Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tiada 'Job' Pinjam Ah Long, 300 Artis Sedang Diburu

10-1-2018 02:51 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 11678| Komen: 122

Sekadar gambar hiasan.
Dalam kesempitan ekonomi ketika ini, semua orang merasai bahangnya termasuklah golongan artis. Peluang yang agak kecil kerana perkembangan industri seni yang agak lembab menyebabkan ada di antara mereka menggunakan jalan singkat dengan meminjam daripada peminjam wang tanpa lesen, ah long. 


Tambahan pula golongan ini dilihat hanya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya seni sebagai pendapatan utama. Baru baru ini, isu ini dibangkitkan Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman dengan mendedahkan seramai 300 orang artis dari pelbagai latar belakang sedang diburu oleh Ah Long kerana meminjam wang secara haram. 

Kaedah meminjam daripada agen peminjam tanpa lesen ini berlaku kerana artis-artios tersebut dikatakan kekurangan tawaran kerja. Jumlah peminjam itu didapati bersandarkan kepada jumlah aduan kepada Persatuan Seniman oleh artis tersebut untuk mendapatkan pembelaan daripada kecaman ah long.


“Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela. Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri? 

Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini.”

Zarina Zainudin antara artis yang berniaga selain berlakon untuk mendapat wang lebih.
Menurut Zed, untuk diterima dalam industri seni dan menambah pendapatan, artis haruslah mempelbagaikan kebolehan diri dan mencuba perkara baru selaras dengan peredaran masa. Di dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan ini bukan sahaja golongan artis, malahan semua lapisan masyarkat mempunyai masalah yang sama. 

Salah satu kaedah yang digunakan ketika ini adalah mengurangkan berbelanja mewah dan membuat lebih daripada satu kerja. Mungkin golongan artis boleh menggunakan cara yang sama. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 122
Komen

Previous : Style Jaket Cumi-Cumi Jadi Ikutan, Nabila Razali Dituduh Tiru Gaya Neelofa?

Next       : Lagu ‘Auto-Tune’ Wanita Terakhir Dinobat Paling Sukses 2017

Komen Terbaru

Quote preciousovia 5-4-2018 03:59 PM
Halo,
Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Precious Ovia, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, firma dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (preciousovia39@gmail.com)

Lain-lain Komen

Quote Orix 10-1-2018 02:53 PM
Alahhhhhh terliuqqqq tgok pulut zarina
Quote fushimi 10-1-2018 02:57 PM
sedapnya pulut kuning tu.Malam nanti boleh buat
Quote Aduradura 10-1-2018 03:02 PM
Aduhhh sedapnya pulut kuning...nak cari la kat pasar malam....
Quote idakamaruddin 10-1-2018 03:14 PM
motif korang komen pulut plak dr isu dibangkitkan?

btw nk tny la retis ni x reti ke minta keje makan gaji plak ke?
Quote Aduradura 10-1-2018 03:16 PM
idakamaruddin replied at 10-1-2018 03:14 PM
motif korang komen pulut plak dr isu dibangkitkan?

btw nk tny la retis ni x reti ke minta keje ma ...


Kalau retis dah keje makan gaji nnt susah plak nk amek job berlakon...contoh mcm redza minhat tu....
Quote mamapea 10-1-2018 03:18 PM
artis2 sendu skrg ni kena berlakon part time je la atau buat bisnes...
pegila cari keja tetap...bnyk lg peluang pekerjaan di luar sana...
Quote cahayamataku 10-1-2018 03:19 PM
Maaplah lagi tertarik dengan pulut kuning ZZ. Dapnyaaaa la

Quote idakamaruddin 10-1-2018 03:22 PM
Aduradura replied at 10-1-2018 03:16 PM
Kalau retis dah keje makan gaji nnt susah plak nk amek job berlakon...contoh mcm redza minhat tu ...

iols aggp kalau dh xdpt job tu mmg xdpt la sampai bila2




Quote minahsleepy 10-1-2018 03:24 PM
sedapnyer pulut kuning.meols suka mkn dgn rendang kerang
Quote fifie_olin 10-1-2018 03:34 PM
tingin nk order pulut beliau...nmpk lembut je pulut dia...
Quote namieamuro 10-1-2018 03:44 PM
tapi..kenape fara mendosa nampak mewah je
Quote sixret 10-1-2018 03:46 PM
Masing2 komen mengidam pulut kuning daripada komen berita utama. tergelak sorang2 bila baca komen2. saya pun terliur tengok gambar pulut kuning tu.  
Quote namieamuro 10-1-2018 03:46 PM
btw siapekah 300 retis tu..bahayenye pinjam ahlong

iols tumpang simpati.tp btl la kate zedjedi..retis kne carik keje laen slaen blakon mcm zarina zainudin..idup zaman ni ape pun mahal..tp iols tetap musykil knp fara mendosa nampak mewah
Quote Aduradura 10-1-2018 03:50 PM
fifie_olin replied at 10-1-2018 03:34 PM
tingin nk order pulut beliau...nmpk lembut je pulut dia...

Skrg zarina dah keluarkan pulut pandan pulakkkkk....terliur betul...
Quote tupaiterbang 10-1-2018 03:57 PM
dekat2 nak pilihanraya ni si Gemuk Hantu Cokelat ni mula la nk menonjolkan diri..pui
Quote ira_229 10-1-2018 04:02 PM
patutlah ramai yg jaki dgn fattah...
Quote ira_229 10-1-2018 04:04 PM
tupaiterbang replied at 10-1-2018 03:57 PM
dekat2 nak pilihanraya ni si Gemuk Hantu Cokelat ni mula la nk menonjolkan diri..pui

apooo... nangis dia klu baca tau....
Quote LaVida 10-1-2018 04:13 PM
namieamuro replied at 10-1-2018 03:44 PM
tapi..kenape fara mendosa nampak mewah je

Fara Mendosa tu beliau di-speku menjual "kerang bersambal", sebab tu bermewahan katanya.

Quote tagas 10-1-2018 04:21 PM
Edited by tagas at 10-1-2018 04:23 PM

Ni mesti nak maintain lavish lifestyle smpai terpakse pinjam ah long

punye ler sengkek low class rupe nye retis2 mesia nih

manja tak reti survive

time lebat tak reti manage menabung

da minjam tak reti nak membyr

hujung2 desperated komplen kat welfare
lg hujung esok salahkan bijan

senang nye la hai hidop


Lihat semua komen(122)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051894s Gzip On
To Top