Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Tak Payah Rebonding! Mudah Je Nak Dapatkan Rambut Lurus Tanpa Perlu Ke Salon!

9-1-2018 12:31 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 1324| Komen: 5

Ramai yang menginginkan rambut yang lurus sehingga sanggup berbelanja sejumlah wang untuk mendapatkan rawatan di salon. 


Tanpa kita sedari kesan sampingan akibat dari penggunaan bahan kimia yang kerap telah mengakibat rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi.

Jom ikuti cara mudah untuk mendapatkan rambut idaman hanya dengan 5 bahan yang boleh didapati di dapur rumah!

1. Minyak Rambut Yang Dipanaskan 
Sumber: Carian Google
Lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.

2. Minyak Zaitun, Minyak Almond & Minyak Bijan.


Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
  2. Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
  3. Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
  4. Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
  5. Selepas itu, syampu dan bilas.
  6. Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah

3. Santan kelapa!
Sumber: Carian Google
Caranya:
  1. Dalam satu gelas besar, campurkan satu cawan santan kelapa segar dan jus dari sebiji lemon
  2. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga wujud lapisan krim di atasnya
  3. Ambil krim itu dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 minit
  4. Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap sekeliling shower cap
  5. Biarkan selama 30 minit kemudian syampu dan bilas
  6. Sikat rambut sementara rambut masih basah

4. Susu!

Caranya:
  1. Campurkan setengah cawan susu bersama setengah cawan air.
  2. Masukkan dalam botol spray
  3. Sikat rambut dan sembur campuran tadi ke rambut
  4. Sikat sekali lagi dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu meresap ke dalam kulit kepala
  5. Kemudian syampu serta bilas

5. Telur & Minyak Zaitun!

Sumber: Carian Google
Caranya:
  1. Pukul sebiji telur
  2. Kemudian masukkan empat sudu minyak zaitun
  3. Sapu pada rambut dan kulit kepala
  4. Sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang
  5. Balut kepala dengan shower cap kira-kira 30 hingga 40 minit
  6. Syampu dan bilas.

Mudah je, kan? Boleh lah cuba selepas ni! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Previous : Jangan Pakai Helmet, Bra Ketat Kalau Benci Jerawat!

Next       : Macam Wonder Woman! Nak Tahu Macam Mana Puak Ini Dapatkan Zuriat?

Komen Terbaru

Quote ayjay 18-1-2018 07:42 AM
Takdanya menjadi

Lain-lain Komen

Quote zaffwan239 9-1-2018 11:42 PM
alaaa... rugi la buat rebonding.. nak try cara yang first tu lah
Quote mrsqueen 10-1-2018 05:13 AM
good petua
Quote xyura 10-1-2018 10:51 AM
Tq TT   lepas ni boleh try
Quote pisang_cheese 17-1-2018 05:40 PM
Wah.. resipi menarik.
Quote ayjay 18-1-2018 07:42 AM
Takdanya menjadi

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.172720s Gzip On
    To Top