Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Mendiang Bapa Wanita Ini Ancam Suami Anaknya Melalui Surat..Bagaimana Tu?

2-1-2018 12:32 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 2032| Komen: 23

Majlis pernikahan kebiasaannya dipenuhi dengan gelak ketawa dan senyum riang kerana meraikan hari bahagia. 

Namun kadang kala pengantin akan menitiskan air mata terharu dan gembira apabila mendengar ucapan yang diberikan oleh kaum keluarga dan teman rapat.



Pasangan pengantin baru dari New York ini juga tidak terkecuali apabila ahli keluarga mula memberi ucapan tahniah sempena perkahwinan mereka.

Paling mengejutkan apabila bapa saudaranya memberikan ucapan yang sangat menyentuh hati dengan membaca surat daripada arwah bapanya!

Emily Darbey yang menetap di New York, telah kehilangan bapanya, Todd Excell, pada bulan Mei tahun 2001 yang meninggal dunia kerana kanser.



15 tahun kemudian, Emily telah menemui cinta hatinya dan bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Shakeal Darbey pada 4 Oktober 2016.

Buat anak kesayangan saya, Emily, air mata Emily mula membasahi pipinya.

Kamu sentiasa berada dalam hati dan jiwa bapa selamanya



Surat itu merupakan surat kiriman bapa Emily yang meminta bantuan isterinya (ibu Emily) untuk menuliskan ucapannya 20 hari sebelum meninggal dunia. 

Surat itu kemudian disimpan rapi sehingga tiba saat surat itu perlu didedahkan, iaitu pada majlis perkahwinan Emily.

Bapa menulis surat ini khas sempena perkahwinan kamu bagi memberitahu kamu bahawa bapa ada bersama di majlis kamu, walaupun secara fizikalnya bapa tiada



Kamu merupakan sinaran yang menerangi hari kelam bapa. Bapa mahu kamu hidup penuh gembira dengan perasaan cinta dan kasih sayang yang telah Tuhan kurniakan.

Bapa minta agar kamu dan suami melayan satu sama lain dengan penuh kasih sayang dan perasaan hormat. Bapa sayangkan kamu, Emily. Bapa juga menyayangi suami kamu.

Bapa akan sentiasa ada di mana sahaja kamu berada. Buat suami kamu, bapa akan bersamanya juga.



Sewaktu tetamu fikir ucapan tersebut sudah berakhir, Peter lantas bersuara:

Buat suami Emilysaya tidak sempat untuk menyoal kamu mengapa kamu bercinta dengan anak saya. Saya juga tidak sempat untuk mencatatkan lesen memandu dan jenis kereta kamu.

Tetapi apa yang saya boleh lakukan adalah..menghantui kamu.

Mendengar sahaja ancaman bapa Emily yang lucu, Shakeal mengangguk manakala Emily dan tetamu pula ketawa.



Layanilah Emily bak seorang puteri dan hormatilah dia bak seorang ratu, tulis Excell.

Sungguhpun bapanya tidak lagi bersama mereka, namun surat tersebut adalah bukti betapa dalam kasih sayang ayahnya terhadap Emily.

Bagi yang masih mempunyai ibu bapa tu, hargai lah mereka sementara masih berkesempatan ya. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
4
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 23
Komen

Previous : Ah Sudah, Pasangan Anda Sebenarnya Homoseksual? Jangan Panik, Ini Yang Perlu Dilakukan

Next       : Dukung Isteri Dan Kejar Keju Beramai-ramai. Comel Betul Sukan Pelik Ni!

Komen Terbaru

Quote amyfiq 2-3-2018 01:34 PM
awwwwww bergenang kejap

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 2-1-2018 12:34 PM
sweet..







Quote qistiena 2-1-2018 12:42 PM
touching..
Quote yangsemb 2-1-2018 12:52 PM
Lol...so humorous, sempat dia mengarang sebelum menutup mata utk selama2nya
Quote nishikido 2-1-2018 12:58 PM
Auwwww..so sad.masa bapak dia karang surat tu mesti menangis tak berhenti sebab dia tahu dia takkan ada tuk majlis anak dia nanti...
Quote Ferr_Remy 2-1-2018 01:02 PM
Sedihnye.. Mcm cerita Kuch kuch Hota Hai plak
Quote emptybotol 2-1-2018 01:16 PM
Sedihnye..
Quote mieymiey 2-1-2018 01:18 PM
Kasih sayang seorang ayah
Quote MsKathryn 2-1-2018 01:52 PM
Touching..
Quote chinta89 2-1-2018 02:22 PM
tertahan2 air mata ni tp bab ancaman tu iols gelak terhibur
Quote cewekbopot 2-1-2018 03:22 PM

tacing moment
Quote fealefea 2-1-2018 05:11 PM
uwaa. sedih. i harap ada laki yg jaga i cam princess jugakkk
Quote pinkpunk 2-1-2018 05:17 PM
sukanya ayat layani bak seorg puteri dan hormatilah dia bak seorang ratu.
Quote greantea 2-1-2018 05:44 PM
Quote aku_best 2-1-2018 07:03 PM
Comey emily masa kanak2....
Quote missinpiece 2-1-2018 07:09 PM
Sedeyyyyyy
Quote missinpiece 2-1-2018 07:10 PM
nishikido: Auwwww..so sad.masa bapak dia karang surat tu mesti menangis tak berhenti sebab dia tahu dia takkan ada tuk majlis anak dia nanti...


Mengalir dah air mata..uwaa
Quote RatuDunia94 2-1-2018 10:52 PM
Ke mak nya yg karang sendiri. Mana tau kak hasanah versi mat salleh..
Quote botol_purple 3-1-2018 10:34 AM
Sedih ... {:cryrun
Kasoh sayang seorg bapa ..
Quote ReginaGeorge 3-1-2018 10:18 PM
Kasih seorang ayah..

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045745s Gzip On
    To Top