Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bukan Senang Nak Wish Happy New Year Sekarang Ni Sebab..

8-1-2018 12:19 PM |Dilihat: 1000| Komen: 0

Kita dah masuk tahun 2018. 
Lazimnya sehari sebelum tahun baru, saya akan hantar new year greetings kepada saudara mara, kawan kawan melalui facebook, WhatsApp, Instagram malah sms. Time platform social media takde dulu, saya kirim kad ucapan,  telefon atau jumpa personally.

Tapi sejak kebelakangan (actually sejak 2012  saya rasa susah nak beri ucapan tahun baru. Particularly in English). Camni..
 
Ramai orang termasuk kawan kawan yang dihentikan kerja. Sebab syarikat yang mereka bekerja untuk sekian lama dah tak perolehi untung. Lalu ambil langkah berhentikan khidmat kakitangan.


Dulu dipanggil retrench. Bagi lembutkan keadaan guna istilah VSS atau voluntary separation scheme. Maknanya pekerja volunteer untuk quit. Nak lembutkan lagi timbul istilah MSS. Mutual separation scheme. Ertinya pekerja dan majikan sama sama bersetujuan pekerja dihentikan. Mungkin ini lebih tepat.

Namun hakikatnya pekerja hilang pekerjaan. Of course ada pampasan. Kadangkala jumlah besar. Pandai pandailah si penerima uruskan wangnya. Untuk dapat keja baru di syarikat lain dalam keadaan masa kini  agak sukar. Bukan mustahil tapi sukar. 
Kita tahu harga barang melambung. Semua barangan.Tak perlu saya huraikan. Semua dah maklum. 

Setiap Rabu harga minyak naik walaupun adakala turun. Tapi selalunya naik. Ramai yang mengeluh dan merugut. Termasuk saya. To survive is a struggle. A daily struggle.


Ekonomi menguncup. Nilai RM mengecil. Keadaan tak menentu wlaaupun kerajaan kata all is  under control dan jangan bimbang. Realitinya cost of living tinggi. Semua kos naik .Takde yang tak naik. Yang turun hanya.. Begitulah keadaannya seperti yang kita semua tahu. Dan keadaan tidak tunjuk tanda akan bertambah baik. Dalam erti kata lain ia akan berterusan.

Maknanya kesukaran dan kesempitan yang kita lalui sekarang akan kita lalui lagi. Kesengsaraan  yang dirasai sekarang akan terus dirasai .
Oleh itu macam mana nak wish saudara mara dan kawan kawan happy new year apabila saya tahu apa yang menunggu bukannya happiness.


Rasa bersalah ucap happy new year padahal apa yang happynya? Mana yang happynya?  Itu yang buat saya susah nak ungkap greetings  tahun baru. Tak tahu nak ucap apa. Fikir punya fikir saya putuskan untuk guna Bahasa Melayu. Instead of wish happy new year saya kata Selamat Tahun Baru. Yang membawa erti sambut dan lalui tahun baru dengan selamat. 

Bila guna Bahasa Inggeris saya kata pray and hope for a happy new year. Doa dan harap supaya gembira pada tahun baru .
Itulah yang saya ucapkan pada 31 Disember  2017 kepada saudara dan  kenalan.

Rasanya belum terlambat untuk mengucap Selamat Tahun Baru C diringi doa dan harapan 2018 membawa kebahagian kepada pengunjung CARI.com.my

Semoga kita sama sama mengharungi keperitan dan cabaran dengan selamat dan kecapi kejayaan. In sha Allah. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
0
Reply: 0
Komen

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.039237s Gzip On
To Top