Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Wow! Gadis Ini Kongsi Tips Hilangkan 10Kg Walaupun Makan Nasi..

15-12-2017 11:41 AM|Oleh: Amiey | Dilihat: 2843| Komen: 12

Ramai yang menginginkan badan kurus dan langsing tetapi enggan melakukan senaman rutin serta enggan meninggalkan nasi dalam diet harian.



Gadis cantik yang dikenali sebagai Kak Xara atau nama sebenarnya Nor Shahiera Raslan ini telah berkongsi rahsianya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram walaupun dengan makan nasi!

Berikut merupakan 'posting' si cantik ini di laman facebook miliknya, Kak Xara:

Hai hampaaa.. 
Kak Xara nak share mcm mna Kak Xara turun berat dari 56kg ke 46kg.. Kak Xara tak da la diet mana pon sebab Kak Xara tak boleh dok kalau tak makan nasik.. So Kak Xara pilih diet yang boleh makan nasik.. 😬😬

Kak Xara buat DIET RENDAH KALORI.. Kalau nk buat diet ni hampa kena kira sikit jumlah kalori yang hampa perlu sehari.. Cara nak kira Kak Xara buh kat bawah.. Make sure tengok gambaq smpai habis taw sbb hampa kena kira kalori klau nk buat ni..

Diet ni cadangan hampa mkan nasi dari beras perang tu tp Kak Xara tibai ja nasi putih tu.. Tak bnyk la mkn.. Lauk tu lagi banyak dari nasik la.. Sayoq bnda penting dan wajib ada setiap kali Kak Xara mkn..

JANGAN SKIP SARAPAN ✔️

Jangan tinggalkan sarapan pagi

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la hampa tibai nasik lemak 3 bungkus..

SAY NO TO MAKAN MALAM
Maksud tak mkn malam ni bukan tak boleh makan terus.. Klau nk makan berat sikit hampa makan sebelom pukul 8.. Lps pukul 8 makan untuk kunyan2 manja ja.. Mcm apple hijau..

SAY NO TO MINUMAN MANIS
Jangan minum minuman yang manis

Pastu Kak Xara memang tak amik minuman manis.. Dah dekat setahun Kak Xara minum ayaq kosong ja.. Tapi kadang2 ada jgk tersedut ayaq manis sikit.. Sikit ja tak banyak pastu insaf sat.. hehe

SAY NO TO ICE
Jangan makan ais

Yang ni betoi2.. Dulu Kak Xara klau p kedai mkn.. Wajib order ais 1 cawan asing sbb seronok dok pepak/gigit ais.. Nikmat weyh.. Tapi semenjak perut koi kedepan.. Buat sit up pon tak menjadi.. Kak Xara stop amik ais.. serius wey menjadi.. Perut kempis.. (ada yg kata ais tak menggemokkan.. tapi Kak Xara tak amik ais untuk elak Kak Xara tak minum minuman manis. sbb dua2 ni mcm combo.. wajib.. spa nk minum ayaq sirap tak buh ais.. so ni slh satu cara nk elak minuman manis.)

TEH HIJAU ✔️
Amalkan minum Teh hijau

Kak Xara minum teh hijau taw hampa.. Jangan gatai dok p tambah gula nah.. stg rasa2 pait sikit dok buat rajin tambah gula pulak.. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak..

SENAMAN ✔️
Hampa buat la senaman sikit2.. Klau rasa mls nak keluaq umah.. Hampa tengok ja youtube.. Buat la tabata ka zumba sorang2 kat umah.. Klau umah dua tingkat.. naik turun tangga tu.. Tak yah lama2.. Sat pon jadi la janji buat.. Kak Xara dlu dok p zumba.. Kadang2 3 kali seminggu..

Bab2 makan Kak Xara boleh ckap hat tu ja sbb Kak Xara pon terumbang ambing lg.. 🤣🤣 Point dia Kak Xara nk ajaq cara kira kalori yg perlu supaya hampa boleh mantain apa hampa makan..

Lepas ni boleh lah cuba amalkan 'tips' yang dikongsi oleh Kak Xara ni. Semoga berjaya! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 12
Komen

Previous : 'Anti Stres Semulajadi' - 5 Fakta Mengejutkan Tentang Kelebihan Sperma..

Next       : Wow! Fesyen Tudung LED Melly Goeslow Buat Ramai Terpana.. DSV Cemburu Tak?

Komen Terbaru

Quote Ambola 6-3-2018 09:04 PM
Asyik baca tips jer ambo ni amalkan jer belum

Lain-lain Komen

Quote salamdunia 15-12-2017 11:45 AM
Mana tips Kira kalorinya
Quote devilito2 15-12-2017 11:53 AM
betui la tu...
Quote newyork 15-12-2017 12:20 PM
Pantang air manis tu aa penting..
Quote nisako 15-12-2017 12:24 PM
nak control mula2 mmg susah tp lama2 ok je
Quote lwyl 15-12-2017 12:39 PM
salamdunia: Mana tips Kira kalorinya

Guna myfitnesspal app. Dijamin boleh kurus tapi kena jaga pemakanan.
Quote mdhelmi 15-12-2017 03:40 PM
teori aku cuma elakkan air sejuk/ais dan bykkan bersenam
yg lain2 tibai pon xpe
Quote yangsemb 15-12-2017 05:03 PM
Dengar mcm snang, lglg yg xyah skip makan. Boleh dicuba tips ini
Quote cikdara 16-12-2017 06:00 PM
green tea dan matcha adalah signature minuman aku namun aku belum mampu mencapai impian bergelar ratu kerengga. segala mak nenek diet aku dh cuba namun tidaklah ekstrem. justeru aku dh buat kesimpulan, jenis badan aku ni tekak mmg xdisiplin sementelahan kerjaya aku memerlukan penggunaan tenaga baik fizikal mahupun lantunan suara mmg kena makan karbo utk reload tenaga. jadi impian aku di taun 2018, aku kena add on exercise utk berbadan kerengga.tapi aku ni mmg ratu M   sbb tulah smpai sudah berat xturun turun asik jadi ratu badak air

#target aku taun depan aku dh xjdi mgsa body shaming lagikkk
Quote yayangmama 17-12-2017 10:07 AM
mcm bole try je ni
sbb mmg jarang mnum manis
tapi aisss mmg selalu hahah
caiyok2...perut ni smgu menten, mgu dpn naik balik
Quote merrissa 19-12-2017 01:12 PM
wakakakka...aku ada tips naik kan badan selama seminggu....

erk takpe lah semua org tau...wkakakak
Quote green~tea 21-12-2017 06:58 PM
Nak kurus satu hal dah.. once dah achieve target berat badan, duk concern pasal optimum weight yg paling elok for nice boobs, butt and waist.. kurus sgt pun tak lawa laa aset takde
Quote Ambola 6-3-2018 09:04 PM
Asyik baca tips jer ambo ni amalkan jer belum

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046761s Gzip On
    To Top