Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lagu ‘Auto-Tune’ Wanita Terakhir Dinobat Paling Sukses 2017

10-1-2018 04:38 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 2753| Komen: 34


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Lagu popular dedikasi buat sang kekasih ini telah dinobatkan sebagai lagu paling sukses 2017. Untungla Fattah Amin. 

Walaupun dikecam hebat bersuara sumbang, lagu bertajuk Wanita Terakhir itu telah berjaya mengungguli carta lagu debut paling sukses bagi tahun 2017. 

Video nyanyian Wanita Akhir secara langsung oleh Fattah Amin di Meletop mendapat jutaan tontonan.
Lagu ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan itu menjadi hit ketika Fattah Amin digosipkan sedang hangat bercinta dengan usahawan jelita, Neelofa. Kisah percintaan mereka yang romantis tetapi penuh ranjau itu sedikit sebanyak menyebabkan lagu ini dekat dihati peminat mereka berdua. 

Tambahan pula, semasa rakaman lagu tersebut di buat, Neelofa turut hadir memberikan sokongan menambahkan lagi kesyahduan lirik lagu tersebut.

Tahun 2017 amat bertuah buat Fattah Amin kerana memenangi banyak anugerah.
Walaupun diminati penyokong tegar kedua-dua figura tersebut, pengkritik di kalangan netizen tidak dapat menerima lantunan suara Fattah Amin yang dikatakan sumbang dan telah diubah suai. 

Kecaman demi kecaman yang diterima menjadi makanan harian Fattah Amin selain dilabel sebagai artis ‘kayu’ pada ketika itu. Namun begitu, ia tidak menghalang lagu ini untuk menduduki carta teratas di itunes Malaysia dan Singapura. 

Instagram Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan lagu yang mengungguli carta.
Pengiktirafan sebagai debut single paling sukses ini telah diumumkan menerusi akaun Instagram Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).  Pemilihan lagu tersebut adalah berdasarkan kedudukan tertinggi dalam carta domestik serta antarabangsa pada hari pertama ia dilancarkan kepada umum. 

Kejayaan lagu ciptaan Aizat Amdan itu juga mengungguli kedudukan terbaik dalam carta lagu Malaysia untuk tahun 2017. Tahniah diucapkan.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 34
Komen

Previous : Tiada 'Job' Pinjam Ah Long, 300 Artis Sedang Diburu

Next       : Shopping Baju Dalam Pun Nak Tayang, Habis DS Vida Dan Cik B Dikutuk

Komen Terbaru

Quote damian_lee 1-2-2018 12:48 PM
Selain dr auto tune suara sampah
Sesungguhnya lagu itu best yach
Aku suka dengar cover version yach

Lain-lain Komen

Quote bulalof 10-1-2018 04:59 PM
Tahniah? Congrats?
Quote hyie 10-1-2018 05:18 PM
cc: TKB @sepitsiput
Quote Orix 10-1-2018 05:27 PM
Lagu yg I akan tukar channel kalau radio mainkan... I kenot
Quote lonso 10-1-2018 05:32 PM
untunglah... cannot brain.. bukan penyanyi pun heols.. mmg tukar channel lah keluar lagu tu.. penyanyi lain cover sedap plak.. kalau mamat ni.. mmmm..
Quote greantea 10-1-2018 05:41 PM
Iols suka. Asben nyanyi utk iols. Lirik best. Tang sora no komen.
Quote sepitsiput 10-1-2018 06:56 PM
bila caritizen lebih pantas drpd RIM yach
Quote budakpink 10-1-2018 06:58 PM
Aku feeling so clasy sb aku x pnh dgr lagu ni full. Dgr sekerat ade la. Tu pun trdengar hahah..
Quote che-cikL 10-1-2018 07:05 PM
Edited by che-cikL at 10-1-2018 07:07 PM
budakpink replied at 10-1-2018 06:58 PM
Aku feeling so clasy sb aku x pnh dgr lagu ni full. Dgr sekerat ade la. Tu pun trdengar hahah..


Hehehe same here. Tp tak pernah confess verbally psl ketidakpernahdengaran itu kpd sesiapa pun. Hari ni nak confess kat Budakpink hehehe
Quote samasam90 10-1-2018 07:38 PM
i rasa fattah amin je kan retis yg boleh kira "berjaya" dlm semua bidang yg dia ceburi dlm masa setahun sambil pakej kahwin dgn wanita idaman para jejanz.. ke ade retis lain? what say yusss, wikipedia bergerak @sepitsiput?
Quote JDT 10-1-2018 07:43 PM
Walaupun suka Fattzura tapi memang tak sanggup tadah telinga untuk dengar majoriti lagu2 nyanyian Abdul Fattah.
Quote Badigol 10-1-2018 07:45 PM
samasam90 replied at 10-1-2018 11:38 AM
i rasa fattah amin je kan retis yg boleh kira "berjaya" dlm semua bidang yg dia ceburi dlm masa seta ...

i pn rs..mgkin la... just in one year 2017.

drama meletop
anugerah popular
gndingan meletop lofattah fattzura jannatah
buat lagu WT,1234u
buat buku kata2 fatah amin
business cafe
produk endorsement
haters vs lovers
shippers bersepah sepah
pc
tunang
kawin


lagi?????
Quote pennypond 10-1-2018 07:54 PM
nak buat camana chuolsss..dah memang rezeki insan bernama abdul fattah tahun ni..yg lain coba lagi lain kali yah..hiks
Quote sepitsiput 10-1-2018 08:02 PM
samasam90 replied at 10-1-2018 07:38 PM
i rasa fattah amin je kan retis yg boleh kira "berjaya" dlm semua bidang yg dia ceburi dlm masa seta ...

meols dan @hannah_montana pernah berdiskusi warna scrotum heshe..merah merah pinkish katanya
Quote onexox97 10-1-2018 08:23 PM
mujur dengar sinar fm
selamat telinga
Quote slyfynx 10-1-2018 09:12 PM
Xleh aku terima lirik lagu ni.
Macam main buat je ayat.
Biar kusentuh hatimu ini, sendiri....
Kalau hatimu ini la maknenye mende tu dk kt tgn ko.
Ko nk cakap hatimu itu..., sbb hati die dkt die, tu sbb ko nk sentuh.
Haish... sakit hati dgr lagu bbnu skrg ni yang bahasa tunggang langgang.
Belum lg kire jujurnya aku suka, masih pada dirinya.
ayat bahasa ape ntah
Quote September14 10-1-2018 09:15 PM
Lgu ni sdap jgk iol pnh dgr cover version mmg sdap tp x ingt sape yg cover
Quote lonso 10-1-2018 09:16 PM
September14 replied at 10-1-2018 09:15 PM
Lgu ni sdap jgk iol pnh dgr cover version mmg sdap tp x ingt sape yg cover

Lagu ni sedap dgr kalau bkn si patahaminz nyanyi
Quote samasam90 10-1-2018 09:17 PM
sepitsiput replied at 10-1-2018 12:02 PM
meols dan @hannah_montana pernah berdiskusi warna scrotum heshe..merah merah pinkish katanya

i beg to differ.. based on my wild wild west experiences (gittuh), scrotum might be tan.. he got a very dark tits.. ehhh
Quote RatuDunia94 10-1-2018 10:19 PM
Mana nama penyanyi lipis? Gigih keluar full album tp 1 pon x sangkut?

What say you @sepitsiput?

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054196s Gzip On
To Top