Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Gara-Gara Justin Bieber, Selena Gomez Derhaka Dengan Ibu Sendiri

21-12-2017 10:06 AM|Oleh: Amirah | Dilihat: 2194| Komen: 13

Hubungan Selena Gomez dan Justin Bieber kebelakangan ini jelas sekali menampakkan titik perdamaian antara mereka.

Namun sayangnya, terdapat halangan yang perlu ditempuhi oleh mereka untuk meneruskan hubungan ini.

Mandy Teefey, ibu Selena naik darah dengan sikap anaknya sehingga dia dimasukkan ke sebuah hospital di Los Angeles.

Foto: Carian Internet
Ternyata ibunya tidak merestui hubungan baik mereka sehingga tercetus ‘perang besar’ ketika mereka berbual tentang Bieber.

Menurut sumber, Selena telah berterus terang dengan ibunya yang mereka sudah menghabiskan masa berduaan dan ini menyebabkan mereka anak-beranak ini bertengkar.

Foto: IG Selena Gomez
Doktor datang membuat pemeriksaan terhadap ibunya di sebuah hotel yang bertempat di Los Angeles setelah dihubungi oleh ahli keluarga Selena.

Kisah penyanyi lagu Fetish dan Bieber ini kembali hangat sebaik sahaja Selena berpisah dengan penyanyi The Weeknd. Dia juga menafikan hubungan yang retak ini bukanlah disebabkan Bieber.

Foto: IG Justin Bieber

Peluang baik ini tidak disia-siakan Bieber untuk kembali menawan hati Selena tambahan pula pada September lalu Selena telah menjalani pembedahan buah pinggang dan itu menjadikan Bieber lebih menghargai hubungannya dengan Selena.

Netizen pula di laman Twitter berpendapat Bieber sepatutnya menjauhkan diri dengan Selena kerana keluarganya tidak menyukai mereka bersama.
Foto: Twitter I Saw Him

Bieber seakan telah berjaya mencuri hati Selena walaupun mengetahui tentangan keluarga tetapi sehingga kini belum ada perkongsian lagi tentang status kedua-duanya.

Mesti teruk Selena bergaduh dengan ibunya hingga masuk hospital. Sanggupkah Selena melupakan Bieber demi ibunya? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : The Rock Serius, Mahu Jadi Presiden USA Tahun 2020

Next       : “Jonghyun Memandu Tanpa Arah Tujuan Dan Bersikap Pelik”- Pengawal Keselamatan Apartmen

Komen Terbaru

Quote dutch_lady 22-12-2017 10:09 AM
i suke je couple ni together....cute

Lain-lain Komen

Quote sheqim 21-12-2017 10:12 AM
Selena ni cinta mati betol kat justin
Quote yangsemb 21-12-2017 10:17 AM
Kesiannya this 2 lovebirds, cinta tidak direstui
Quote nisako 21-12-2017 10:33 AM
sian 2 org ni...............
Quote mizruncing 21-12-2017 11:37 AM
laaa mak selena x suka bieber rupanya. hbs la cinta terhalang
Quote buragazz 21-12-2017 11:54 AM
Ingatkan tadi mak selena ni amy adam..
Quote K_Lily 21-12-2017 12:10 PM
tak sesuai la diorang ni
Quote skinsandstars 21-12-2017 01:15 PM
Amirah ni faham english ke tak? Kan tweet tu cakap pasal justin kena jauhkan diri family selena n selena sbb depa toxic. Bukan justin yang toxic. Takda kaitan ngan artikel.
Quote miemiecha 21-12-2017 03:17 PM
so mak salena nk jd nyonya mansur??

allah kasssimmmmm!!!
Quote mieymiey 21-12-2017 04:25 PM
Bertabahlah chuols.
#CintaPastiMenang
Quote melinda_kerr 21-12-2017 04:34 PM
dulu diaorh bercinta elok ajekan? i dah lupa kenapa mak selena tentang habisan percintaan diaorg? dgn si gorilla player tu mak dia ok pulak ya. ujung2 break juga
Quote gerbera.memopad 21-12-2017 04:55 PM
Lagu Love Yourself tu pasal Selena kan? Antara lirik lagu tu "My mama don't like you and she likes everyone" so mungkin tak yg mak Bieber pon tak la suka Selena sgt pon sebenarnya. So fair la kan

But Jelena nampak cute je together. I approve hokey (mcm la my approval matters )
Quote SecretLuv 22-12-2017 12:44 AM
melinda_kerr replied at 21-12-2017 04:34 PM
dulu diaorh bercinta elok ajekan? i dah lupa kenapa mak selena tentang habisan percintaan diaorg? dg ...

Rasanya mungkin mak dia dah tak percayakan Justin kot sejak diaorang dah berpisah dulu.
Quote dutch_lady 22-12-2017 10:09 AM
i suke je couple ni together....cute

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048513s Gzip On
To Top