Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ritual Aneh Dan Mengerikan! Ini 8 Agama Yang Paling Pelik Dalam Dunia, Ramai Belum Tahu

8-1-2018 11:11 AM|Oleh: Ghafar Nawi | Dilihat: 2123| Komen: 8

Fitrah manusia sememangnya akan mencari Tuhan dengan mempercayai sesuatu agama. Sebagai makhluk yang lemah, manusia sentiasa akan memohon bantuan dari Tuhan walaupu setiap agama mempunya hukum dan ajaran yang berbeza-beza.

Selain Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Yahudi, ada segelintir manusia yang menganut agama yang dianggap pelik dan tak pernah didengar langsung sebelum ini. Di bawah adalah antara contohnya:


1. Rastafarian

Foto: aljazeera.com

Rastafari telah wujud semenjak tahun 1930-an di Jamaika berikutan dengan pentabalan Haile Selassie I sebagai raja di Ethiopia pada tahun 1930. Para pengikut Rastafarian percaya yang Haile Selassie adalah Tuhan dan beliau akan mengembalikan warga berkulit hitam yang tinggal dalam pengasingan pulang ke Afrika. Para pengikut agama ini sangat menekankan yang mereka harus hidup secara semula jadi. Mereka juga suka mengenakan fesyen rambut dreadlock dan menghisap ganja untuk meningkatkan keimanan mereka. Di Malaysia pun ramai menghisap ganja untuk meningkatkan tahap keimanan kita, bukan? Mungkin mereka juga Rastafarian.

2. Sainstologi
Foto: wired.com
Ramai pernah dengar pasal golongan yang menjadikan sains sebagai agama. Mereka digelar Sainstologi yang diasaskan oleh L. R. Hubbard pada tahun 1954. Sainstologi adalah agama yang mengkaji sifat kerohanian manusia dan hubung kaitnya kepada mereka, keluarga, makhluk lain, alam jasmani dan alam rohani. Mengikut falsafah ahlinya, manusia adalah makhluk abadi yang pengalamannya tidak tamat walaupun nyawa sudah melayang. Kompleks juga kepercayaan mereka, tapi inilah indahnya manusia kerana wujud pelbagai pendapat dan kepercayaan.

3. Discordianism

Foto: vice.com
Tak semua agama meyuruh pengikutnya melakukan kebaikan, contohnya kepercayaan Discordianism atau agama kekalutan yang diasaskan oleh Kerry Thornly dan Greg Hill. Asalnya ia adalah kepercayaan gurauan yang tidak lama selepas itu di mahsyurkan oleh penulis dari Amerika Syarikat, Robert Anton Wilson yang berfalsafahkan buku beliau bergenre sains fiksyen, trilogi The Illuminatus! berkenaan Discordianism.

4. Neo-Druidism
Foto: crystalinks.com

Ini adalah kepercayaan purba yang diamalkan oleh puak Celtic yang telah dimodenkan dengan pelbagai cara. Agama ini telah menggabungkan ritual pembomohan, cinta alam sekitar, animisma, ritual penyembahan matahari dan kepercayaan kepada penjelmaan semula. Ia juga dikenali kerana secara umumnya menggalakkan keharmonian dan penyembahan alam. Dalam masa yang sama juga, kepercayaan mereka menghormati semua makhluk. 

5. Aghori
Foto: wanderlustvlog.com

Mereka adalah golongan yang mempunyai pelbagai ritual yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia. Masyarakat Hindu di sana ramai yang mengutuk golongan Aghori kerana ritual yang sesat. Ritual apa yang dimaksudkan? Mereka tinggal di tanah perkuburan dan memakan daging manusia disamping minum dari tengkorak manusia dan mengunyah kepada haiwan hidup dan paling tidak masuk akal adalah bermeditasi diatas mayat untuk meningkatkan keimanan mereka. Mereka adalah Aghori dari kultus Hindu yang ditakuti dan tersesat dari tradisi Kapalika semasa kurun ke-14.

