Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Rawat Migrain Dengan Menindik Telinga, Macam Mana Tu?

5-1-2018 10:41 AM|Oleh: Has | Dilihat: 303| Komen: 2


Foto: Joya.life

Zaman sekarang, menindik telinga bukan perkara asing lagi. Ramai di kalangan lelaki mahupun wanita melakukannya bagi tujuan kecantikan. 

Bagaimanapun, menurut Thesun.co, terdapat dakwaan mengatakan menindik telinga merupakan salah satu kaedah perubatan. Sukar dipercayai, bukan? 


Penyembuh migrain

Foto: Homeangles.com.my

Tindikan 'Daith piercingdidakwa dapat merawat migrain atau sakit kepala yang berdenyut-denyut. Daith piercing merupakan kaedah menindik telinga di bahagian tulang rawan iaitu bahagian dalam telinga itu sendiri. Pasti amat menyakitkan! 


Foto: Youtube.com

Tambahan pula, ia menggunakan teknik tersendiri yang berbeza dan memerlukan jarum melengkung khas untuk menindik telinga. 

Bayangkan, selepas menindik telinga, ia memerlukan sekitar tiga hingga enam bulan untuk proses pemulihan. Satu tempoh yang agak lama juga tu. 


Foto: Bukalapak.com

Beberapa orang mendakwa, dengan menindik telinga, ia dapat membantu menghilangkan migrain. Ini kerana, berkemungkinan kawasan yang ditindik itu ialah titik akupuntur. 

Seperti yang kita tahu, di China, rawatan yang melibatkan titik akupuntur sudah terkenal dengan keberkesanannya. Jadi, berkemungkinan menindik telinga mempunyai kesan sama dengan rawatan akupuntur

Namun, hingga kini masih tiada teori kukuh untuk membuktikan kesahihannya walaupun penderita migrain berpendapat bahawa dengan menindik telinga, ia dapat melegakan migrain.


Foto: Tattoo-map.com

Sementara itu, doktor dari Klinik Cleveland mempertikaikan dakwaan Daith piercing yang mampu menghilangkan migrain.

"Tiada penyelidikan perubatan yang menyokong teori ini

"Mungkin kesakitan mereka berkurangan kerana menumpukan pada rasa sakit akibat ditindik. Ia kesan psikologi memanipulasi minda mengalihkan rasa sakit migrain kepada rasa sakit menindik itu sendiri," katanya.

Macam-macam, kan? Lain orang lain pendapatnya. Yang pasti, banyak lagi kaedah rawatan yang diiktiraf bagi mengubati migrain di luar sana. Jadi, jangan memandai-mandai mencuba cara sebegini pula ya! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Previous : Suka Tidur Dengan Lampu Menyala? Hentikan Kerana...

Next       : Awas! Buat Peminat Tegar Kopi, Anda Dalam Bahaya Jika...

Komen Terbaru

Quote xyura 10-1-2018 10:57 AM
Tak pernah tau pun

Lain-lain Komen

Quote meisapoya 5-1-2018 03:24 PM
Emm x nak ah. Takut {:freak
Quote xyura 10-1-2018 10:57 AM
Tak pernah tau pun

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043146s Gzip On
    To Top