Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Awas! Kerosakan Rahim Berpunca Dari Senggugut Dan Tanda Sukar Hamil

2-1-2018 09:42 AM|Oleh: Norlili | Dilihat: 857| Komen: 6

Foto: Mingguan Wanita
Awas, kalau sentiasa berlaku pendarahan yang banyak atau berpanjangan sepanjang haid! Tanda-tanda ini boleh menyebabkan anda sukar hamil, kerap keguguran atau mandul. 

Pasti sedih, apalagi sebagai wanita yang sudah berkahwin. Anda pasti mahu ada zuriat sendiri. 

Jika selalu mengalami pendarahan, kejang di bahagian perut, keguguran, sukar hamil dan gangguan ketika membuang air kecil mahupun besar, seeloknya terus berjumpa doktor untuk diperiksa keadaan rahim kita. 


Foto: Carian Internet 

Penyakit ketumbuhan dalam rahim selalunya berlaku atas faktor baka. Jika ibu atau keturunan menghidap penyakit ini, berwaspadalah kerana berkemungkinan anak-anak perempuan pun ada risikonya. Jika selalu mengalami pendarahan dan senggugut ketika haid, sebaiknya buat ultrabunyi untuk mengesan masalah yang timbul sebagai langkah pencegahan.


Foto: Mingguan Wanita 

Selain itu, penting untuk ibu mendidik anak mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sedari kecil. Jangan sesekali biasakan anak makan makanan segera. Bukan elok pun, kan? 

Sepeti pepatah, penyakit yang ada bermula dari perut, yakni makanan kita. Jom ubah! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Kenapa Perempuan Suka Laki Orang. Eh, Dah Takde Orang Bujang Ke?

Next       : Jangan Pakai Helmet, Bra Ketat Kalau Benci Jerawat!

Komen Terbaru

Quote lolipopmanish 22-1-2018 02:38 PM
jarang senggugut..tp takut nak check samaada ade pcos or tak

Lain-lain Komen

Quote mieymiey 2-1-2018 02:40 PM
I tiap bulan senggugut. Kekadang jer la teruk, kekadang sakit perut biasa. Dalam kepala otak i, biasa la kot senggugut dan period memang tak dapat dipisahkan. Kalau dah tahap sakit tak boleh tahan, baru i pegi klinik. Doktor bagi pain killer. Harap takder la kemungkinan yang bukan-bukan.
Quote yangsemb 2-1-2018 03:50 PM
Ooooo iye ke, iolls mmg jarang2 sungguh kena senggugit nie {:cryrun
Quote xyura 10-1-2018 11:09 AM
Time skolah dulu memang teruk sgt senggugut..memula kahwin still ade jugak tapi utk 1st day jek..lepas bersalin ni da kurang sikit..mungkin sbb Dr dah buang cyst yg diorg jumpa masa sy kene ceaser utk bersalin hari tu
Quote treefor 10-1-2018 02:40 PM
Alhamdulillah xpenah lagi senggugut truk2..
Quote kiambang 12-1-2018 01:14 PM
I jarang plk sengugut .. period sikit sangat .. rupanya
Ada pcos .. sampai la ni tak pregnant .. pasrah je ..
Quote lolipopmanish 22-1-2018 02:38 PM
jarang senggugut..tp takut nak check samaada ade pcos or tak

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.053779s Gzip On
    To Top