Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Pedas Sampai Berdengung Telinga! Ini 10 Kebaikan Wasabi Ramai Tak Tahu..

26-12-2017 04:48 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 1511| Komen: 14

Ramai yang meminati makanan Jepun seperti Sushi namun mengelak dari memakan wasabi walaupun ianya mengandungi banyak kebaikan.


Jom kami kongsikan 10 kebaikan memakan wasabi:

1. Antimikrob

Wasabi mengandungi agen antimikrob yang berguna untuk membasmi bakteria. Wap 'isothiocynates' yang terkandung di dalamnya mampu menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria, yis dan kulat. Kandungan anti-mikrob yang tinggi ini menjadikan ianya sangat sesuai dimakan bersama ikan mentah.

2. Anti-Radang

Wasabi juga mengandungi agen anti-radang yang tinggi sekaligus membantu dalam penyingkiran masalah keradangan seperti kecederaan dan bengkak. 


3. Anti-kanser

Mengandungi anti-oksidan yang tinggi menjadikan wasabi sebagai makanan yang sesuai untuk mengelakkan sakit kronik seperti kanser. Wasabi membantu membolehkan hati untuk meneutralkan sedikit bahan bertoksik yang berada di dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kanser. 

Jadi, dengan memakan wasabi dan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang lain boleh membantu mengurangkan risiko penyebaran kanser di tahap akhir. 

4. Kesihatan kardiovaskular

Oleh kerana ianya mempunyai keupayaan untuk menghalang dari berlakunya pengumpulan platelet, wasabi membantu mengurangkan peluang untuk serangan jantung dan strok. 

5. Wasabi dan Arthritis

Diet yang kaya dengan wasabi mampu melegekan sakit otot kerana sifat anti-radang yang dimilikinya. Ianya juga turut membantu untuk menghindar masalah radang usus dan juga asma. 



6. Elak kaviti

Wasabi membantu mengelakkan masalah kaviti pada gigi. Bakteria yang bertanggungjawab pada masalah ini adalah Streptococcus. Kajian menunjukkan wasabi menghalang penularan bakteria di dalam mulut. 

7. Sanitizer semulajadi

Oleh kerana wasabi mempunyai keupayaan untuk melawan bakteria E.coli dan Staphylococcus serta bakteria phylori,ianya digelar sebagai sanitizer semula jadi. 

8. Bahan detoks

Wasabi merupakan bahan detoks semulajadi yang membantu menyingkirkan toksin dan karsinogen pada hati dengan bantuan fitokimia yang terdapat padanya. 

9. Makanan rendah kalori

Wasabi yang disediakan bersama kacang mampu membuatkan ianya menjadi hidangan yang rendah kalori, yang sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

10. Merangsang penghadaman

Wasabi membantu melancarkan penghadaman kerana kaya dengan serat.



Lepas baca ni jangan lupa makan sushi cicah dengan wasabi dan kicap ya! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 14
Komen

Previous : 5 Jenis Makanan Penyumbang Kanser, No 2 Tu Memang Mengejutkan!

Next       : Tanpa Lasik - Tips Untuk Si Rabun, Cuma Lakukan 3 Perkara Ini Sahaja

Komen Terbaru

Quote ak0143 28-12-2017 11:03 PM
Tetiba nak makan sushi king...

Lain-lain Komen

Quote puteribaya 26-12-2017 04:51 PM
sedapnya sushi ngn wasabi..dan enamami gak
Quote lululun 26-12-2017 04:58 PM
Kalau nak bg kurang sengat, combine dengan kicap manis. Memang tak menyengat lepas tu. Lama tak makan sushi sampai lupa nama kicap tu. Biasa kedai sushi bg dua jenis. Yang manis tu la.
Quote vanillaninja 26-12-2017 05:17 PM
I la salah sorang yang suka sushi tapi tak suka wasabi tu.
Quote munchkin 26-12-2017 06:44 PM
Wasabi freshly grated sangat sangat sedap. Sebelum ni makan yg biasa punyalah tak suka sampai makan yg betul betul freshly grated. Beza ya amat
Quote salmon-suki 26-12-2017 08:05 PM
To me wasabi xrasa pedas tp rasa menyengat..first time try wasabi,tsalah ltk lebih kuantiti,mmg terasa mcm kena kejutan letrik ke hidung,otak bagai..jd stop kejap..haha..tp sedapppppp..bestnyeee sushiiii...suka salmon sushi..nyumm nyummm nyummmm
Quote aleesyasofia 26-12-2017 08:36 PM
salmon-suki: To me wasabi xrasa pedas tp rasa menyengat..first time try wasabi,tsalah ltk lebih kuantiti,mmg terasa mcm kena kejutan letrik ke hidung,otak bagai..j ...


betul tue.. mse mle2 cuba jd mcm tue la.. trkjut smpai trase ke hdung.. trus insop xnk mkn wsabi..
Quote SOFIA2017 26-12-2017 08:50 PM
lululun replied at 26-12-2017 04:58 PM
Kalau nak bg kurang sengat, combine dengan kicap manis. Memang tak menyengat lepas tu. Lama tak maka ...

yup..betul
rasa dia ok skit kalo makan dgn kicap tu

Quote izzat1987 27-12-2017 12:33 AM
Good info. Lepas ni nak jdkn wasabi mknan wajib.
Quote Iema5008 27-12-2017 09:46 AM
Aku peminat wassabi dan sushi... yummy yg fresh wasabi tu...
Quote SecretLuv 28-12-2017 11:16 AM
Baru je semalam makan sushi Aeon. :lol Iols seorang je yang makan dengan wasabi dan kicap.
Quote kucen_miang 28-12-2017 04:34 PM
lululun replied at 26-12-2017 04:58 PM
Kalau nak bg kurang sengat, combine dengan kicap manis. Memang tak menyengat lepas tu. Lama tak maka ...

nitsume ke kak?


Quote kucen_miang 28-12-2017 04:35 PM
aleesyasofia replied at 26-12-2017 08:36 PM
betul tue.. mse mle2 cuba jd mcm tue la.. trkjut smpai trase ke hdung.. trus insop xnk mkn wsabi ...

untuk yg selsema idung sumbat mmg bagus. terus sembuh.
Quote lululun 28-12-2017 08:19 PM
kucen_miang replied at 28-12-2017 04:34 PM
nitsume ke kak?

Yezzaaaaaa... sweet sauce. Tenkiu dikkk
Quote ak0143 28-12-2017 11:03 PM
Tetiba nak makan sushi king...

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048520s Gzip On
    To Top