Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kulit Bertatu Disiat, Diawet Dan Dan Diletakkan Dalam Muzium! Dah Macam Pameran Baju

10-1-2018 03:29 PM|Oleh: Ghafar Nawi | Dilihat: 1978| Komen: 10

Jepun sememangnya sebuah negara yang maju dan rakyatnya wajar kita contohi. Suatu ketika dahulu negara kita juga ada mengubal dasar dipanggil  Dasar Pandang Ke Timur dimana kita menjadikan negara Jepun sebagai mentor dalam membangunkan Malaysia. Ini kerana rakyat Jepun sememangnya gigih bekerja dan sebagai orang asia, kita pun disarankan untuk mencontohi mereka. Namun dalam artikel ini kita akan merungkai sisi gelap negara jepun berkenaan penggunaan tatu dan budayanya.

Budaya bertatu pada asalnya adalah untuk para pekerja seks disana. Ia dikenali sebagai Irezumi. Irezumi adalah teknik memasukkan dakwat atau kandungan lain kedalam lapisan kulit. Ia bersifat kekal dan dimasukkan dengan menggunakan beberapa alatan tajam. Teknik ini sudah dapat dilihat semenjak dari era Zaman Neolitik Jepun lagi. Pada era pemerintahan kerajaan Edo, tatu juga digunakan untuk membezakan para penjenayah yang ada.

Foto tpjcg.org
Para pekerja seks disana menggunakan tatu untuk menunjukkan rasa romantik kepada pelanggan mereka. Contohnya nama pelanggan dan perkataan inochi () yang mana keseluruhan perkataan ini bermaksud Aku mengabdikan kehidupan kepada (nama pelanggan)- Ulasan dari Tsunagu Japan

Pada era pemerintahan Meiji, bertatu sudah diharamkan sehingga mereka kalah pada Perang Dunia Kedua ketika mereka dikuasi Amerika. Pada ketika itu seni bertatu ini dibenarkan semula. Pada 1950-an, pemakaian tatu dikaitkan pula dengan organisasi jenayah terancang iaitu kumpulan Yakuza.

Perkataan Yakuza adalah nombor dalam permainan judi iaitu hanafuda. Ya/ Hya (lapan), ku/kyu (Sembilan) dan za/ san (tiga). Tiga nombor ini kalau dicampurkan akan menjadi dua puluh yang merupakan nombor malang dalam permainan itu. Cara betul menyebutnya selain 'ya-ku-za' adalah 'hya-kyu-san'.

Foto: steemit.com
Kesan pemakaian tatu turut terpalit dengan keganasan yakuza itu tersendiri. Ini menyebabkan para pemakainya akan mendapat imej yang buruk walaupun mereka bukan dalam kumpulan tersebut. Kesan diskriminasi ini menyebabkan banyak syarikat di sana tidak mengambil para pekerjanya yang bertatu dalam organisasi. Mereka juga pernah mengenakan peraturan bahawa hanya doktor sahaja yang boleh membuat tatu pada padan orang atas faktor kebersihan dan keselamatan. Pelik kan?

Dr. Fukushi dan hasil 'tuaiannya, Foto: tattoodo.com
Oleh kerana banyak diskriminasi dan perkara yang negatif dibawa oleh budaya pemakaian tatu ini, ianya semakin dilupakan. Oleh kerana untuk mahu memelihara budaya ini, seorang doktor dari Jepun bernama Dr. Fukushi telah mengumpulkan kulit-kulit badan bertatu di muzium untuk dipamerkan. Doktor Patologi dari Universiti Tokyo ini telah mendapat pelbagai penderma yang sanggup memberi kulit mereka selepas mati. Sehingga sekarang, ada lebih kurang 120 koleksi kulit bertatu di Muzium Perubatan Patologi di Universiti Tokyo.

Foto: tattoodo.com
Ada dua cara pengawetan kulit itu dilakukan.

