Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Dah Banyak Amaran, Tapi Tak Serik! Nak Tunggu Lidah Dipotong Macam Ni Ke?

3-1-2018 10:24 AM|Oleh: Norlili | Dilihat: 1205| Komen: 4

Foto: Carian Internet

Kalau dah nama perokok tegar, bila dikatakan akan membawa mudarat pun memang tak ambil peduli. Banyak iklan dan berita serta amaran akibat merokok terpampang di berita, akhbar, mahupun laman sosial. Semuanya bagaikan mencurah air ke daun keladi. 

Tabiat merokok ni selalunya bermula dari remaja, ada yang terikut dengan melihat bapa atau adik-beradik lain yang merokok. Ada sesetengah tu terikut dengan kawan-kawan. Lebih parah, mahu terlihat seperti budak 'cool' tanpa memikirkan kesan sampingan jangka masa panjang.

Ya, mungkin belum berlaku kepada diri sendiri. Tapi, bila penyakit dah menghinggapi ke atas tubuh, semuanya sudah terlambat! Menyesal di kemudian hari nanti dah tak berguna lagi masa tu.
 

Foto: mStar Online

Menurut doktor, kebiasaannya penyakit kanser mulut terdiri daripada perokok tegar. Tak perlu pergi jauh, kisah ini berlaku dalam negara tercinta kita sendiri. Muhammad Faid mula merokok sejak berusia 17 tahun sebanyak lima batang sehari bersama rakan-rakannya. Kini, di usia 24 tahun dia telah disahkan menghidap kanser mulut dan sedang menjalani kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur. 

Pelajar tahun akhir jurusan pendidikan di salah sebuah universiti itu pada mulanya hanya mengalami masalah ulser pada lidah kirinya. Namun keadaan memburuk apabila dia mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga di lidah menyebabkan luka tidak sembuh dengan mudah. 

Kansernya berada di tahap satu dan dua pada Februari lalu, namun beralih ke tahap tiga pada bulan Mei. Cepat betul barah merebak! 


Foto: Carian Internet

Oleh itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Faid pada 17 Mei dan membina semula lidahnya dari lebihan kulit paha. Aduh ngerinya! 

Beliau dikhabarkan boleh bercakap sedikit tapi hanya boleh makan menggunakan tiub khas, manakala trakeanya ditebuk untuk membolehkan beliau bernafas. Sedih, bukan? 

Diharap perokok tegar boleh ambil iktibar dari cerita ini, menyesal kemudian hari nanti dah tak berguna lagi. Jangan sudah terhantuk baru tengadah. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
8
Lawak
8
Bosan
4
Komen: 4
Komen

Previous : Orang Lain Makan Nasi, Lelaki Ini Ketagih Batu Bata Pula!

Next       : Bro, Betulkah Anda Idamkan Anak Sulung Sebagai Calon Isteri?

Komen Terbaru

Quote Supersirap 13-1-2018 09:21 PM
Merokok lah selagi anda mampu....

Lain-lain Komen

Quote chinta89 4-1-2018 08:59 AM
dah kena gini baru nk sedih..


kalau tak, bukan hormat org sekeliling bila hisap rokok.. main hembus je
Quote chinta89 4-1-2018 08:59 AM
dah kena gini baru nk sedih..


kalau tak, bukan hormat org sekeliling bila hisap rokok.. main hembus je
Quote EncikRhoma 5-1-2018 09:42 AM
Berita ni seperti angin lalu je bagi perokok. Trust me
Quote Supersirap 13-1-2018 09:21 PM
Merokok lah selagi anda mampu....

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042469s Gzip On
    To Top