Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Pihak Hospital Kejam Pada Ibu Bersalin!" - Doula Kena Kecam..

Oleh: Whitney|22-12-2017 02:07 PM |Dilihat:8604| Komen: 143

Tular status facebook seorang doula Masyitah Md Hassan yang mengatakan kakitangan di bilik bersalin Hospital Shah Alam berlaku kejam ke atas anak didiknya ketika hendak bersalin! Doula ini tidak berpuas hati apabila permintaan anak didiknya untuk melakukan proses kelahiran secara 'gentle birth' tidak diendahkan.

Masalahnya, kalau dia adalah doula yang mana dikatakan peneman ketika anak didiknya hendak bersalin, kenapa dia tidak berada bersama-sama anak didiknya ketika itu? Malah doula ini juga tidak menyalurkan aduannya kepada pihak yang sepatutnya tetapi menularkan di akaun facebook peribadinya.  



'Gentle birth' ni kalau korang hendak tahu, ia adalah kaedah bersalin yang mana kurangnya atau tidak ada campur tangan dari pihak lain terutamanya pihak perubatan atau lebih jelas kita kata pihak hospital lah. Antara campur tangan yang dimaksudkan itu ialah seperti VE, episiotomy, epidural, induce dan menangguhkan proses pemotongan tali pusat.

Sesetengah orang ni pula dia nak sangat buat 'gentle birth' sebab boleh elak daripada suntikan vaksin pada bayi mereka dan ada yang trauma bersalin kat hospital. 


Sudahlah doula ni mempromosi perkhidmatan menggunakan "scare tactics", malah dia juga mempersoalkan kredibiliti seorang doktor pakar dan bertauliah. Memang teruk la kena kecam dengan netizen. 


Kalau dah rasa kena aniaya, kenapa sampai sekarang tiada laporan dibuat? Setakat tular sahaja dan memburukkan nama pihak hospital. 



Main-main sahaja dengan nyawa manusia ni. Doktor dan kakitangan bilik bersalin hospital Shah Alam sudah berjaya bantu anak didiknya semasa proses bersalin itu pun tiada ucapan terima kasih. 


Pihak Hospital Shah Alam tidak berdiam diri dan tampil memberi maklum balas berkaitan kes dan tuduhan tersebut. 

Sekarang ini, pihak hospital menerima sesiapa sahaja yang mahu lakukan 'gentle birth' atas persetujuan kedua-dua pihak tetapi perlulah memberitahu lebih awal. Mereka tidaklah kejam seperti yang diceritakan oleh doula tersebut. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 143
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote lancome 12-2-2018 08:39 PM
Paling kelakar doula sendiri dtg bernak kat hospital... refuse everything last sekali uri lekat.. terpaksa masuk ot .. nasib baik dtg hospital kalau beranak kat umah agak2x apa kesudahannya...

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 22-12-2017 02:11 PM
Misi2 labor room n misi wad lps bersalin mmg sop nye menjerit.tp sy ttp beranak di hospital kerajaan.
Quote mommymonster82 22-12-2017 02:28 PM
Mmg pon ada nurse kat dewan bersalin yg jenis mulut petir..
Sound sesuka hati je..
Muka masam...
Tq pada nurse yg baik2.. layan baik2.cakap baik2.. Moga murah rezeki korg..
Quote idakamaruddin 22-12-2017 02:32 PM
tahun lps nurse hosp kerajaan yg cek bukaan iols..iols siap ckp nk terberak ni..tp nurse tu ckp takpe berak je saya tadah

baik sungguh nurse tu..tp iols x terberak pn..cuma masa tu contraction kuat smpai iols rasa mcm nak berak

hehe pas beranak iols terus jupe nurse ckp time kasih

suara nurse tu mmg mcm petir pn

Quote kikuri 22-12-2017 02:39 PM
meols tiga tiga beranak gomen... anak 1st biasalah sakit... mulut nurse macam puaka... dah aku anak sulung kot... 1st time rasa sakit mcm tu... tp anak ke 2 ke3 semuanya ok... anak ke3 takde doktor pon sambut... nurse jah...


kalo sayang anak beranak lah spital tak kira la gomen ke swasta ke... kecuali kalo tak sempat ke sana... kelengkapan ada... kalau jadi apa - apa dekat baby ingta dola doli tu nak ambik tanggungjawab ke...? arwah bidan aku dulu pun cakap... kalo mu sayang anak... jangan memandai beranak kat rumah... pegi spital...
Quote myakayina 22-12-2017 02:39 PM
mujur time aku dulu nurse sumer baik2.. takde masalah pun..
Quote MyNameIsIris 22-12-2017 02:44 PM
Sesetengah orang ni pula dia nak sangat buat 'gentle birth' sebab boleh elak daripada suntikan vaksin pada bayi mereka dan ada yang trauma bersalin kat hospital.

