Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Dah Macam Terbelit Ular Sawa Gayanya,"- Hatta Dolmat Kritik Fesyen Ella

14-12-2017 11:09 PM|Oleh: Amirah | Dilihat: 9211| Komen: 77

Hatta Dolmat, pereka fesyen terkenal tanah air melahirkan kekecewaanya apabila melihat fesyen yang digayakan Ella baru-baru ini dan menyifatkannya seperti terbelit ular sawa.
Foto: Twitter Hatta Dolmat
Foto: Carian Internet
Katanya, Ella adalah Ratu Rock dan Legenda yang sangat dihormati dalam muzik rock tempatan dan rekaan fesyen tersebut adalah sangat tidak sesuai serta tidak menggambarkan personalitinya.

Foto: IG Ella Aminuddin
Foto: IG Ella Aminuddin
Fesyen yang dimaksudkan Hatta Dolmat itu digayakan ketika Ella mengadakan konsert Ella Live with the MPO, A Rock Queen Journey di Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada awal Disember lalu.

Peminat Ella juga bersetuju dengan kenyataan Hatta Dolmat yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter kerana merindui imej rock Ella yang dahulu.

"Kak Ella, saya merindukan imej yang dahulu. Saya rindukan imej kemeja-t putih dengan gaya rock," tulis salah seorang peminat Ella.

Foto: Carian Internet
Malah ada juga peminatnya mengatakan imej terkini Ella  tidak sesuai dengan kematangan usianya pada hari ini.

Alahai, pereka baju Ella mesti tersentap dengar kritikan Hatta Dolmat kan? Apa pun, suara Ella tetap terbaik! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 76
Komen

Previous : Dituduh Kurang Pandai, Shila Amzah Mengamuk Dibandingkan Dengan Neelofa

Next       : Neelofa Akui Lelaki Takut Mendekatinya, Peminat Ini Beri 7 Sebab Mengapa

Komen Terbaru

Quote Zazama 16-2-2018 09:55 AM
Ella kan baru je berhijab. Saya rasa Ella sedang tercari2 identiti rocking hijabers yg sesuai. So dia tengah try and error. Bagi lah dia masa. Maklumlah selama bertahun bagai dgn freehair, jeans and tshirt, sneakers.

Lain-lain Komen

Quote husie91 15-12-2017 10:26 AM
siapa yg reka baju ella tu..pastu..ella selesa plak nyanyi dengan baju dia mamcm tu {:question
Quote HS357 15-12-2017 10:28 AM
hatta dolmat pon fesyen pelik..ape punye fesyen ulat bulu atas mata?
Quote hanglipolopo 15-12-2017 10:28 AM
Kesian ella..
Quote Burong_Hantuk 15-12-2017 10:28 AM
ella nih suaranya bagos.
Quote September14 15-12-2017 10:31 AM
Mmg buruk bju itu
Quote Burong_Hantuk 15-12-2017 10:32 AM
ini baru pesen ular   


Quote emelia1509 15-12-2017 10:40 AM
ella skang suka benar baju besar2..ada masa over benar besarnye..

tapi iols suka je ella ni..
Quote Knowlee 15-12-2017 10:40 AM
Ella cantik Kalo pakai less.
Quote imransulaiman 15-12-2017 11:18 AM
Nak jadi Lady Gaga kot? Tak pun memang dia nak orang kenang dia sebagai pelik... Who knows?
Quote Kak-Leen 15-12-2017 11:20 AM
Akak x kesah pemakaian dia. Yg penting suara tetap rock & manja!
Quote katibism 15-12-2017 11:22 AM
Ella rasa... selesa jerz. Ingat kn senang ke nak memuslimahkan rock yeah yeah
Quote shailyvelera 15-12-2017 11:28 AM
siapakah perekanya?? kompom perekanya sentap dgn komen hatta dolmat....
Quote tembikai 15-12-2017 11:31 AM
Mmg nmpk pelik  fesyen ella..tapi apa yg dia pkai adalah utk satu persembahan. Bkn promosi baju  jualan hari raya atau pakaian  ke pejabat.

sebagai designer..hatta ptut paham konsep tu..takkanla nak suh ella pkai tshirt putih dgn seluar jeans koyak lagi kut diatas pentas yg  begitu.



Quote shailyvelera 15-12-2017 11:32 AM
Baru tgok ig....outfit dr mimpi kita..
Quote idril 15-12-2017 11:34 AM
yg komen suh pakai baju T putih tu agak2 la... buat kat MPO kot.
cuma fesen tu civilize sket la pakai semat2 n decent dah la xmo la pelik2 sgt.
Quote bukan_ustazah 15-12-2017 11:36 AM
agak pelik baju sheols pakai tu .. but whatever fashion is when you confident with your outfit.
Quote Miamorrr 15-12-2017 11:38 AM
yg bebelit tu ya..macam ular sawa
Quote alesandra 15-12-2017 11:39 AM
aku suka baju masa dia nyanyi closing sea games lepas.
Quote pittjie 15-12-2017 11:58 AM
aku tengok show dia kat mpo masa 1st night. baju yang hatta maksudkan tu baju yg no 2. mmg tak berapa berkenan yach. baju tu sebenarnya macam one piece hugging black dress. tapi mungkin fashion consultant dia fikir baju tu agak ketat melekat tuk ella yang dah bertudung ... so diletak la kain berbelit2 tu. mmg dr seat aku .. agak nampak la yang kain tu bukan dijahit terus kat baju tu. macam just di pin kan je. agak selekeh. boleh je dia pakai long dress yang agak loose ke. besides ... tudung dia tu .. nampak sgt dia tak selesa ya. sbb just di ikat kat belakang mcm makcik2 tahun 80an. dia tak pakai inner yang boleh hold the tudung dgn menge-pin kan tudung tu kat inner sarung penuh. jadi tudung tu macam asyik tertarik kebelakang. many a times ella tarik tepi dan atas tudung dia. dan dia joke kat audience .. what ever happen dgn tudung dia tu, please jgn viralkan. hahah. tapi mmg kesian lorrr. nampak sgt dia tak selesa dgn tudung dia. tak tau la the 2nd night tu still mcm tu lagi tak tudung tu. oh ya .. kalau tak silap laa .. fashion consultant dia tuk show kat mpo was min luna.

i still remember baju2 dia masa show kat IB dgn awie dulu lagi cantik2. masa tu dia pun pakai long dresses. tapi sleeveless la.

Lihat semua komen(77)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055794s Gzip On
To Top