Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Dec
29

Tronsmart, Pengeluar Aksesori Quick Charge Terunggul Kini Tiba Di Malaysia!

29-12-2017 03:50 PM | Dilihat: 1420| Komen: 1

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia. Tronsmart memperkenalkan produk-produk terbaru mereka untuk pasaran tempatan: Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger, BRIO 20,100 mAh PD Power Bank, AIRAMP Dual Coil Wireless Charger dan W2DT Wall Charger. 

Produk-produk Tronsmart direka khusus untuk menyenangkan kehidupan pengguna, dengan memperkenalkan produk-produk yang berkualiti tinggi. 

Dengan hadirnya teknologi baru, Tronsmart tampil ke hadapan untuk memberikan pengalaman yang tiada bandingan di dalam pasaran aksesori mudah alih. 


Tronsmart telah berkembang dengan pesat di luar negara China sejak kebelakangan ini. Dengan kerjasama pengedar kami, Kconnection Technology Sdn Bhd, pengguna di Malaysia kini boleh membeli produk-produk Tronsmart di mana-mana kedai IT kegemaran mereka seperti di KLCC, IOI City Mall dan lain-lain lokasi. Selain itu, barangan Tronsmart juga boleh dibeli di dalam talian melalui rakan e-dagang kami seperti Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong, kata Alice Wu, Pengarah Jualan Kanan, Tronsmart Malaysia. 

Tronsmart ingin menjadi jenama Quick Charge  terunggul di Malaysia dengan menawarkan produk bermutu tinggi, jenama yang terkenal dan juga servis lepas-jualan yang bagus untuk pelanggan kami, tambah beliau lagi. 

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tronsmart kerana telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Produk mudah alih mereka sangat inovatif, yang menggunakan teknologi Quick Charge dari Qualcomm, kata Encik Goh Thih Liang, Pengurus Negara, Qualcomm Malaysia dan Filipina. 


Tronsmart akan mengumumkan produk baru yang menggunakan teknologi Quick Charge 4.0 dari Qualcomm di 2018. Di samping itu, produk yang menggunakan teknologi cas tanpa wayar dan juga tenaga solar akan dilancarkan. Untuk audio pula, produk yang menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 dan Amazon Alexa akan hadir ke pasaran dunia pada masa yang sama.

Kesemua produk Tronsmart boleh dibeli di kedai dalam talian yang berikut:

Lazada:  http://www.lazada.com.my/tronsmart-official-store/ 
11Street:  http://www.11street.my/store/tronsmart 
Lelong.com.my:  http://www.lelong.com.my/merchant/tronsmart.htm 
Shopee:  https://shopee.com.my/tronsmart.my


Selain itu, produk Tronsmart juga boleh didapati dari kedai IT dan elektronik terkemuka yang tertera di bawah:
Flash Gadgets (Foto Flash)
iGadget
All IT Hypermarket
Mac Studio
My Chameleon
Telstar
Sun Global Concept Store

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Hormuz 30-12-2017 07:32 AM
Kedai ustaz xde ke?

Lain-lain Komen

Quote Hormuz 30-12-2017 07:32 AM
Kedai ustaz xde ke?

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042335s Gzip On
To Top