Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Ramai Sentap Bila Kata Rumah Terlalu Kemas, Tanda Parent Jahat Dengan Anak?

Oleh: Whitney|15-12-2017 04:40 PM |Dilihat:2087| Komen: 14


Kalau dah namanya ada anak kecil di rumah, memang susah nak tengok rumah itu sentiasa berada dalam keadaan kemas. Naluri budak-budak memang suka bermain dan sepah-sepahkan mainan serta buku-buku. Walau dah kemas rumah berkali-kali, ia akan kembali bersepah!
 
Membiarkan anak-anak bermain mainan dan melakukan pelbagai aktiviti kesukaan mereka di rumah dikatakan amat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran
mereka. Ia dapat merangsang otak dan deria anak-anak berbanding yang selalu diberi gajet. Maknanya, tidak mengapalah jika keadaan rumah kelihatan seperti tongkang pecah asalkan anak-anak gembira bermain.

Tapi ramai yang mak bapak yang sentap bila dikatakan rumah yang tersusun rapi, bersih, dan keadaan barang yang tidak diusik itu petanda bahawa mereka adalah mak bapak yang tidak baik.

Satu Fb pages milik Muhajirin Tarbiayatul Aulad yang telah dialih bahasa daripada Bahasa Arab itu menerima kecaman kerana ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. 



Kalau ada orang nak datang rumah memang wajib la kena kemas rumah. Takkan nak biarkan je mainan anak-anak bersepah sana sini sampai tetamu nak duduk pun tak selesa. 

Tapi sekali orang datang terjah rumah, tak ke haru tengok rumah bersepah?




Orang kata main bersama-sama anak tu lebih baik, sambil main sambil mengajar yang mana elok dan yang mana tak elok dibuat. 

Jangan biarkan anak-anak bermain sendirian lagi-lagi anak kecil yang suka masukkan mainan di dalam mulut. Kalau dah rumah bersepah, macam-macam benda terjumpa.


Sebenarnya ada yang salah faham dan baca tak habis tentang artikel tersebut. Penulis bukanlah bersetuju membiarkan rumah sentiasa berada dalam keadaan bersepah dan kotor. 

Rumah bersepah ketika anak-anak sedang bermain adalah bagus kerana mereka sedang meneroka pelbagai perkara dalam hidup tetapi anak-anak perlu juga diterapkan tentang aspek kebersihan dan aturan di rumah. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nikkibee 18-12-2017 08:24 AM
point the whole article mungkin betul tp cara di tulis tu mmg menjurus kpd senang orang misinterpret.research xhbis gaya ckp memandai sbb tu orang sentap dgn writer ni.

Lain-lain Komen

Quote Rainrein 15-12-2017 05:29 PM
Anak anak ai sepah mainan dorang je. Lepas main  dorang kemas balik. Itu apa yang ai and suami ajar. Lagipun dorang bukan sepahkan the whole house, cuma kat ruangan depan je sebab senang saya nak monitor masa saya buat keje in case jadi pape.
Quote CiliPadiSedap 15-12-2017 05:34 PM
anak jiran datang rumah selongkar  mainan anak akak, akak jeling dia dengan pandangan malaikat maut terus berair mata dia.

sejak itu ibu dia berterima kasih anak dia rajin kemas mainan dia kt rumah.
Quote noell 15-12-2017 05:47 PM
CiliPadiSedap replied at 15-12-2017 05:34 PM
anak jiran datang rumah selongkar  mainan anak akak, akak jeling dia dengan pandangan malaikat maut  ...

kompom sis you ada saka
budak tuh bukan nampak you jeling tapi dia nampak hantu raya peleset suster ngesot kat belakang you sis belaan turuntemurun sis

sila pi berubat sis

Quote susukambingbest 15-12-2017 05:49 PM
lepas anak main ajarlah anak kemas blik mainan tu. bknnya anak nak main dr celik mata pagi smpai nk pejam mata mlm baru nak kemas. tiap kli nk berenti main utk mkn ke atau nk tgok tv, ajar anak kemas dlu mainan. klau nk main smula, baru punggah blik. bkn biar menan brsepah pnjng hari.

