CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suka Teh Uncang Di Pejabat? Mungkin Anda Akan Ubah Fikiran Selepas Baca Ini!

19-12-2017 11:13 AM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 6225| Komen: 35|Original author: Oleh: Norlili

Description: Musim hujan ni memang seronok kalau dapat minum teh uncang, bancuh panas-panas dalam suasana sejuk dalam pejabat berhawa dingin pula.

Foto: Condesign/Pixababy

Ketika musim hujan dan sejuk-sejuk ni memang seronok kalau dapat minum teh uncang. Dibancuh pula panas-panas dalam suasana sejuk pejabat yang berhawa dingin, memang nyaman! Syok sampai ke tulang rasanya, kan?

Tapi tahukah anda teh uncang di pejabat mempunyai lebih banyak kuman dan bakteria daripada tandas. 


Alamak! Serius lah?

Kajian yang dilakukan oleh Initial Washroom Hygiene menyatakan teh uncang yang ada di pejabat mempunyai kuman 17 kali lebih tinggi berbanding tandas. Eww, berganda-ganda kuman tu, bukan sikit tau! Dah, kenapa banyak sangat kuman tu? 



Foto: Carian Internet 

Mana tidaknya, bukan semua orang pembersih seperti kita yang suka mencuci tangan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa, kan? 

Menurut The Independent, hampir 80 peratus pekerja di pejabat tidak mencuci tangan ketika mengambil makanan mahupun peralatan di pantri pejabat. Belum tentu mereka mencuci tangan sebaik keluar dari tandas yang dah tentu menjadi tempat pembiakan kuman itu. 



"Bayangkan, berapa banyak tangan yang berbeza menyentuh pelbagai peralatan termasuk makanan di dapur. Memang banyak lah kuman dan bakteria yang terkumpul!" kata Peter Barrat dari Initial Washroom Hygiene. 

Jangan bagi peluang untuk norovirus yang boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah menyerang tubuh kita dan orang lain. Bagi yang tak tahu, virus ini mudah tersebar melalui sentuhan pada permukaan yang dijangkiti mahupun makanan yang penuh bakteria.

Sebaiknya, bersihkanlah perkakas dan peralatan dapur dengan tisu antibakteria sebelum dan selepas menggunakannya.
Foto: ciklilyputih.blogspot

Haa, nak minum lagi ke teh uncang di pejabat tu? Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah kerana lebih terjamin kebersihannya. Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI

12

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerasuk 19-12-2017 11:35 AM
ni uncang teh yg dah bukak ke maksudnya?
Quote devilito2 19-12-2017 11:58 AM
teh kita kenapa org lain nak sentuh pulak...
Quote Artemesiaa 19-12-2017 12:06 PM
Kalau uncang teko mungkin le tapi kalau uncang yang individualy pack tu ok je tahap kebersihannya
Quote capiloton 19-12-2017 12:16 PM
beli sendiri jer tea bag ni. bukan nya mahal mana pong.
mug pun bole bawak sendiri punya. takyah share dgn org.
Quote ninja boy 19-12-2017 12:42 PM
Tiada masa buat air diofis, teguk aja air putih
Quote mdhelmi 19-12-2017 01:50 PM
devilito2 replied at 19-12-2017 11:58 AM
teh kita kenapa org lain nak sentuh pulak...

risalah ni merujuk pada teh uncang yg dah dibuka kotaknya dan dimasukkan dlm balang kaca
kebiasaannya camtula

org opis nk buat teh amik uncang dlm tu
yg kotornya org dok raba2 uncang tu la
kalo org tu baru lepas korek idong dgn garu ketiak kita mana tau


Quote dutch_lady 19-12-2017 01:59 PM
mujur opis pakai individual pack....kene bukak uncang sendiri.....huhuhu
Quote Burong_Hantuk 19-12-2017 03:13 PM
lebih kotor dan lebih banyak kuman dari tandas awam?
Quote AnBulisia 19-12-2017 03:31 PM
kalau lepas memerut, beristinjak bagai
pasti akan basuh tangan
artikel ni merujuk kepada omputih yang main salat salat je
Quote Simunggu 19-12-2017 03:33 PM
tak nak kuman pada uncang??? rendam detol dulu...okey..
Quote zorrro_03 19-12-2017 05:37 PM
aku nak minum air di pejabat ni fikir banyak kali sgt.  lagi2 air yang filter tu.  entah servis berkala ke tak tu.  even air dalam mesy pun aku elak.  sebab dapat agak tukang air tu mcm mana.  hahahaha
Quote hatikudus 19-12-2017 05:43 PM
Aku bancuh air sendiri, guna mug  & sudu sdiri. Lepas guna aku cuci sdiri & simpan di laci meja sdiri
Quote mixed 19-12-2017 05:44 PM
beli sendiri kot bkn guna opis nyer

aku beli La white coffee je
Quote ultra78 19-12-2017 05:45 PM
Di pantry ofis saya tak disedian kopi atau teh. Beli sendiri. Yang disediakan cuma mesin penapis air dan peti ais.
Quote mommymonster82 19-12-2017 05:48 PM
Elokla duk sorg2.xyah campor manusia..
Org yg kita salam2 tu pon ntah2 lepas berak xcuci tgn..

Semua ni meningkatkan anxiety disoder je..
Quote mzzenma 19-12-2017 05:51 PM
Kitorang memang ada pantry yang kitorang share duit beli barang2

Tapi since mzz tak minum air manis so mmg tak sentuh air kat pantry melainkan green tea yang mmg mzz sorang je minum dlm ofis ni. Mug pun mzz punya sendiri..tak guna yang dlm pantry punya.
Quote ninja boy 19-12-2017 06:22 PM
Edited by ninja boy at 19-12-2017 06:24 PM

Makanan2 ada hama Dan kutu, dulu makan kuaci cap xxxx ada hama ramai, serbuk Teh pun ada hama, korang punya kucing dukung hari2 cek kalau ada kutu babi kat telinga mereka,
Quote clarizsa 19-12-2017 06:48 PM
Dan org selalu mengata i kedekut n mengada ngada sbb x suka share2 apa benda pun.
Quote yangsemb 19-12-2017 07:04 PM
Mujur dh xkeje di opis ngehngehngeh...

Lihat semua komen(35)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071631 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top