Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sering Sakit Kepala? Berhenti Makan Panadol, Cuba Cara Ini Pula!

16-1-2018 12:51 PM|Oleh: Has | Dilihat: 1247| Komen: 15

Aduh! Sakit kelapa sering mengganggu kehidupan anda? Setiap orang tidak terlepas dari penyakit ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir cara untuk menghilangkannya tanpa mengambil ubat? Nah, di sini ada caranya seperti dipetik dari Sirap Limau.


Foto: EstiloySalud.com


Bagaimana nak hilangkan sakit kepala tanpa ubat?


1) Limau Kasturi

Foto: Organic Facts

Guna limau kasturi? Ya, caranya adalah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada kepala anda sambil mengurut di bahagian yang dirasakan sakit. 

Eh, kulitnya jangan dibuang dulu! Campurkan kulit limau ke dalam bekas berisi air sebelum dijiruskan ke badan dan kepala. Cubalah, mana tahu ia mungkin berkesan.


2) Pek ais atau kain basah

Foto: iStock

Letakkan pek ais di kepala selama lima belas minit ketika berbaring. Anda mungkin akan berasa sedikit kebas, tetapi rasa sakit kepala akan berkurangan kerana ia dapat mengecutkan saluran darah, seterusnya mengurangkan pengaliran darah ke kepala bagi mengurangkan tekanan. Cubalah ya! Mujarab barangkali?


3) Air panas

Foto: Ziyimall.com

Rendam kaki anda di dalam bekas berisi air panas selama tiga puluh minit. Dengan cara ini, ia dapat menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan juga mengurangkan tekanan di kepala. 


Jika anda acap kali mengalami sakit kepala teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Semoga info ini bermanfaat. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 15
Komen

Previous : Bau Epal Hijau Kurangkan Stres? Tak Percaya, Cubalah!

Next       : Anda Rasa, Tandas Cangkung Atau Duduk Lebih Sihat?

Komen Terbaru

Quote nadna 17-2-2018 09:39 PM
Hari tu sakit kepala teruk sangat,cuba bekam.Alhamdulilah tahan sampai sekarang

Lain-lain Komen

Quote qistiena 16-1-2018 02:31 PM
yang ais tu selalu buat..memang lega kejap...
Quote sitihafiz 16-1-2018 02:41 PM
Sya selalu sakit kepala..mmg panadol...tp jumps 1 tips ni..minum air byk2..mcm sya, sya minum air mineral tapi mmg berkesan...tp lepas Tu Kerap pegi toilet...huhu...berkesan
Quote skinskin 16-1-2018 06:14 PM
tengs nk cuba mlm ni
Quote estrelle 16-1-2018 08:47 PM
I memang tak suka makan ubat.Kalau pening ketuk halia dan masuk dlm segelas air panas then minum.Sangat2 lega sebab terus sendawa.i pening biasanya berpunca dari perut kosong masuk angin.
Quote masmelon 17-1-2018 10:54 AM
oooh nak try yg ais lahhh
Quote ariean 19-1-2018 11:40 PM
thanks.. x tau plak ade petua yg senang..
blh la try nnti.
selama ni terpaksa mkn ubat penahan sakit..

p/s: nk tye, korg bila sakit kepala, ade rase lenguh2 x kat leher?
Quote friedfishsoup 20-1-2018 10:56 PM
ariean replied at 19-1-2018 11:40 PM
thanks.. x tau plak ade petua yg senang..
blh la try nnti.
selama ni terpaksa mkn ubat penahan sak ...

yes usually leher rasa tegang sgt. sakit. so selalu amik minyak urut and urut2 kat tengkuk.
then stop tgk phone. tu pun punca sakit kepala
Quote friedfishsoup 20-1-2018 10:57 PM
cuba makan pisang, epal hijau
Quote friedfishsoup 20-1-2018 10:59 PM
and makan nasi dengan ikan goreng ke, sup ikan ke. in shaa allah membantu
Quote ariean 20-1-2018 11:19 PM
friedfishsoup replied at 20-1-2018 10:57 PM
cuba makan pisang, epal hijau

thanks. pisang ok, epal hijau x suka, masam...
mak penah urut kat tapak tgn utk lenguh2 kat tengkuk tu tp i duk jauh ngn famili, terpaksa tanggung sendiri..
Quote iloveselangor 23-1-2018 12:50 AM
estrelle replied at 16-1-2018 08:47 PM
I memang tak suka makan ubat.Kalau pening ketuk halia dan masuk dlm segelas air panas then minum.San ...

Sama la kita sis...tapi i pakai serbuk halia....

Memang tak makan panadol.
Quote Mary_jane 31-1-2018 09:12 PM
Bila sakit kepala tak tertahan, mak urut kat lengan. Berkesan tapi lebam2 lengan dibuatnya.
Quote biozipstar 13-2-2018 02:26 PM
kalau aku.. aku tidur... sakit kepala hilang juga..
Quote balakkampung 17-2-2018 03:42 PM
tq tt....perkongsian yg sangat bagus...
Quote nadna 17-2-2018 09:39 PM
Hari tu sakit kepala teruk sangat,cuba bekam.Alhamdulilah tahan sampai sekarang

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044798s Gzip On
    To Top