Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Suami Penuh Dengan Bahasa Pelik, Betulkah?

27-12-2017 01:03 PM|Oleh: Has | Dilihat: 846| Komen: 3

Lelaki oh lelaki, ada saja perkara melucukan yang kaum Adam ini buat. Memetik portal bidadari.my, ada sesetengah orang berkata, lelaki ni suka guna 'bahasa' pelik-pelik, betulkah?

Jom tengok dan teliti sendiri sama ada perkara ini benar atau sebaliknya.


1) Apabila anda jarang melakukan kerja rumah dan sesekali membantu isteri, namun mereka tidak berterima kasih. Mesti anda terasa 'angin' satu badan kan?  


Foto : Infobae.com


2) Pulang dari pejabat, anda beritahu isteri bahawa anda sudahpun makan di tempat kerja. Namun, apabila isteri hidangkan makanan, anda duduk semeja dan 'melantak' sekali. Aik, tadi kan dah makan?

3) Kaum suami ni memang jarang melakukan kerja rumah dan bila sesekali 'turun padang' tu, dia akan merasa bangga sangat! Mulalah 'berbuih' mulut bercerita tentang kerenah anak-anak, penatlah dan sebagainya. Walhal, baru setengah hari mengambil tugas isteri. Jangan tipu, mesti anda ada buat macam ni kan?


Foto : Pinsdaddy.com

4) Eh, eh. Bila isteri tanya mana barang yang dipesan dan anda terlupa langsung mengenainya, isteri pula dipersalahkan kerana tidak mengingatkan anda dalam perjalanan tadi. Cepat mengaku siapa selalu macam ni!

5) Isteri tanya, "Saya beli dua barang ya abang?"
Anda pun jawab, "Awak ambillah sepuluh pun." Tapi, bila isteri betul-betul membeli sepuluh, boleh pula bertanya balik, "Eh, kenapa beli banyak sangat?" 

Mesti ada antara kalian yang terjebak dengan situasi seperti ini.


Foto : Kizlarsoruyor.com


6) Apabila suami mencari barang dan dia tidak menemui barang tersebut. Percayalah, dalam masa 15 saat sahaja pasti dia akan bertanyakan kepada isteri. Jika isteri cakap dia tak tahu atau tak nampak apa yang dicari, pandai pula dia berkata, "Takkan awak tak nampak." Amboi!

7) Adakah anda seorang yang jenis 'aku buat tak apa, jangan orang lain buat'.

Contohnya, dia saja boleh lambat bersiap jika mahu ke mana-mana. Tapi, sekali isteri terlewat bersiap dia punya berleter tu macam machine gun

Foto : Theodysseyonline.com


Pernah alami situasi sedemikian? Mesti pernah! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 3
Komen

Previous : Jangan Nak Mudah Je, Bahaya Panaskan Makanan Dalam Bekas Plastik!

Next       : Keajaiban Krismas, Bayi 'Lahir' Dalam Perut Ibu Berjaya Diselamatkan

Komen Terbaru

Quote krustykrab 29-12-2017 03:21 PM
Celah mana bahasa pelik tu?

Lain-lain Komen

Quote botol_purple 29-12-2017 03:17 PM
Apa ni?  Mana bahasa pelik nye?  Hihihihi
Quote botol_purple 29-12-2017 03:17 PM
Macam general je point2 ni..
Quote krustykrab 29-12-2017 03:21 PM
Celah mana bahasa pelik tu?

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044888s Gzip On
    To Top