Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Takut Ibu Jadi Mangsa Rogol, Remaja Cipta Selipar Unik Ini!

11-1-2018 12:25 PM|Oleh: Hana Yaacob | Dilihat: 1728| Komen: 6

Di kala kebanyakan remaja lain seusianya masih hanyut dalam keseronokan hidup, remaja lelaki dari India ini berjaya mencipta selipar yang mampu membuat penyerang lumpuh seketika. Dia melakukannya kerana bimbang ibunya menjadi mangsa rogol yang berleluasa di negara itu.


Foto: India Times

Memetik India Times, Siddhart Mandala, 18, pernah mengikuti demonstrasi bersama ibunya setiap minggu bagi kempen anti pemerkosaan dan pembunuhan yang dilakukan sebuah puak pelampau ketika berusia 12 tahun.


Foto: Foto: Chaibisket.com

Siddhart sangat takut dan prihatin akan nasib wanita tempatan di Hyderabad, India. Ini kerana fenomena pemerkosaan atau rogol yang boleh berlaku di mana-mana sahaja bagaikan sudah menjadi satu wabak di negara itu.


Selipar Electrik

Oleh itu, dia tekad dengan hanya menggunakan konsep fizik dipelajarinya ketika di sekolah dan sedikit kemahiran pengekodan, remaja terbabit mencipta selipar elektrik 'ElectroShoe' yang boleh digunakan para wanita untuk dijadikan senjata serta pelindung mereka dari menjadi mangsa kekejaman manusia gila seks


Foto: kapilsharmafc.com

Selipar ini mampu membuat penyerang lumpuh seketika dan memberi kesempatan untuk mangsa kabur selain mampu menghantar isyarat terus ke balai polis mahupun ahli keluarga sekiranya diancam bahaya.


Macam mana nak mengaktifkan selipar ini?

Caranya amat mudah. Si pemakainya hanya perlu menekan suis pada selipar berkenaan sebelum menendang si pelaku. Kemudian, alat ini akan memberi kejutan dengan mengalirkan arus elektrik 0.1 Ampere (amp) sehingga boleh melumpuhkan penyerang buat beberapa saat. 

Lagi banyak si pemakai berjalan, lagi banyak tenaga disimpan di dalam mesin tersebut.


Foto: ksweekly.com


Kalis Air

Selain itu, Siddhart turut memperhaharui ciptaan prototaipnya dengan menambah ciri kalis air. Idea yang dihasilkan remaja ini mendapat pujian ramai. Malah, Menteri Pelajaran dan Timbalan Ketua Menteri Telangana, Kadiyam Srihari turut menganugerahkan penghargaan kepada Siddhart 

Selain itu, Siddhart turut menubuhkan satu badan amal iaitu Cognizance Welfare Initiative (CWI) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan rogol.


Foto: The Better India

Siddhart kini mengumpul dana bagi menghasilkan lebih banyak ElectroShoe untuk dipasarkan ke serata tempat. Wah, mudah-mudahan ciptaan sandal ini berjaya melindungi semua wanita! Bila nak sampai ke Malaysia agaknya? - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
6
Terkejut
4
Sedih
8
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 6
Komen

Previous : Bro, Betulkah Anda Idamkan Anak Sulung Sebagai Calon Isteri?

Next       : Ramai Kecam Hoodie 'Monyet' H&M Ini Termasuk Selebriti!

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-2-2018 12:48 PM
Kreatif jugak ideanya tapi kena kaji lagi ciri2 keselamatan untuk pengguna

Lain-lain Komen

Quote tom2 11-1-2018 01:54 PM
Terbaikk. India memang bagus ciptaan
Quote LostStar 11-1-2018 06:15 PM
kalau dah jual ni.. maw daku sambar satu.. demi keselamatan.. jangan 30 tahun lagi baru keluar kedai.. time tu daku pon da jadi nenek... hehe
Quote cempakaa 12-1-2018 01:53 PM
orang india dengan bangla ni memang power betul bab2 cipta barang. tapi tu la negara susah
Quote chinta89 14-1-2018 12:43 PM
wahhh kreatif
Quote otai_g 12-2-2018 11:15 AM
Kesusahan akan buat manusia jd lbh kreatif
Quote Artemesiaa 12-2-2018 12:48 PM
Kreatif jugak ideanya tapi kena kaji lagi ciri2 keselamatan untuk pengguna

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.041177s Gzip On
    To Top