Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Untunglah! George Clooney Beri AS$1 Juta Setiap Seorang Kepada 14 BFFnya

14-12-2017 10:57 AM|Oleh: Amirah | Dilihat: 1378| Komen: 8

Bintang paling berjaya di Hollywood, George Clooney telah membuat kejutan yang tidak terduga kepada 14 rakan karibnya dengan memberi wang bernilai AS$1 Juta setiap seorang ketika jamuan makan di rumahnya.

Foto: Carian Internet
Rande Gerber telah menceritakan detik gembira itu dalam program Headliners terbitan MSNBC. Dia turut hadir bersama 13 lagi rakannya yang dikenali sebagai The Boys pada 27 September 2013 dahulu.

Foto: Carian Internet
Wang tersebut dimasukkan ke dalam 14 buah beg hitam dan diletakkan di atas meja semasa dia memasuki kediamannya. 

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya ketika memberi ucapan menyentuh hati itu.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda. Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik anda. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” jelas Clooney kepada rakannya.

Terdapat banyak wang kertas AS$20 yang keseluruhannya berjumlah AS$1 Juta Dollar di dalam beg hitam itu.

Bukan itu sahaja kejutannya, dia juga berjanji akan menjelaskan bayaran cukai yang ditanggung rakan-rakannya.

Dia juga memahami mereka semua pernah melalui kesusahan dalam hidup dan sehingga kini masih ada yang menghadapinya. Oleh itu mereka tidak perlu lagi bimbang selepas ini mengenai anak-anak, persekolahan mereka dan segala hutang akan dibantu oleh dirinya sendiri.

Clooney yang merupakan pemenang dua anugerah Oscars sebelum ini sememangnya seorang sahabat sejati yang tidak pernah lupa diri akan pengorbanan rakan-rakannya sejak dia menceburi industri hiburan sebagai pelakon sehinggalah menjadi seorang pengarah dan penerbit yang cemerlang.

Foto: NY Daily News
Untunglah kawan karib George Clooney! Kita pun boleh buat begini mengikut kemampuan. Apa salahnya menghargai jasa rakan seperjuangan ketika jatuh bangun kita. Betul tak? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Cincin Di Jari Manis, Rihanna Dah Jadi Tunangan Jutawan Arab?

Next       : The Rock Serius, Mahu Jadi Presiden USA Tahun 2020

Komen Terbaru

Quote SummerAutumn 16-12-2017 01:28 PM
Banyaknya duit heshe...bg juta2 kat besfren, x luak pun baki dlm akaun

Lain-lain Komen

Quote hanglipolopo 14-12-2017 01:26 PM
Untungla... dpt jadi bff
Quote nisako 14-12-2017 01:50 PM
wah baiknye ..................
Quote idakamaruddin 14-12-2017 02:08 PM
mat salleh mmg mcmni kan

dorang mcm xksh sgt pasal duit

bole tak tetibe nk mengaku bff heols?

x dpt usd 1j dpt usd 10k pn jadi la



Quote nadie90 14-12-2017 02:38 PM
Wah syoknya...GC mmg btul2 pemurh....smpoi plak tu
Quote yangsemb 14-12-2017 04:17 PM
Huntong laa berBFF ngan org have2 yg pemurah gini
Quote sipot 14-12-2017 05:00 PM
omg untonglaaa dpt bff gini
Quote devilito2 15-12-2017 08:18 AM
pemurah betul ni... bukan sikit2 ... juta woi
Quote SummerAutumn 16-12-2017 01:28 PM
Banyaknya duit heshe...bg juta2 kat besfren, x luak pun baki dlm akaun

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053243s Gzip On
To Top