Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Alat Uji Kehamilan Baharu Ini Boleh Dikumbah Macam Tisu Tandas, Menarik!

28-12-2017 11:33 AM|Oleh: Norlili | Dilihat: 705| Komen: 2

Buat pasangan baru berkahwin, setiap kali terlewat datang bulan adalah masa paling dinanti-nantikan. Mana tahu, ada rezeki si bunting pelamin, kan? Ramai juga pasangan ternanti-nanti untuk bergelar ibu bapa seawal mungkin. 


Foto: Today's Parent

Tak kurang juga ada yang sudah menyediakan stok alat uji kehamilan yang boleh dibeli di mana-mana farmasi mahupun secara dalam talian. Senang katanya nak periksa sendiri di rumah, tak perlu kerap ke doktor untuk buat pemeriksaan sama ada hamil atau tidak. 


Foto: New Kids Center

Namun begitu, tak semua suka nak tengok alat uji kehamilan yang sudah digunakan berada di dalam tong sampah. Malah, ada sesetengah orang membalut dan membuang alat uji kehamilan yang digunakan jauh ke dasar tong sampah, kononnya nak menyembunyikan. 


Foto: Mail Online

Sekarang, dah tak perlu bersusah membungkus alat itu lagi kerana 'Lia' adalah sejenis alat uji kehamilan baharu yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) yang mana kandungannya sangat mesra alam, mudah diuraikan dan dikumbah. 




Eh, dikumbah tu macam mana pula? 

Dikumbah tu maksudnya alat uji kehamilan tadi boleh dibuang terus ke dalam mangkuk tandas. Kemudian curah air, terus hilang! Senang macam tisu tandas saja, kan? 



Lia sama dengan alat uji kehamilan yang terdapat di pasaran sekarang iaitu perlu membuang air kecil di atas alat penguji dan tunggu seketika untuk melihat garisan yang muncul. Buat yang tak tahu, dua garisan tu maksudnya mengandung, manakala satu garisan pula tak mengandung. 

Foto: Whyy

Lia dicipta dengan kualiti mesra alam dan 99 peratus ketepatan. Bagus juga ni, taklah banyak sangat plastik yang kena dilupuskan. Kalau berminat, tunggu sajalah pertengahan bulan 2018 nanti, macam rupanya alat uji kehamilan yang baru tu. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Previous : 'Anti Stres Semulajadi' - 5 Fakta Mengejutkan Tentang Kelebihan Sperma..

Next       : Kenapa Perempuan Suka Laki Orang. Eh, Dah Takde Orang Bujang Ke?

Komen Terbaru

Quote mieymiey 28-12-2017 04:01 PM
samasam90 replied at 28-12-2017 11:57 AM
pertengahan bulan 2018 tu bila? bila bulan pada tahun 2018 berada dalam keadaan setengah/separuh at  ...

Hahahahahahahahahahaha.

Lain-lain Komen

Quote samasam90 28-12-2017 11:57 AM
pertengahan bulan 2018 tu bila? bila bulan pada tahun 2018 berada dalam keadaan setengah/separuh at the centre of the earth ke baru keluar di pasaran malaysia atau pasaran amazon sahaja? #typicalcarinorlili
Quote mieymiey 28-12-2017 04:01 PM
samasam90 replied at 28-12-2017 11:57 AM
pertengahan bulan 2018 tu bila? bila bulan pada tahun 2018 berada dalam keadaan setengah/separuh at  ...

Hahahahahahahahahahaha.

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.041427s Gzip On
    To Top