Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Gangster Punjabi Ugut Bunuh, Salman Khan Dikawal Ketat Polis

11-1-2018 06:24 PM|Oleh: Saiful | Dilihat: 1498| Komen: 7

Salman Khan menerima ancaman bunuh daripada seorang ketua gangster Punjabi yang dikenali sebagai Lawrence Bishnoi pada 5 Januari lalu.

Berikutan ugutan tersebut, Bishnoi telah ditahan reman dan dihadapkan ke mahhkamah kerana mengeluarkan kenyataan untuk menamatkan riwayat Salman di Jodhpur, India.

Foto: Instagram
India today melaporkan, gangster tersebut sebelum ini sudah mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk 20 kes cubaan membunuh, menculik dan memeras ugut.

"Salman Khan akan di bunuh di sini, di Jodhpur, kemudian dia akan mengetahui tentang identiti kita yang sebenar," kata Bishnoi.

Tambahnya dia juga boleh melarikan diri dari tahanan polis pada bila-bila masa sahaja yang dia mahukan.


"Saya akan melarikan diri dari tahanan polis bila-bila masa yang saya mahu tetapi saya tidak dapat melarikan diri dari penjagaan tidak lama lagi."

Tidak dapat dipastikan kenapa Slaman mahu dibunuh namun ada dakwaan yang menyatakan ia berkaitan dengan satu kes sekitar Oktober 1998 di mana aktor Bollywood itu dikaitkan dengan pemburuan Black Buck.

Pesuruhjaya Polis, Ashok Rathore berkata, pihaknya telah memperketat kawalan keselamatan untuk pelakon itu.

"Kami sangat berhati-hati dengan ancaman bunuh yang dilakukan oleh gangster tersebut terhadap Salman Khan.

"Kami telah memperketatkan kawalan keselamatan untuk beliau," katanya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Previous : Hamil Luar Nikah, Pasangan Artis Ini Bakal Berkahwin

Next       : Artis Ini Dulu Muslimah Berhijab Kini Bintang Erotik

Komen Terbaru

Quote boongalalang 16-1-2018 11:34 AM
Good looking oi gangster Punjabi tu

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 11-1-2018 07:00 PM
kat malaysia masih aman, artis siap cabar sihir diri mereka sendiri, artis siap tampar polis yang jaga keamanan negara, produser muka panda siap boleh buat insta live .

syukurlah banyak2 negara masih aman, kt india artis pula di ugut bunuh. banyakkan bersyukur
Quote hasniey 11-1-2018 08:08 PM
erm...salman ni byk kes brgaduh kan
dgn org biasa dia lah raja.dgn gangters tau takut pulak smpai mntak bntuan polis
Quote kroit92 12-1-2018 12:01 AM
tengok gangster yang kena escort tu ade rupa

ke ni gimik untuk pilem baru diorang ?
Quote royaldanish 12-1-2018 02:08 PM
kroit92 replied at 11-1-2018 04:01 PM
tengok gangster yang kena escort tu ade rupa

ke ni gimik untuk pilem baru diorang ?

mcm tak logik je ketua gangster semuda dlm gambar tu
Quote samasam90 14-1-2018 08:43 PM
royaldanish replied at 12-1-2018 06:08 AM
mcm tak logik je ketua gangster semuda dlm gambar tu

tuan muda kot.. typical heir to the throne, maybe..
Quote chauky314 15-1-2018 10:16 AM
bahaya kan, sampai nak kena ugut bunuh
Quote boongalalang 16-1-2018 11:34 AM
Good looking oi gangster Punjabi tu

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046116s Gzip On
To Top