Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Bro, Betulkah Anda Idamkan Anak Sulung Sebagai Calon Isteri?

4-1-2018 11:04 AM|Oleh: Has | Dilihat: 823| Komen: 7

Anak sulung sinonim dengan istilah 'gila kuasa'. Yalah, sebagai 'Kak Long kawasan', dia paling berkuasa. Kalau tak asyik membebel itu dan ini, pasti ada sahaja arahan yang keluar dari mulutnya.

Bukan itu sahaja, anak sulung biasanya dikatakan seorang yang garang dan tegas selain pandai berdikari. Pun begitu, adik-adik selalu cemburu kerana Si Along ini sering mendapatkan apa sahaja yang dimahukannya. Disebabkan dia anak pertama, selalu sahaja dapat pakaian atau barang baharu. Bila dah tak muat dipakai atau digunakan lagi, baru 'diturunkan' kepada adik-adik lain.

Tapi istimewanya anak sulung ini, dia sebenarnya sayangkan adik-adik dan selalu beralah terutama dengan Si Bungsu. Kadang-kadang, dia yang banyak berjasa dan berkorban untuk adik-adik.

Ada juga yang berkata, nak sulung perempuan paling sesuai jadi calon isteri idaman! Wah, betul ke? Jom kita tengok apa sahaja keistimewaan anak sulung yang dipetik dari asyikheboh.bid ini. 


1) Jujur

Foto: musliminc.com

Anak sulung selalunya bersifat jujur. Jadi janganlah risau! Anda pasti tidak akan ditipu isteri tersayang nanti. Jujur itu kan sangat penting dalam sesebuah perhubungan? Maka amat beruntunglah anda jika memiliki isteri dari kalangan anak sulung.


2) Optimistik dan berdikari

Foto: Charkhan.com

Anak sulung juga seorang yang optimistik dan sangat berdikari. Wow! Bukan senang nak cari perempuan yang suka berdikari ni kerana kebanyakan perempuan terkenal dengan sifat manjanya dan kebergantungan pada orang lain. Eh, jangan marah dulu. Bukan semua perempuan begitu, hanya segelintir sahaja, okey.


3) Menjadi pelindung terbaik




Foto: Life.idntimes.com

Sudah menjadi kebiasaan anak sulung menjadi pelindung terbaik buat keluarganya. Alahai, beruntungnya dapat beristerikan anak sulung yang sudah pasti akan melindungi anak-anak anda. Bukan bermaksud ibu lain tidak melindungi anak mereka, cuma sifat melindungi anak sulung ini 'luar biasa' sedikit.


4) Pandai memasak

Foto: Consumer Energy Alliance

Selain pelindung, anak sulung juga seorang yang pandai memasak. Memang buncitlah anda jika dapat isteri pandai memasak. Tiada lagi soal makan tidak cukup!


5)Pendengar setia

Foto: Buzz Nigeria

Sudah terbiasa mendengar celoteh adik-adik, secara tak langsung isteri juga menjadi pendengar setia suami. Bukan itu sahaja, dia juga boleh mengawal segala situasi rumah tangga dengan tenang. Bukan mudah ya wahai encik suami.


6) Rajin

Foto: The Telegraph

Sudah pastinya anak sulung juga seorang yang rajin. Maklumlah selalu mengambil alih tugas ibu, jadi sudah terbiasa dengan melaksanakan tugas di rumah serta mempunyai semangat luar biasa dalam menguruskan keluarga dengan sebaiknya.


7) Calon ibu terbaik

Foto: Friendszirmedicalcenter.org

Nak tahu kenapa? Ini kerana, isteri anda sudah terbiasa menguruskan adik-adiknya. Jadi, sudah tentulah anak sulung perempuan boleh menjalankan tugas sebagai ibu yang terbaik nanti!


Setiap anak dianugerahkan Tuhan mepunyai kelebihan tersendiri, dan sudah semestinya setiap perempuan tidak kiralah anak kedua, ketiga mahupun anak bongsu, pasti boleh menjadi calon isteri yang baik dalam menguruskan rumah tangga. Jadi, jangan pula 'gila' menunggu calon isteri anak sulung, nanti jadi bujang terlajak pula. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Previous : Dah Banyak Amaran, Tapi Tak Serik! Nak Tunggu Lidah Dipotong Macam Ni Ke?

Next       : Takut Ibu Jadi Mangsa Rogol, Remaja Cipta Selipar Unik Ini!

Komen Terbaru

Quote niena90 4-1-2018 04:34 PM
I anak sulung and honestly garang la kot. Thats why org takut nak dekat haha

Lain-lain Komen

Quote cahaya_almas 4-1-2018 12:28 PM
Kaklong sy semua berlawanan ciri2 kt atas..jd tkleh nk caya gak..
Quote pearl.silver 4-1-2018 01:46 PM
Nampak gaya ank sulung tendency jd kuli batak laki dia{:dot
Quote chikumanis 4-1-2018 02:10 PM
me anak sulung n the only girl...sume diatas ada yang betul n tak...datang baran aku, laki aku pun kena hamun. tegas tu yes, pandai masak tu utk perut laki n anak3 boleh la..jujur tu xla sngat tapi kalo dapat laki yg jenis kena cakap direct baru paham, nak wat mcmana kan...
Quote BabyAnje 4-1-2018 03:04 PM
aku anak sulung, biasa yg ppn sulung ni biasanya lambt kawin..mgkin kot...garang tu perkara biasa...
Quote DeeHanania 4-1-2018 03:05 PM
Btol las ksemua yer tu,
Sbb saya pun Sulong
{:childlike
Quote yangsemb 4-1-2018 03:10 PM
pearl.silver: Nampak gaya ank sulung tendency jd kuli batak laki dia{:dot

Oooppsss...ye xye jugak kann
Quote niena90 4-1-2018 04:34 PM
I anak sulung and honestly garang la kot. Thats why org takut nak dekat haha

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044619s Gzip On
    To Top