Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Adakah Anda Dalam Kumpulan 'Social Jet Lag'? Bahaya!

27-12-2017 09:52 AM|Oleh: Norlili | Dilihat: 976| Komen: 5



Siapa biasa macam ni? Masuk tidur awal setiap hari untuk bangun bekerja keesokkan harinya selama lima hari seminggu, namun pada hujung minggu anda menghabiskan keseluruhan waktu tidur untuk berhibur dan melepak bersama kawan-kawan. 

Itu perkara biasa bagi kebanyakan kita. Dah penat seharian bekerja, nak juga lepak dengan kawan-kawan untuk menghilangkan tekanan. Ia sebenarnya bahaya kepada kesihatan bagi jangka masa panjang, tetapi ramai yang pilih untuk mengabaikan kesan buruk ini.



Keadaan ini dipanggil 'social jet lag' di mana berlaku keadaan bertentangan antara biologi badan dan waktu tidur sebenar akibat terlebih aktiviti sosial pada hujung minggu. 

Maklumlah, seronok sangat melepak sampaikan dah masuk jam 3 atau 4 pagi baru nak balik tidur. Bila dah masuk hari bekerja biasa, mulalah tubuh berasa lesu dan penat hingga memberi kesan kepada mood. Asyik nak marah-marah saja. 


Foto: Carian Internet 

Menurut pembantu penyelidik di University Arizona, Sierra Forbush, 'social jet lag' ini sangat tidak bagus kerana berkemungkinan besar untuk mendapat serangan jantung, tak bermaya dan gangguan emosi yang teruk. 

Bayangkanlah tubuh manusia yang sudah dilatih untuk waktu tidur tetap, tetapi terpaksa berubah norma kebiasaannya pada hujung minggu. 


Foto: Shuttercock

Sudahlah pulang lambat, sampai rumah boleh pula layan skrin televisyen dan Internet. Hari dah nak menjelang pagi baru nak melelapkan mata. Bukan 'kalau boleh' lagi dah. Keadaan ini mesti dielakkan! Balik rumah, pastikan anda terus tidur. 

Keadaan ini bukan sahaja menjadi punca kepada insomnia, malah lebih teruk apabila kesihatan mula terjejas. Ini disebabkan setiap jam yang bertukar, lebih tinggi risiko untuk diserang penyakit jantung. 

Jadi, tak salah nak berhibur pada hujung minggu cuma sebaiknya keluar awal pagi dan tidur seperti biasa pada hari bekerja untuk mendapatkan rehat yang berkualiti. Nampak macam tak realistik nak buat macam tu, tapi sebaiknya ajarlah badan untuk tidur secara teratur, kurangkan aktiviti lewat malam demi kesihatan anda.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : 5 Jenis Makanan Penyumbang Kanser, No 2 Tu Memang Mengejutkan!

Next       : Pedas Sampai Berdengung Telinga! Ini 10 Kebaikan Wasabi Ramai Tak Tahu..

Komen Terbaru

Quote mieymiey 29-12-2017 01:47 PM
I isnin hingga jumaat tidur awal.
Tapi weekend, tidur lambat.
Abis la badan, otak semua pun ikut bingung.
5 hari engko tidur awal, 2 hari engko tidur lambat.

Lain-lain Komen

Quote LostStar 27-12-2017 10:39 AM
hmm.. nak kena ubah cara hidup la gini.. memang isnin selasa lesu jek rasa.. bak kata pepatah.. pewai gila nak mengharung kerja hari isnin akibat njoy time wekend..
Quote tagas 27-12-2017 11:25 AM
Mondayyy bluzzzz
Quote botol_purple 29-12-2017 01:32 PM
Setiap isnin,  badan ni mmg lesu2 aje..  
Quote botol_purple 29-12-2017 01:33 PM
Walaupon,  weekend je rehat kat umah xkemana pon..
Quote mieymiey 29-12-2017 01:47 PM
I isnin hingga jumaat tidur awal.
Tapi weekend, tidur lambat.
Abis la badan, otak semua pun ikut bingung.
5 hari engko tidur awal, 2 hari engko tidur lambat.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.038517s Gzip On
    To Top