Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gila, Ikan Tuna Gergasi Berjaya Dijual Pada Harga RM1.3 Juta

8-1-2018 01:33 PM |Dilihat:2012| Komen: 32
Mengejutkan apabila pasar ikan paling popular di Jepun, Tsukiji Fish Market berjaya menjual seekor ikan tuna gergasi seberat lebih 400 kg dan pada harga RM1.3 juta.

Memetik The Guardian, ikan-ikan berkenaan ditangkap di perairan Aomori dibida seawal jam 5.30 pagi waktu tempatan dalam satu bidaan yang dilakukan. 

Tsukiji Fish Market sememangnya popular dan sering menjadi tumpuan penggemar laut bertaraf lima bintang selain dikatakan menawarkan harga yang berpatutan. 

Bayangkan setiap hari pasar tersebut akan menjual hasil laut kira-kira RM30 juta bagi memuaskan permintaan rakyat tempatan yang gilakan makanan laut. 


Pun begitu, pasar tersebut dikritik kerana memiliki tahap kebersihan yang kurang memuaskan serta perlindungan gempa bumi yang tidak kukuh. 

Ia dijadualkan akan berpindah ke lokasi yang lain bagi mendapatkan kemudahan dan kawasan yang lebih bersih. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote bvsf06 15-1-2018 10:43 AM
kalau Tsujiki Market ni dikatakan kurang bersih, macam mana la agaknya kalau orang jepun masuk pasar kat Malaysia.
Suka tengok peniaga susun barang2 jualan kat pasar ni. Teratur and cantik je.
Tapi bila nak ambik gambar nampak la peniaga2 situ tak berapa suka.

Lain-lain Komen

Quote iloveselangor 8-1-2018 01:34 PM
Barang makan gini memang mahal di Jepun yg popular degan seafood nye.
Quote helicornia 8-1-2018 03:43 PM
teringat gi masuk pasar kt tokyo dulu.gigih kol 5 pagi kuar rumah.tp mmg best tengok seafood dia segar2 n besar2..kerang pun ada besar cup
Quote Modngengade 8-1-2018 03:45 PM
helicornia replied at 8-1-2018 07:43 AM
teringat gi masuk pasar kt tokyo dulu.gigih kol 5 pagi kuar rumah.tp mmg best tengok seafood dia seg ...

kerang ke tiram sister?

Quote helicornia 8-1-2018 03:47 PM

kerang sis
Quote insulin 8-1-2018 04:20 PM
Dengan perasa radioaktif dari Fukushima. Yummyyyy....

Btw, boleh tahan harganya..
Quote Artemesiaa 8-1-2018 04:24 PM
Seronok kalau dapat saksikan masa process membida tu dijalankan
Quote miemiecha 8-1-2018 04:24 PM
besaunyaaaaa
Quote kucen_miang 8-1-2018 04:32 PM
beli 1.3 juta, untung lipat2 kali ganda.
Quote cmf_premierleag 8-1-2018 04:39 PM
penah pegi fish market ni masa kat tokyo
kawan aku la bawak ke market nih..pastu gi satu tmpt ni, ada diorang hiris2 salmon
tak tau la spesis salmon apa, tp makan yg raw salmon punya, bila masuk je ke dalam mulut, bomb!!! mcm rasa mentega cair dlm mulut
tapi smpi skang aku x tahu tu salmon spesis apa
kut2 la ada jual kat KL ni ke kan

Quote gaara_X 8-1-2018 04:47 PM
ikan nie bukan ikan beku yang dijual kat selangor tu....
Quote irwansuhadi 8-1-2018 04:56 PM
seafood kat jepun mmg terbaik!!!
Quote aleesyasofia 8-1-2018 05:53 PM
besor ikannya..
Quote swimswim 8-1-2018 10:42 PM
Kayanya..ni nelayan laut dalam ni. Vessel and facilities dia lain dgn bot biasa
Quote edee_91 8-1-2018 10:49 PM
besaunya. agak2 jerung pun takut nak ngap kot?
Quote MeghanK 8-1-2018 10:52 PM
orang kata isi ikan2 besar tak sedap sangat..betul ke
Quote shernazz 8-1-2018 11:14 PM
Tengok tuna tu..teringat intro cite spongebob..
Siap gerak mulut lagi...hahah
Quote dani-rox 8-1-2018 11:44 PM
tulang sumsumnya pun bole dimakan mentah2... mcm jelly sebegitu

https://www.youtube.com/watch?v=LVqtqC5MSSc
Quote Sazida 9-1-2018 01:53 AM
Kat malaysia ada ikan tongkol. Sekilo rm10.00{:run
Quote chazey 9-1-2018 02:51 AM
dani-rox replied at 8-1-2018 11:44 PM
tulang sumsumnya pun bole dimakan mentah2... mcm jelly sebegitu

https://www.youtube.com/watch?v=L ...

Astaga sedapnyaaaaa. Boleh foodgasm ni makan!

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083438s Gzip On
To Top