CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Eh, Betulkah Cara Pegang Telefon Pintar Berkait Dengan Keyakinan Diri?

20-12-2017 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 6640| Komen: 14|Original author: Oleh: Norlili

Description: Zaman 90-an dulu, kalau baca majalah seperti Mangga, Remaja dan lain-lain, mesti belek halaman belakang sekali sebab nak baca horoskop tentang personaliti diri mengikut bulan tu kan? Mengimbau kenanga ...
Zaman 90-an dulu, kalau baca majalah seperti Mangga, Remaja dan lain-lain, mesti belek halaman belakang sekali sebab nak baca horoskop tentang personaliti diri mengikut bulan tu kan? Mengimbau kenangan betul zaman dulu!



Foto: Feed.merdeka.com

Zaman sekarang pun dah banyak artikel yang menyediakan segmen kenali personaliti sedemikian seperti kuiz dan macam-macam lagi lah. Tapi, kali ini kita nak kongsikan gaya memegang telefon pintar yang juga mencerminkan personaliti diri seperti diterbitkan lonely-rooyang.com


Jom tengok ada yang kena dengan diri anda tak? 

A. Pegang telefon dengan satu tangan dan menaip menggunakan ibu jari tangan sama

Foto: thehill.com

Maksudnya, anda seorang yang sangat teliti serta mudah kenal siapa yang baik dan jahat dengan anda. Amboi, bukan sembarangan ni!

Anda juga adalah seorang yang tahu menentukan antara benci dan cinta walaupun kadang-kadang kata-kata anda kurang sedap didengar orang lain. Kalau bercinta tu, anda jenis rela berkorban dan memberi yang terbaik kepada pasangan. 


B. Pegang dengan dua tangan dan menaip menggunakan satu ibu jari

Foto: ITV News

Jenis B ni adalah orang yang tak yakin diri, selalu perlukan perlindungan dan perhatian orang lain. Kadang-kadang tu, anda bersikap terlalu baik sampai tak ada pendirian sendiri. 

Dari segi hubungan cinta, anda kurang bertindak balas dan 'kaku' saja hingga menyebabkan pasangan merasa kurang disayangi. Anda juga lebih rela menahan perasaan dan emosi sendiri sebab tak suka perkara rumit. Lebih kurang, anda ni jenis tenang dalam semua keadaan. 


C. Pegang dengan dua tangan dan menaip dengan dua ibu jari

Foto: Scoopnest.com

Hampir sama dengan jenis B tadi, anda seorang yang kurang keyakinan diri dan tak tetap pendirian. Sering berasa takut dan risau dengan diri sendiri jika melakukan sesuatu. 

Anda perlukan seseorang untuk menyokong anda 100 peratus. Keadaan anda berubah lebih baik, positif dan yakin diri jika disokong orang lain. 

Dari segi hubungan cinta pula, anda sangat mencintai pasangan anda sehingga sanggup ketepikan keinginan sendiri demi orang yang disayangi. Anda juga seorang yang mudah melupakan masa lampau. Mudah memaafkan kesalahan orang lain la ni, kan?


D. Pegang dengan dua tangan dan menaip dengan jari telunjuk

Foto: momseveryday.com

Anda jenis pendiam dan 'liat' untuk menghadiri mana-mana majlis dan sukakan tempat yang aman dan terasing kerana lebih suka bersendiri. 

Anda juga rela mengorbankan diri sendiri daripada melihat orang lain susah atau disakiti. Jadi, anda tak tahan melihat orang lain menangis, lebih-lebih lagi pasangan sendiri. Hati tisu la ni kan? 

Yang positifnya anda sangat mudah memaafkan kesalahan pasangan. Tapi, harus berhati-hati dalam memberi kemaafan. Bukan apa, takut ada yang mengambil kesempatan saja nanti. 




Jadi, pembaca jenis yang mana ya? Bagaimanapun, kalau betul atau hampir mengena tu, anggap sajalah kebetulan. Janganlah serisu sangat, okey? Sekadar suka-suka je ni. - CARI    

8

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 20-12-2017 12:19 PM
kalau main games dua tangan boleh consider ke,tapi type satu tgn ja..
Quote salmon-suki 20-12-2017 11:49 PM
Sy jenis A..dah mcm superwoman pulak..bley agak  mana baik n mana buruk..wowww{:spot
Quote honeythebee 28-12-2017 10:06 PM
Kalau me pgg hp 2 tgn sbb hp mega2 besor gedabak.. msk kategori b gak kah?
Quote botol_purple 29-12-2017 12:45 PM
A atau B.  Begantung pada size henpon itu.
Quote zakiahmahadi 29-12-2017 02:16 PM
A dan B..ikut kesesuaian
Quote Chole84 30-12-2017 12:23 AM
A atau b..tgk fak size hp..kalo dh gedabak xterjangkau nk pegang 1 tgn
Quote mziskandar 30-12-2017 12:43 AM
Sy jenis a kt nokia. Time nk on tethering jadi jenis d.
Quote Mizzzy 3-1-2018 04:48 PM
Saya jenis B
Quote SekeremKopi 8-1-2018 08:40 AM
Sy no 2...sebab hp berat
Quote pearl.silver 23-2-2018 01:52 PM
Biasanya B lah..
Kerap kali hp jatuh atas muka bila menaip sambil baring
Klu tgh drive jd A..
Quote URUHA 23-2-2018 03:35 PM
A. Tapi kalau fon tu beso kena la guna cara B. Maklumla tgn comey nau & jari pun x brapa nak panjang
Quote snorlax 31-5-2019 01:09 PM
D
Almaklumlah anti sosial
Hahahaha
Pening weii banyak ragam nak melayan suma
Quote azeri 3-6-2019 02:13 AM
Mungkin betul mungkin salah.
Kalau ikutkan saya kerap jenis A.
Quote AvengersPanther 30-7-2019 12:50 AM
Pegang dua tangan type satu tangan then still possible hp jatuh ke muka klu tgh baring

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.218835 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top