  1. Pengeringan: Mayat dikeringkan dan disiat kulitnya. Segala urat dan sarafnya akan dikikis sebelum ditarik untuk ditampal, kemudian akan dikeringkan semula. Dalam proses ini beberapa bahan kimia digunakan bertujuan untuk memelihara kulit itu.
  2. Pembasahan: Selepas kulit itu disiat, ia tidak terus dikeringkan tetapi akan direndam sama ada dalam glycerine atau alcohol formalin. Ini adalah antara bahan kimia digunakan untuk pengawetan untuk dipelihara.
 Sut kulit bertatu, Foto: tattoodo.com
Kedengaran geli dan meloyakan bukan? Namun jangan terkejut ada sesetengah pihak melelong kulit mereka kepada pihak muzium mahupun pengumpul bahan-bahan seni. Ini kerana kulit bertatu dianggap hasil seni diatas kanvas mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sesi jual beli kulit sudah lama berlaku di negara luar sebenarnya.

Mrozowski dan tatu harimaunya, Foto: Youtube Channel nollygrio
Mrozowski dari Poland telah melelong kulitnya sebanyak 75, 000 pound di Ebay bertujuan untuk memberikan anaknya kehidupan lebih selesa selepas mati. Orang cakap yang saya ini gila, tetapi kita semua akan mati dan sebahagian mendermakan organ mereka dan aga juga tak berbuat apa-apa dengan badannya. Saya tak rugi apa-apa, kata Mrozowski kepada Express.

Jeremy Lo and Jesse, Artis Tatu Iban, Foto: borneoartcollective.org
Di Malaysia pemakaian tatu hanya dibenarkan kepada golongan bukan Islam sahaja dan berdasarkan keperluan agama, budaya dan kepercayaan. Dalam organisasi seperti PDRM, orang berkeinginan tatu haruslah mendapat kebenaran pentadbiran sebelum bertatu terutama bagi masyarakat Iban. Mereka bertatu sebagai simbolik keberanian, kepahlawanan dan sebahagian upacara ritual.

Sesiapa yang beragama Islam tetapi masih bertatu mengikut pandangan Islam adalah haram, seperti yang diwartakan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Hujahnya ada dalam hadis sahih Bukhari bahawa Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuat tatu.

Buku kisah Abang Long Fadhil terbitan PTS, Foto: pts.com.my
Kita tengok macam kes Abang Long Fadhil yang sudah insaf dari Singapura ini mempunyai tatu di mukanya. Ini normal kerana kita akan nampak mereka bertatu didalam masjid untuk bertaubat, tetapi yang tidak bertatu kini masih ramai tidak ke masjid. Apa nak jadi dengan dunia? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Previous : Penjara Ini Jadi Rebutan Ramai Dan Sebabnya Pasti Mengejutkan Anda!

Next       : Awas! Update Status Di Laman Sosial Mungkin Petanda Riak?

Komen Terbaru

Quote ~boolean 11-1-2018 10:52 PM
Tatu yang ada unsur oriental/timur selalunya lebih cantik di mata aku.

Lain-lain Komen

Quote kasibiman 10-1-2018 05:40 PM
Id always remember a beautiful mat Salleh woman pakai evening dress Dan belakang dia is a huge spiderweb tattoo underneath. So sexy
Quote Artemesiaa 10-1-2018 06:05 PM
Macam hasil lukisan canvas.  Memang ada perbezaan seni tattoo asia dan barat.
Quote meisapoya 10-1-2018 06:13 PM
Scarryy nye siat kulit {:freak
Quote lililen 10-1-2018 07:07 PM
Oh maii. Klu kulit tu berhantu camne pulak
Quote baby_nurin 10-1-2018 09:21 PM
Sut kulit tu nmpk scary giler. Dh le tnpa kepala. Euwwww
Quote samasam90 10-1-2018 09:54 PM
some of those skins dah macam tikus yg kena bedah waktu kat matrik dulu..
Quote Simunggu 11-1-2018 08:02 AM
Islam melarang tatu....the end.
Quote ell768 11-1-2018 08:51 AM
adehhh....geli lak nengok
Quote Aaaaayyyyuuuuu 11-1-2018 09:07 PM
ewww whyyyy
Quote ~boolean 11-1-2018 10:52 PM
Tatu yang ada unsur oriental/timur selalunya lebih cantik di mata aku.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.040518s Gzip On
    To Top