Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

The Rock Serius, Mahu Jadi Presiden USA Tahun 2020

20-12-2017 05:06 PM|Oleh: Saiful | Dilihat: 1637| Komen: 6

Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama The Rock disebut-sebut sebagai calon yang bakal bertanding untuk merebut jawatan presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Walaupun pilihan raya di Amerika bakal diadakan tiga tahun dari sekarang, berita itu sudah tersebar kepada umum.

Spekulasi tersebut dikukuhkan lagi dengan entri di Instagram The Rock dengan memberi bayangan dan reaksi positif terhadap laporan TIME mengenai isu pencalonannya.

Foto: www.sickchirpse.com
"Terima kasih TIME. Saya mengucapkan terima kasih atas idea tersebut dan mendapat sokongan yang sangat nyata.

"Beberapa dari sekarang jika saya mampu melangkah menjadi pemimpin yang kuat, berpengaruh dan authentic bagi masyarakat dan negara, saya akan (menjadi presiden),
" tulisnya.

Menurut The Sun, The Rock kini mula serius mempertimbangkan usaha untuk ke peringkat pencalonan sebagai presiden.

"Aku benar-benar serius mempertimbangkannya sekarang. Ya!," katanya dalam rancangan Ellen DeGeneres Show.

Walaupun belum rasmi dicalonkan, tapi The Rock dah ada ramai penyokong termasuk rakan lakonnya dalam  filem Jumanji: Welcome to The Jungle, Kevin Hart.

Foto: variety.com
"Jika dia berjaya menempatkan diri di posisi itu, dia akan mendapat sokongan penuh dari saya. Saya tahu dimana hatinya. Saya benar-benar mengenalinya.

"Jadi, saya tahu jika dia meletakkan dirinya di posisi itu, itu untuk kebaikan orang-orang. Saya hanya akan bertepuk tangan dan memberikan sokongan untuk itu."-CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 6
Komen

Previous : Untunglah! George Clooney Beri AS$1 Juta Setiap Seorang Kepada 14 BFFnya

Next       : Gara-Gara Justin Bieber, Selena Gomez Derhaka Dengan Ibu Sendiri

Komen Terbaru

Quote sxxsso 31-12-2017 03:30 PM
celebrity pun boleh jadi president eh kalau kat america ? wow

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 20-12-2017 06:10 PM
vladimir putin soon will be president america
Quote Jorja 20-12-2017 11:20 PM
Kalau the Rock jadi presiden everyday is the 4th of July {:smile
Quote putput 21-12-2017 08:38 AM
jangan. hanya rosakkan nama sahaja.nanti jadi mcm trump. dibenci dunia
Quote cikomek 21-12-2017 11:08 AM
Tak tahu sgt kecenderungan the rock ni. tp so far selalu nampak side +ve dia. Mana la tau he can make  a diffrent pd dunia ni. Klu Trump tu mmg sblm ni pon dah nampak kedajalannya
Quote shailyvelera 21-12-2017 02:12 PM
tgu nanti 3 thn lagi ape jadi?
Quote sxxsso 31-12-2017 03:30 PM
celebrity pun boleh jadi president eh kalau kat america ? wow

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043864s Gzip On
To Top