6. Universe People
Foto: jamesgunn.com

Ivo Benda, pengasas kepada Universe People yang menganggap UFO sebagai tuhan mereka diasaskan pada tahun 1990 di Republik Czech. Beliau juga dikenali dengan nama makhluk luar angkasa sebagai Astar ini mendakwa mengalami hubungan peribadi secara langsung dengan tamadun luar angkasa. Dengan sebab itulah kepercayaan ini ditubuhkan. Mereka berperang dengan melawan teknologi moden dan idea negatif disamping menyebarkan cinta dan getaran positif. Apa itu getaran positif? Mungkin unsur yang menyebabkan kita sebagai manusia menjadi lebih baik dengan adanya getaran itu.

7. Gereja Euthanasia

Foto: Youtube channel Francisco Xavier

Ini adalah antara kepercayaan anti manusia yang wujud di dunia. Diasaskan oleh Reverend Chris Korda dan Robert Kimberk dalam tahun 1992 di Boston, Amerika Syarikat. Gereja ini menggalakkan penyelesaian kepada kelebihan populasi yang semakin bertambah dan mengaitkan penyelesaian kepada masalah ekologi dengan program pengurangan penduduk secara sukarela. Kedengaran seolah-olah masalah yang serius bukan? Cuba lihat slogan mereka pula iaitu, Save the Planet C Kill Yourself, bermaksud untuk menyelamatkan bumi, bunuhlah diri anda. Tidak masuk akal bukan?

8. Zorastrianism / Majusi

Foto: kuruc.info
Ini adalah antara agama yang sangat tua di dunia. Dengan pegangan monoethisma, Zorastiranisma atau Majusi ini wujud sekitar 3, 500 tahun yang lalu yang dimulakan dengan nai Zororaster di sekitar Iran. Kira-kira seribu tahun, agama ini adalah agama yang mahsyur dan berkuasa dalam dunia kerana ia adalah agama rasmi bagi negara Parsi yang kini dikenali sebagai Iran dari tahun 600 ke 650 sebelum masihi. Hakikatnya kini, agama Majusi ini masih wujud dan mempunyai penganut lebih kurang 100, 000 sahaja diseluruh dunia. Mereka juga dikenali sebagai agama yang menyembah api. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Semua Manusia Bakal Mati, Tapi Caranya Berbeza-Beza! No.5 Tu Paling Ngeri, Berani Tengok?

Next       : Keju Dibuat Dari Peluh Ketiak? Euww, Kotornya!

Komen Terbaru

Quote aunisofia 10-4-2018 02:49 PM
pelik eh...

Lain-lain Komen

Quote chinta89 8-1-2018 11:28 AM
baru tau agama majusi masih ade yg menganutinya
Quote M5 8-1-2018 01:17 PM
ada dengar ritual yg agak pelik dimana orang ramai2 keliling batu sambil lambai2 tangan
Quote dani-rox 8-1-2018 11:39 PM
Sainstologi adalah agama yang mengkaji sifat kerohanian manusia dan hubung kaitnya kepada mereka, keluarga, makhluk lain, alam jasmani dan alam rohani.


lah sangat kann... hakikatnya alasan utk kaut $$$$$
Quote LindaAnita123 9-1-2018 09:16 AM
ritual ciptaan manusia memang tak masuk akal, depa ni ada masalah mental tak boleh kembali pada fitrah omgeeee
Quote Artemesiaa 9-1-2018 05:27 PM
Mereka dengan kepercayaan mereka memang aneh tiap satunya
Quote ckenj 11-1-2018 02:00 PM
ini yg tahu..yg tak taw mesti lg byk...
Quote helicornia 9-3-2018 09:04 AM
Tom Cruise salah sorang pengikut scientology kan?
Quote aunisofia 10-4-2018 02:49 PM
pelik eh...

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.041883s Gzip On
    To Top