejak semalam hujan tak henti2. .....hampir 2 hari berturut2. ...sekarang baru stop.....petang ni tak tahu lagi.....

Tunggu musim panas nanti. ...semua mengelupor.....
Quote prettyuglybabe 12-1-2018 10:37 AM
jimat la bil letrik rumah-rumah sekarang ni..
tak payah pasang aircond
Quote aHoi83 12-1-2018 10:40 AM
Ermmm mcm panas membara je pertengahan taun ni. Harap tak jerebu
Quote cmf_premierleag 12-1-2018 10:44 AM
akak suka jah sejuk2 ni
mcm winter gitu
Quote Minami2013 12-1-2018 10:45 AM
Mmg sejuk... shower heater tu i tukar ke max nak mandi pagi tadi....
Quote penhitammm 12-1-2018 10:45 AM
dah hari ke-3 masih hujan non stop walaupun renyai2...
Quote qistiena 12-1-2018 10:54 AM
patut pagi tadi susah nak bangun pergi keje
Quote azimodin 12-1-2018 10:54 AM
Memang sejuk gile dari malam tadi. Aku jenis yang suka pakai water heater tapi pagi tadi mmg  aku pakai air suam. x tahan oi. baru basuh muka dah rasa sakit otot. kat ofis ni dah ala2 lari berganti-ganti kat tandas
Quote AbukRokok 12-1-2018 10:56 AM
kuala krai mcm mana @famri7

rasanya malam tadi sampai pagi KL 21 celsius....winter holidays
Quote AbukRokok 12-1-2018 11:02 AM
@pulauturtle penang mesti panas mcm biasa je.
Quote AbukRokok 12-1-2018 11:03 AM
tunggu salji plak ni...gurun sahara puin dah salju tebal
Quote saladin780 12-1-2018 11:07 AM
best cuaca camnih..klu sepanjang tahun cuaca camni kan bagus
Quote merrissa 12-1-2018 11:14 AM
warghhh suke giler aku cuaca macam ni....
Quote RatuDunia94 12-1-2018 11:16 AM
Ada x gambar ummah sana pakai winter jacket duduk depan rumah?

Tp kat johor ni pun dah 3 hari hujan nonstop. Mmg sejuk..
Quote Artemesiaa 12-1-2018 11:30 AM
Nyaman je dah seminggu ni cam cuaca kat Hong Kong lak.  Tapi bukan kat Malaysia je kebanyakan negara lain serata dunia pun sedang mengalami cuaca sejuk dari biasa tahun ni.  Negara2 yang ada 4 musim lagi teruk impactnya.
Quote Simunggu 12-1-2018 11:35 AM
di KK sudah bersalji..mcm winter sonata sudah
Quote fofuler 12-1-2018 11:45 AM
Haah sejuk sangat pagi ni, aku ingat aku demam. Bila check suhu memang 22C pagi ni. Brrrrrr
Quote ultra78 12-1-2018 11:45 AM




Lihat semua komen(136)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098756s Gzip On
To Top