Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Belum Kahwin, Bolehlah Sembang" - Netizen Pertikai Pandangan Amalina Bakri

Oleh: Khair|11-1-2018 04:12 PM |Dilihat:3618| Komen: 39
Siapa tak kenal pelajar cemerlang SPM 2004, Amalina Che Bakri yang sarat dengan kontroversi terutama sejak berubah penampilan. Orangnya cantik, bijak pula tu, pasti ada yang tertanya-tanya berapa jumlah hantarannya?


 Foto: IG Amalina

Semuanya bermula dengan tweet seorang netizen yang bertanyakan berapa jumlah wang hantaran untuk Amalina yang kini bertugas sebagai doktor di United Kingdom setelah menamatkan pengajian di sana.



Tweet bernada gurauan itu diterima baik Amalina yang kemudian membalasnya juga dalam nada gurauan.

Merasakan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang menjadi contoh kepada ramai generasi muda, Amalina turut memberi pandangannya terhadap jumlah hantaran dalam masyarakat Melayu.



Menurut Dr Amalina, jumlah wang hantaran bukanlah satu perkara yang penting dalam perkahwinan, sebaliknya perhubungan yang berkekalan sampai bila-bila. 


Selain itu, dia juga berpendapat nilai seorang wanita itu bukan terletak pada wang hantaran kerana wanita bukanlah objek yang boleh dinilaikan dengan wang ringgit.

Walaupun masih belum berkahwin, Amalina berpendapat perkara yang paling penting dalam perkahwinan adalah persefahaman, sanggup berkongsi dan berkorban untuk membina keluarga dan menggalakkan supaya pasangan berkahwin mempunyai simpanan untuk masa hadapan yang boleh digunakan untuk pendidikan dan sebagainya.

Ada netizen mempertikaikan pandangan Amalina itu kerana dia tidak berdedapan dengan kos berkahwinan yang tinggi. Ini jawapannya!

Menurut Amalina, dia akan berkongsi jumlah wang yang akan dikeluarkan bersama bakal suaminya jika hendak berkahwin nanti. Katanya, lelaki sepatutnya bersyukur dan gembira jika dapat bakal isteri yang berdikari.


Foto: Twitter

Kita sering dengar ayat 'beauty with the brain' dan terbuktilah, Amalina ialah contoh terbaik untuk generasi muda kerana beliau bukan sahaja mempunyai penampilan yang menarik, bahkan turut berjaya dalam pengajian perubatannya dan semakin menempa nama dalam dunia kerjaya perubatan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote whadda 15-1-2018 01:16 PM
pakcik bawang btol sebok ngan hantaran orang...

Lain-lain Komen

Quote siputsedut 11-1-2018 04:25 PM
Lol..betul apa amalina ckp.... Contribution bersama especially life after wedding day...marriage is commitment dari dua2 pihak bukan nilaian dr majlis tu aje..i'm with her..takde salah pon tweet sheols tu
Quote krustykrab 11-1-2018 04:31 PM
yg sibuk sgt nak tanya pehal...pastu bergasak

amalina ni layan la sgt netizen bengong, esok ni hg juga yg dipersalahkn bila salah tulis....
Quote qistiena 11-1-2018 04:35 PM
betullah tu...marriage bukan satu pihak aje...dua dua belah pihak kene commit n work together...
Quote idakamaruddin 11-1-2018 04:42 PM
dengki sungguh dorang ngn amalina ni..

Quote ~boolean 11-1-2018 04:42 PM
Kau pun satu hal juga doc...janganlah melayan sangat ummah twitter meleis yang tak habis2 masuk campur hal orang.

Kau rawat pesakit aja dah cukup. Kebodohan ummah twitter jangan dilayan, belajar tinggi2 pun mentaliti sama rendah dengan makcik bawang.
Quote matchstick 11-1-2018 04:44 PM
Betol la tu pendapat dia..ternyata ko bijak dek
Quote yangsemb 11-1-2018 04:51 PM
Mmg respek ngan Amalina ni {:love
Quote kucingitam 11-1-2018 04:52 PM
tahnya...nak kena jawab ribu2 pound ke baru puas ati?
Quote captainQUE 11-1-2018 05:00 PM
betul apa amalina kata tu. I paling x suka bila org tanya2 dan bandingkan hantaran kawin. Kebahagiaan tu bkn blh ditentukan dr nilai hantaran kawin tu. Netizen ni pn saja je nak ngusik amalina tu.{:dot
Quote prettyuglybabe 11-1-2018 05:03 PM
mungkin mereka nak dia jawab cukup la hantaran senaskah alquran..
pastu nanti mula la ayat cerdik pandai pun mintak alquran je..
ni kerja eksekutip je, tak berdara pulak tu, lagi mau mintak berpuluh ribu
Quote merrissa 11-1-2018 05:33 PM
betoi la tuh dia kata....kalau lah perkahwinan dia x panjang pon...dia still leh sara diri sendiri...sebab tuh la kahwin jangan harap duit laki je....n duit hantaran jerrrr
Quote Rainrein 11-1-2018 05:44 PM
Netizen nak sentap kenapa? Betul la ape amalina tu cakap. Takkan nak tunggu doc tu cakap u gotta have 5C only then u can marry me. Kalu cakap gitu lagi la kena kutuk.
Quote abangadek 11-1-2018 05:50 PM
iols ingat fb ja tempat nitizen tak cerdik bergasak.. twitter pun sama porem jugak tempat aman2
Quote fliphair8 11-1-2018 06:03 PM
Go Amalina go.....acik2 ngan abe2 burung biru mmg pangai pprt...seronok mencapub dan berjaki kat orang jaaa.....mic drop
Quote cmf_premierleag 11-1-2018 07:25 PM
Erra fazira hantaran 33,000 pun kawen 3 tahun jah. Cerai jua
Quote BedahBedul 11-1-2018 08:12 PM
cmf_premierleag replied at 11-1-2018 07:25 PM
Erra fazira hantaran 33,000 pun kawen 3 tahun jah. Cerai jua

Patut letak hantaran infiniti, barulah kekal selama-lamanya
Jgn marah kak erra iols gurau je
Quote nooriesz 11-1-2018 10:41 PM
masalahnye knpe lelaki yg byk hencap amalina ni.. jeles ke ape.. die mmg sexy tp xder la bengap mcm tekya..

#sorrykaratstekya
Quote buapakperut 11-1-2018 10:59 PM
I second her opinion. Yang jantan tu pi marah pehal?? Saja2 je nak tunjuk pandai konon ntah2 hantaran minang awek sindiri pun minta diskaun
Quote moonbug 11-1-2018 11:38 PM
Suka sgt cari point nak bergasak netizen ni pun

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055889s Gzip On
To Top