Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ifa Raziah, Roslan Shah Berlawan Buka Aib Di Media Sosial

8-1-2018 10:36 AM|Oleh: Suzy | Dilihat: 3927| Komen: 16


Mengucap panjang apabila melihat pendedahan demi pendedahan yang di’live’kan artis Malaysia di media sosial. Macam tiada pedoman masing-masing buka pekung di dada. Berkawan sudah 15 tahun tapi tiada rasa kasih sayang mahupun hormat. 

Inilah jadinya kalau berkawan kerana ada tujuan lain dan bukannya seikhlas hati. Bila dah sentap, semua rahsia ‘kawan baik’ didedahkan. 


Baru-baru ini penyanyi irama dangdut, Ifa Raziah membuat siaran langsung melalu akaun Instagram jambu batu online, menyelar tuduhan yang dinyatakan Roslan Shah kepadanya sebulan lalu. 

Dalam nada marah bercampur kecewa, Ifa Raziah memberitahu, dia tidak kisah jika dirinya yang difitnah dan diaibkan bagi tujuan menjatuhkannya, tetapi dia tidak dapat berdiam diri dan tidak dapat maafkan Roslan apabila hal rumahtangga disentuh dan anak-anaknya dikutuk.

Kemesraan Ifa dan Roslan suatu ketika dahulu.

Ifa menambah, tambah kecewa, Roslan juga mendoakan anak lelakinya menjadi pondan dan menuduh suami Ifa dayus hingga menyebabkan rumahtangganya hampir bergoyang.

“Tidak perlu saya dedahkan setiap apa yang berlaku, kalau dia dipihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

“Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri.

“Satu lagi yang buat saya terkilan apabila dia turut menyumpah anak lelaki saya, Shakir Aqili, membesar sebagai pondan.

“Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan."

Nama Amelina turut terpalit dalam kontroversi ini.

Ifa juga sempat berpesan agar Roslan menggunakan rezeki yang diperolehnya untuk membeli lampin pakai buang ibunya, bukan membelanjakan wang untuk menanggung ‘anak ikan’. 

CARI hanya mampu menggeleng kepala melihatkan live kedua-dua sahabat ini. Jikalau benarpun tuduhan yang dilemparkan harap semua cerita aib ini tidak didedahkan kepada umum. Ia hanya memburukkan hubungan silaturrahim dan tidak dapat beri ketenangan kepada mana-mana pihak. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 16
Komen

Previous : Peminat Terkejut, Sangka Umie Aida Pegang Anjing Di Jepun

Next       : Boy Iman Pula Jadi Penyanyi! Tak Sabar Nak Launch Lagu Malas Nak Layan

Komen Terbaru

Quote danieladam 14-1-2018 07:25 AM
Tengok ifa raziah dlm HLive aritu..lainnya muka. Dgn rambut ikal2. Berapa la berabis nk cucuk sana sini...

Lain-lain Komen

Quote K_Lily 8-1-2018 10:40 AM
melampau sangat menyumpah anak orang macam tu
Quote sepitsiput 8-1-2018 10:47 AM
meols dgn shuben pernah nampak Kak Lana dgn anak ikan sado berjubah di masjid assyakirin masa gi terawih kt sana dua tiga thn lepas... tak pepasal meols dgn kawan meols si Kiah bergossip kt masjid tu time morehh..mampu?
Quote gekkou 8-1-2018 10:53 AM
thread pasal depa berdua bergaduh buka aib ni dah ada kan
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Quote taksukapeanut 8-1-2018 10:55 AM
bahaya betul dapat kawan macam ni. habis semua rahsia keluar.
Quote aciklola 8-1-2018 11:17 AM
sepitsiput replied at 8-1-2018 10:47 AM
meols dgn shuben pernah nampak Kak Lana dgn anak ikan sado berjubah di masjid assyakirin masa gi ter ...

siapa kak lana?
Quote miemiecha 8-1-2018 04:22 PM
apadannnn.. londeh belaka dah
Quote cclina2 9-1-2018 03:09 PM
IFA NI MMG SUKA GADUH DGN ORG KE APER?? DULU DGN AZWAN ALI..KE MMG MASING2 MULUT PUAKA..JAGALAH MULUT WAHAI MANUSIA..KERANA MULUT SEGALA AIB TERKELUAR NANTI
Quote MH3707 9-1-2018 03:13 PM
eloklah tu,,,,artis gred E- bergaduh dengan artis gred E- ....
Quote ItisDD 9-1-2018 03:14 PM
Dari kawan baik dah jd musuh ketat plak...

Apa2 lah korang ni
Quote yangsemb 9-1-2018 08:20 PM
Dulu berkawan baik, semua cerita rahsia dikongsi, now bila berselisih faham, habis semua terbongkar. {:stress
Quote samasam90 9-1-2018 10:48 PM
@Cari-suzy kopipasta title tered non kathy @katibism ke?
Quote mrsqueen 9-1-2018 11:32 PM
roslan shah ni adoyai kenapa stesen tv dgn reputs hadap sgt cerita dia?mcm takde sumbangan pon dlm industri
Quote apalancut 9-1-2018 11:54 PM
tunggu jelah hari raya nanti.. mesti ada program hari raya yang buat untuk berbaikkan drang dua nih.. lepas tu.. balik comolot muaciked.
Quote bulalof 11-1-2018 10:29 AM
low class mentality
Quote haryatie 11-1-2018 11:42 AM
aduhaiiii...gaduh kan apa laaa
takut nya dgn org yg mcam ni
sbb tu berkwn baik mcam mana pun
kalau ada keburukan dn kesilapan jgn la nk dikongsi2 dgn kwn2 yg konon2 baik
bila bergaduh abis smua keluar..
Quote danieladam 14-1-2018 07:25 AM
Tengok ifa raziah dlm HLive aritu..lainnya muka. Dgn rambut ikal2. Berapa la berabis nk cucuk sana sini...

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.072904s Gzip On
To Top