Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Jangan Pakai Helmet, Bra Ketat Kalau Benci Jerawat!

3-1-2018 05:09 PM|Oleh: Hana Yaacob | Dilihat: 1373| Komen: 6

Jerawat merupakan satu masalah besar bagi mereka yang mementingkan kecantikan terutama golongan hawa. Kalau hari-hari berbedak, muka licin bak artis K-pop, siapa yang tidak suka, kan? Yang memandang pun boleh 'cair'. 

Umum tahu ada banyak sebab jerawat boleh naik. Tetapi, anda mungkin tak pernah dengar empat sebab ini.


Foto: Skincare Org.

Menurut Merdeka.com, beberapa sebab munculnya jerawat adalah disebabkan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, ketidakseimbangan hormon, malas membersihkan mekap di wajah dan kualiti udara yang tidak bersih. Malah, pemakaian helmet antara disenaraikan sebagai penyebab utama tumbuhnya jerawat!


Apa kena-mengena helmet dengan jerawat?

Foto: luismoto.it

Helmet yang dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kelembapan berlebihan hingga pori-pori muka tersumbat. Ia mudah berlaku terutama bila waktu panas, muka kita jadi cepat berpeluh.  Ini menyebabkan jerawat cepat naik terutama di kawasan dahi.


Kerap bertelefon

Foto: picdn.net

Selalu sangat bertelefon menyebabkan kuman melekat di permukaannya. Kesan air liur dan keadaan muka berpeluh atau berminyak menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Kalau boleh, segera bersihkan permukaan telefon selepas digunakan.


Penggunaan cekak rambut (headband) ketika berolahraga

Foto: Pinterest

Kepada yang suka bersenam seperti Zumba atau habiskan masa di gim, elakkan memakai headband. Ini kerana kesan peluh yang banyak boleh jadi punca jerawat naik mencanak-canak. Sebaik selesai activiti bersenam, terus lap peluh dengan tuala, okey?


Aduh, bra ketat pun jadi punca jerawat?

Foto: Odyssey

Ha, ini biasa berlaku kepada mereka yang sering mengalami perubahan berat badan. Bila hati tengah bahagia, mulalah berat badan naik. Masa itulah baju dalam pun terasa semakin mengecil dan sendat.

Jadi, elakkan dari memakai baju dalam yang ketat kerana peluh berlebihan juga boleh menyebabkan bakteria membiak, sekali gus membuat kulit menjadi gatal-gatal dan tumbuhnya jerawat pada tubuh. Perkara sama akan berlaku sekiranya anda memakai seluar dalam ketat. 

Jadi, anda dah tahu apa nak buat untuk menghalang 'musuh utama' dari menempel di tubuh? Kalau malu orang melihat jerawat pada wajah atau tubuh, segera bersihkan empat barang ini selepas digunakan. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Awas! Kerosakan Rahim Berpunca Dari Senggugut Dan Tanda Sukar Hamil

Next       : Macam Wonder Woman! Nak Tahu Macam Mana Puak Ini Dapatkan Zuriat?

Komen Terbaru

Quote xyura 10-1-2018 10:59 AM
Good info TT thank you

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 3-1-2018 05:24 PM
kalau sis vokuru memang wajib pakai bra ketat sebab kopek dia labuh sangat sampai tersangkut kat pagar rumah jiran sebelah
Quote yangsemb 3-1-2018 06:12 PM
Ooo...this new findings makes sense, tq {:cryrun
Quote masmelon 3-1-2018 08:59 PM
good info .. tq
Quote mdhelmi 4-1-2018 08:42 AM
yg helmet tu mmg dah perasan lama
tp yg naik pon sikit kecik2 je hampir x nampak
Quote da_ixora 4-1-2018 04:20 PM
thanks for info
Quote xyura 10-1-2018 10:59 AM
Good info TT thank you

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.041513s Gzip On
    To Top