salah term ni TT
bukan gentle birth tapi home birth
gentle birth ni kelahiran yang lembut dan rileks gittew
natural birth pula tanpa epidural dan apa-apa ubat, bersalin normal
home birth bersalin di rumah
Quote MyNameIsIris 22-12-2017 02:47 PM
problem doula douli malaysia ni
dia ajar kemahen macam dia doktor terlatih bertaraf pakar
hujung-hujung bila tiba masa nak bersalin, kebanyakan doula ni hilang entah ke mana
berjuang lah mak-mak benak ni kat rumah masing-masing
takat ber msg-msg je lah dengan doula ni
dah settle, dah keluar baby... baru dia muncul
dah masak sangat perangai depa ni
Quote CiliPadiSedap 22-12-2017 02:48 PM
dik kau nak servis bagus layanan raja pergi private dik.

akak dulu lepas operation kena kejut kasar pun xbuat aduan dik, cuma buat aduan kat cari forum je
Quote manehnya 22-12-2017 03:04 PM
sedih la knp misi suh teran ms x kontraksi? aku pun penah kena, tp aku ikut je la ckp midwives (sbb depa lg pengalaman) huhu...

gomen aku dh kena, private pun aku dh kena, sama jah.. ikut nasib lah

sibling aku keja gomen, banak spital gomen ok je pulak
Quote abangadek 22-12-2017 03:17 PM
masa first pregnant i ada masaalah sikit.. doc tanya nak normal ke czer..wahhhhhhhh main tanya opkos mahu czer maka beranaklah aku dlm masa 20 minit siap jahit tak ke mudah tuuuu nurse pun takde terpekik2 kt aku
Quote de_ikea 22-12-2017 03:35 PM
Nak tanya doula ni bljar kt mna? Apa kursus dola ni? Iktiraf tak? Kalo Iktiraf by kkm, ada ke jawatan doula di wad bersalin?
sorry iols bebenar tak tahu bab ni.
Quote miminn 22-12-2017 03:41 PM
cari lah hospital yang pro gentle birth dulu.
Quote LiliSam 22-12-2017 03:43 PM
noraidil_06 replied at 22-12-2017 02:11 PM
Misi2 labor room n misi wad lps bersalin mmg sop nye menjerit.tp sy ttp beranak di hospital kerajaan ...

hehe tu yg ramai2 buat pompom girl hehe
Quote miemiecha 22-12-2017 03:44 PM
mek xdde pengalaman, so mek x faham sgt gentle birth tu,. tolak vaksin ke camne? ade sesapa blh terangkan dgn cara santai? tq...
Quote LiliSam 22-12-2017 03:44 PM
abangadek replied at 22-12-2017 03:17 PM
masa first pregnant i ada masaalah sikit.. doc tanya nak normal ke czer..wahhhhhhhh main tanya opkos ...

ahaha . czer tu sakit lps beranak je. nak gerak bgn tu payah. tp if u bersalin kt private no hal lah..ok je..kalau gomen..kena bgn snediri..smua buat sendiri
Quote seri_mawr 22-12-2017 03:49 PM
MyNameIsIris replied at 22-12-2017 02:47 PM
problem doula douli malaysia ni
dia ajar kemahen macam dia doktor terlatih bertaraf pakar
hujung-h ...

tak confident akak nak ber doula douli ni...

sakit nak beranak baik jek la pi spital....sah2 Dr dah terlatih...

tak nak dgr nurse pulut jerit2....nak di layan bak permaisuri....pi saja private....

ni bayr nak murah...tapi nak layanan first class....

tapi tak di nafikan mmg ada certain nurse gomen mulut puaka.....
nasiblah klu sape nak bersalin dapat nurse mulut puaka...




Quote MyNameIsIris 22-12-2017 03:52 PM
de_ikea replied at 22-12-2017 03:35 PM
Nak tanya doula ni bljar kt mna? Apa kursus dola ni? Iktiraf tak? Kalo Iktiraf by kkm, ada ke jawata ...

diorang suka baca artikel dari website-website omputih dan terjemahkan dalam bahasa yang lebih islamic
Quote jazaa100 22-12-2017 03:54 PM
de_ikea replied at 22-12-2017 03:35 PM
Nak tanya doula ni bljar kt mna? Apa kursus dola ni? Iktiraf tak? Kalo Iktiraf by kkm, ada ke jawata ...


Kau baca komen @MyNameIsIris ....kat posting #8
Kau tau lah doula ke dollah....

Quote jazaa100 22-12-2017 03:57 PM
Dah pergi tempat org...respek lah cara org....klu kau nk memandai...nk arah itu ini....kau pegi private lah...ckp awal awal, kau tanak dorang buat apa apa pun....nk dorang gosok & sapu minyak je kat pinggang....


Lihat semua komen(143)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052486s Gzip On
To Top