Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tanpa Lasik - Tips Untuk Si Rabun, Cuma Lakukan 3 Perkara Ini Sahaja

3-1-2018 02:12 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 1692| Komen: 3

Rabun mata dari sudut perubatan bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Seiring dengan perkembangan teknologi, pelbagai rawatan mata yang ditawarkan seperti rawatan laser dan LASIK. Kedengaran seperti sangat mudah tetapi kos rawatan juga sangat tinggi!

Sumber: Carian google

Bukan semua orang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan yang menelan belanja ribuan ribu ringgit ni. 

Justeru, menerusi laman Media Maklumat, kami kongsikan tips untuk meningkatkan penglihatan mereka yang mengalami masalah rabun: 

#1 Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas



Pelihara mata anda melalui pemakanan! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.

Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari.

Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta?

Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata. Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan.

DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula bisa menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.


#2 Lakukan Senaman Mata


Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih.
Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan!

Caranya? Mudah sahaja!

  1. Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
  2. Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
  3. Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
  4. Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung. 
  5. Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.


#3 Peruntukan Waktu Rehat Mata



Pastikan tidur mencukupi. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Individu dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda.

Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Previous : 5 Jenis Makanan Penyumbang Kanser, No 2 Tu Memang Mengejutkan!

Next       : Suka Tidur Dengan Lampu Menyala? Hentikan Kerana...

Komen Terbaru

Quote SOFIA2017 3-1-2018 09:07 PM
ni tips sebelum rabun...
kalau dh bertahun pakai spek..power pun dh tinggi...xde maknanye

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 3-1-2018 06:04 PM
Ini lbh kpd tips pencegahan..
Quote drivethru 3-1-2018 08:55 PM
Dulu mase darjah 4, aku malu nak pakai spek.  Sbb dalam fikiran org tua jer pakai spek. Sampai darjah 6, mak aku beli herba kat china. Setiap malam sapu sebelum tidur. Form 1, dah x pakai spek. Sekarang rasa menyesal plak. Sbb spek skrg dah cantik dan boleh berfesyen. Kalau setakat saja2 nak pakai, mmg x lah.
Quote SOFIA2017 3-1-2018 09:07 PM
ni tips sebelum rabun...
kalau dh bertahun pakai spek..power pun dh tinggi...xde maknanye

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.040014s Gzip On
    To Top