kemas sndiri mainan tu slh satu cara nk train anak jd pngemas bla dah besar nti. nak ajar kena dr rebung. bla anak dah trbiasa kmas sndiri, dorng akan rasa sikap tggungjwb pd diri n org lain. xde la bla dah besar nti jd pmalas mngemas rumah sbb dr kecik mak bapak xpenah sruh kemas brg. jgn smbang kata dah besar nti tau la nk kemas, msa kecik mmg la xreti kemas lg. dah rmai org aku jumpa yg mak ayah xpenah mnyuruh anak buat keje rumah, bila besar, rumah mcm tongkng pecah, xkisah lgsung rumah brsepah tp bla kluar rumah bermekap n mnyemat xhingat.
Quote bungarose 16-12-2017 01:14 AM
Rumah bersepah kotor tanda pengotor. Didik ler anak2 jadi bertanggungjawab dan pembersih. Sekurang kurangnyer anak2 tau kemas semula dan belajar utk tak jadi pengotor
Quote nisako 16-12-2017 08:03 AM
x betul la statement ni
Quote beautifulliar 16-12-2017 09:06 AM
Ckp je la pmls nk kemas..ank pn jd perangai sama sbb makpak ajr gitu tkpe xyh kms tu tnda bljr ank bermain so sel otak bhubung byk bpikir yada yada.
Quote felinecat 16-12-2017 09:52 PM
rumah yg viral kt melaka tu agaknya parents xkuku besi..hehehehe
Quote cmf_premierleag 16-12-2017 11:03 PM
Kalo x larat nak kemas lps anak main sepah2, buat le satu bilik khas utk main
Letak sume lego toy wheels barbie bagai dlm bilik tu dan jgn benarkan sume barang tu keluar dr bilkk tu
Kalo guest dtg, tutup je pintu bilik tu.. Senang kan
Akak pun menyampah tgk barang sepah2 ni. Semak kepala jah
Quote siputsedut 17-12-2017 10:32 AM
Jujurin yach..lepas baca post ni aku sentap kuasa petala 48...sbb aku pesen yg xleh rumah sepah....ruang tamu dining hall dapur tu mmg wajib kemas 24-7..yg anak2 boleh sepah bedroom diorang je...tu pon mesti kemas time before tido..dah utk mencapai tahap kemas senantiasa...x de cara lain mmg kena menyinga...so bila org post gini..aku question myself...am i a bad parent? Tp kalau nk kata anak aku tak pandai pon...tak jgk...anak aku yg sulung chosen by school to attend kelas pre tahfiz lagi next year tadika...sbb dia reading writing calculating lg advance dr rakan2 dia walaupon dia setahun je masuk tadika(sorry terbragging)...anak kedua aku pon normal kreatif jgk kekadang dan very outspoken...tp bila ada post gini..serius aku takut somehow aku dah deprived daya kreativity dorang..tah2 kalau aku bg je sepah diorang dah tahap genius dah sekarang ' tpkan..aku tgk anak org yg cerdik mcm bella ngn tasha anak dr harlina ngn angkasawan negara tu...rumah manjang aje kemas...tp cerdik gk anak dorang
Quote Nham22 17-12-2017 02:33 PM
Nanti anak2 pergi rumah org buat sepah..dah sepah tebal muka balik saja....
Quote bintangterang 17-12-2017 10:24 PM
ai mmg ajar anak kemas mainan lps main. melentur buluh biar dr rebung.mungkin blh elakkan rmh jd cam kt melaka tu
Quote haryatie 18-12-2017 07:50 AM
kena ajar anak lepas main kemas semula..
sediakn 1 bekas kotak/bakul utk dia org simpan semula
bg dia org 1 ruang dan masa utk main
pas main wajib kemas kan
xde istilah ada nak kecil rumah mesti sepah2...
tu maknanya emak pemalas tahap gaban
x suka tengok rumah sepah2.... stress...
satu lagik ajar anak apa yg boleh dimain@apa yg dinamakan mainan
sbb sesetengah budak ni barang hiasan pun dibuat mainan..
aku dulu ckp kat ank brang hiasan cuma utk ditengok, jgn sesekali diusik, diubah tempat
kalau bergerak jerk sikit dr tmpat asal  siap laaa...
so far ok ank2 aku x usik benda2 alah tu..
walaupun hati dia org tergedik gedik...
tu yg kalau ank org yg dtg perangai mcam gengster sekali tu jerk la ko org boleh masuk umah aku

Quote nikkibee 18-12-2017 08:24 AM
point the whole article mungkin betul tp cara di tulis tu mmg menjurus kpd senang orang misinterpret.research xhbis gaya ckp memandai sbb tu orang sentap dgn writer ni.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051737s Gzip On
To Top