CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

NUTP Seru Orang Ramai Sokong Cikgu Azizan

18-12-2017 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27397| Komen: 494

Description: "Pray For Cikgu Azizan."
"Pray For Cikgu Azizan."

Lebih kurang 200 guru di seluruh negara dijangka tampil memberi sokongan moral kepada guru Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, Cikgu Azizan yang bakal dibicarakan di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa ini kerana kes mencederakan muridnya.




Menurut Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Negeri Sembilan Abu Hurairah Suak, lebih kurang 100 guru berkumpul memberi sokongan ketika penyerahan dokumen pertuduhan pada 27 November lalu, lapor Harian Metro.

"Selain guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid turut memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


"Sokongan ini amat penting bagi menaikkan semangat beliau. Saya berharap lebih ramai guru akan hadir pada Selasa ini," katanya.

Menurutnya, NUTP akan menyediakan bantuan guaman untuk membela guru terbabit.

Menurut laman web www.pendidik2u.my, difahamkan Cikgu Azizan ditahan selepas mendenda muridnya yang menghidu gam selain melakukan kesalahan buli serta ponteng sekolah.

Mahkamah menetapkan 19 Disember (Selasa) ini sebagai tarikh perbicaraan kes.

Cikgu Azizan berdepan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, dan dia kini diikat jamin sebanyak RM500.


Foto: BH Online

NUTP menyeru orang ramai untuk hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Cikgu Azizan. Sokongan untuk guru berkenaan diperluas lagi menerusi media sosial dengan hashtag PrayForCikguAzizan. - CARI
18

Bagus
11

Marah
18

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
40

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iloveselangor 17-12-2017 07:49 PM
Lain kali report polis atau AADK ye.....jangan memandai-mandai
Quote dodolgemok 17-12-2017 07:53 PM
Bangang mana yg report cikgu tu? Harap makna pak budak tu dibunuh kemudian hari oleh budak tersebut kerana sangap hisap ganja. Amen.
Quote chazey 17-12-2017 08:06 PM
#justiceforcikguAzizan!
Quote Skuau 17-12-2017 08:10 PM
adakah semua orng sdh melupakan kes sekolah tahfiz berkenaan...angkara bdk2 'seperti ini'???
Quote Skuau 17-12-2017 08:17 PM
iloveselangor replied at 17-12-2017 07:49 PM
Lain kali report polis atau AADK ye.....jangan memandai-mandai

dia tampar budak tu ke???
Quote Skuau 17-12-2017 08:19 PM
chazey replied at 17-12-2017 08:06 PM
#justiceforcikguAzizan!

camner dia 'denda' budak tu...hingga menjadi satu 'kesalahan'???
Quote CiliPadiSedap 17-12-2017 08:21 PM
iloveselangor replied at 17-12-2017 07:49 PM
Lain kali report polis atau AADK ye.....jangan memandai-mandai

kes ni hisap gam rasanya gam bukan dadah. sorry kalau salah
Quote batmana 17-12-2017 08:27 PM
denda cmne?

apekah murid2 tu kene belasah smpai mandul ?

berita tak lengkap
Quote sinalegna 17-12-2017 08:47 PM
Kalo kalah ni mmg sah la pasni most cikgu2 dah tak amik port anak2 murid nak rosak ke jahanam. Serah je kat mak pak kalo fail urine test
Quote taikor 17-12-2017 08:53 PM
MURID MENGHIDU GAM DAN MEMPENGARUHI RAKAN2! Ini adalah KESALAHAN BESAR! ANCAMAN kpd budak2 yg lain!

Guru2 sekolah harus mengambil tindakkan keras terhadap masalah ini!
Quote taikor 17-12-2017 08:54 PM
CiliPadiSedap replied at 17-12-2017 08:21 PM
kes ni hisap gam rasanya gam bukan dadah. sorry kalau salah

hidu gam tu satu permulaan. ia juga merosakkan otak
Quote Kelabuasap 17-12-2017 09:02 PM
#justiceforcikguAzizan
Quote CiliPadiSedap 17-12-2017 09:12 PM
taikor replied at 17-12-2017 08:54 PM
hidu gam tu satu permulaan. ia juga merosakkan otak

maksud sis hidu gam boleh report AADK ke? tu je.
Quote oshinbella 17-12-2017 09:18 PM
budak zaman skg
Quote kerawangcantik 17-12-2017 09:33 PM
#PrayForCikguAzizan
Quote MissMamamia75 17-12-2017 09:34 PM
#justiceforcikgufarhan

Semoga ada keadilan buat beliau esok..
Quote revolusi_30 17-12-2017 09:47 PM
Hisap gam salah.  Bawah akta dadah....tetapi merotan/memukul murid juga salah. Bawah akta jenayah....so cikgu tu buat cara cikgu. Jangan nak jadi polis lak...
Quote iloveselangor 17-12-2017 10:01 PM
revolusi_30 replied at 17-12-2017 09:47 PM
Hisap gam salah.  Bawah akta dadah....tetapi merotan/memukul murid juga salah. Bawah akta jenayah... ...

Sepatutnya cikgu kena tahu bidang kuasa dia....

Merotan dan memukul salah kalau di eropah merengkuk lah penjara 30 tahun
Quote R2D2 17-12-2017 10:02 PM
MatNapie TokBali:
Ustaz Izzudin:

Saya menulis tentang cikgu Azizan,Penolong Kanan HEM sebuah sekolah di Seremban yang sedang diperkatakan sekarang. Saya sendiri menelefon beliau untuk gambaran sebenar.

KRONOLOGI KES CIKGU AZIZAN ,salah sebuah sekolah di Seremban Negeri Sembilan.

Assalamualaikum.
Saya berhadapan dgn tuduhan dibawah seksyen 323 Kanun Jenayah pada 31 Oktober yg lalu apabila  saya diarah hadir ke Mahkamah Majistret Seremban utk mendengar sebutan kes yg saya langsung tidak menjangka  disabitkan atas seksyen tersebut.Saya mengaku tidak  bersalah sebaik hakim membacakan pertuduhan dgn diikat jamin sebanyak rm500. Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, saya telah di tempatkan di  lokap mahkamah bersama pesalah jenayah lain yg terlibat dgn dadah dan  lain2. Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan saya DIGARI bersama seorg pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah utk urusan ikat jamin yg jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas saya dibuat atas tuduhan saya mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua,.saya mendenda murid tersebut atas kesalahan:
1.menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain ( 3 org) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
2. Buli.
3. Memukul Murid lain.
4. Ponteng dgn memanjat pagar sekolah.

Pada 27 November lalu serahan dokumen pertuduhan telah diserah terhadap saya  

Pada 19 Disember 2017 ini perbicaraan akan bermula.  

  Dr mula sampai skrg YDP  pibg sekolah dan rakan2 guru banyak  membantu  dan saya turut terharu  atas sokongan moral drp warga KGM .Hanya Allah akan membalas budi baik tuan/puan.

Ikhlas drp beliau .

Penulisan ini adalah daripada saya sendiri & bukan ditulis oleh cikgu Azizan untuk mengelak sebarang unsur sub judice.

Lihat semua komen(494)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-7-2022 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.179600 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top