Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pasport Taiwan Salah Cetak

29-12-2017 11:40 AM |Dilihat:2000| Komen: 26
Lebih 200,000 pasport baharu terpaksa dibatalkan apabila Taiwan tersilap mencetak imej lapangan terbang untuk menggambarkan lapangan terbang utama negara kepulauan itu.


Foto: AFP/Utusan Online

Menurut AFP seperti dipetik Utusan Online, pasport biometrik generasi baharu dikeluarkan Isnin lalu tidak dicetak dengan imej Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan, sebaliknya ia dicetak dengan gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington pada bahagian dalam helaiannya.


 Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington
Foto: Washington Post

Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Foto: BBC

Ekoran kesilapan itu, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular Agnes Chen meletak jawatan manakala pembantunya, Kung Chung-chen diturunkan pangkat.


Foto: Washington Post

Kesemua pasport yang tersilap dicetak itu berharga hampir 80 juta Dolar Taiwan (RM10.97 juta) dan telah dimusnahkan, manakala kerajaan terpaksa menarik balik 285 keping yang sudah diedarkan.

Akibat kesilapan itu, ia menjadi tular sehingga Taiwan digelar sebagai negeri ke-51 di Amerika Syarikat (AS). - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
7
Terkejut
0
Sedih
5
Lawak
6
Bosan
1
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote pyropura 1-1-2018 08:22 AM
bioessence replied at 31-12-2017 06:19 PM
Bodoh punya cina traitor. Print pun tak tahu ka? Tak ada kualiti punya negara.

Prc tu lah cina traitor, Taiwan tu kan china asal nasionalis Kuomintang beragama yang anti komunis. Bukan main lagi ko menjunjung back up china komunis ateis parti kembar umngok ek?

Lain-lain Komen

Quote leylapple 29-12-2017 08:52 AM
Susulan kesilapan itu, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular, Agnes Chen dan pembantunya, Kung Chung-chen hilang jawatan berikutan gagal `memenuhi tugas kawal selia'.


sepatutnya mcm nie lah...sbb keja sambil lewa/ terlepas pandang...menyebabkan kerugian dan buat malu negara..

tapi kalo kat msia masih ilek2 lagi... sapa da baca kenyataan kunan pasal rumah hari tu?

#ohmyenglish
Quote jfq 29-12-2017 10:47 AM
Mana gmbr airport taiwannya smpai leh confuse bagai
Quote xpdckelate 29-12-2017 10:58 AM
10 juta sapa nak tanggung....kat malaysia rileks2 je
tanah pun boleh hilang
Quote dcruins 29-12-2017 11:01 AM
Apa yg salah, betul laaa tuuu, boss besar kat Washington.....
Quote batmana 29-12-2017 11:16 AM
byk website review pn salah gmba cmtu

Quote dcruins 29-12-2017 11:18 AM
Taiwan nak minta ganyang Big Bro mereka ni.....
Quote insulin 29-12-2017 11:25 AM
Aiyaaa. Mahalnya kesilapan tersebut. Hilang jawatan tuh.
Quote mieymiey 29-12-2017 11:45 AM
Hilang jawatan terus.
Quote SOFIA2017 29-12-2017 11:58 AM
masa cetak tu dia mimpi dia ade kat sana kut
Quote Azhargoth 29-12-2017 12:09 PM
Bendera salah cetak kat buku sukan sea takda yg kena pecat ke?
Quote lkick2113 29-12-2017 12:33 PM
leylapple replied at 29-12-2017 08:52 AM
sepatutnya mcm nie lah...sbb keja sambil lewa/ terlepas pandang...menyebabkan kerugian dan buat  ...

ketua pengarah yg kena, kalau kat malaysia anak buah yg kena
Quote shamsadis 29-12-2017 12:46 PM
Yang salah anak buah, bos kena pecat anak buah helok je sambung kerja jual kat eBay lagi dapat berjuta,barang rare
Quote eizarz 30-12-2017 07:39 AM
hahaha..oh malaysia ku
Quote iloveselangor 30-12-2017 09:01 AM
Alaaa kesalahan kecik je ni....setakat gambar pon nak kepoh.
Quote husie91 31-12-2017 05:23 PM
kat negara luar buat kesalahan utk tebus balik n be responsible dorg mesti akak letak jawatan kan..tapi kat Malaysia {:nose ..
Quote Atifan 31-12-2017 05:43 PM
lkick2113 replied at 29-12-2017 12:33 PM
ketua pengarah yg kena, kalau kat malaysia anak buah yg kena

Setuju..tipikal la. Akan kambing hitamkan yg bawah. Padahal kalau yg bawah xperasan, xkan lah org atas ni luluskan je xcheck. Nmpk sgt org atas rubber stamp je..endorsed je semua xcheck apa2..
Quote espri6006 31-12-2017 05:45 PM
ha..ha ..Taiwan ni aku rasa belum terdesak nak jadi anak Amerika tapi kalau Filipina tu terutama pinoy2 yang lagak bagus tu..elok je jadi sebahagian  USA.
Quote taikor 31-12-2017 06:04 PM
jfq replied at 29-12-2017 10:47 AM
Mana gmbr airport taiwannya smpai leh confuse bagai

gambar airport Taoyuan:




soalan yg ditanya2:
- adekah passport designer gunakan Google Images yg beri gambar dan label yg salah?

- designer tak tahu airport sendiri?

- tiada seorang yg nampak kesilapan ini dlm proses buat passport dari mula hingga ia diedarkan?
Quote bioessence 31-12-2017 06:19 PM
Bodoh punya cina traitor. Print pun tak tahu ka? Tak ada kualiti punya negara.

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.097113s Gzip On
To Top