Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Cincin Di Jari Manis, Rihanna Dah Jadi Tunangan Jutawan Arab?

12-12-2017 05:00 PM|Oleh: Saiful | Dilihat: 2813| Komen: 12

Penyanyi terkenal dunia, Rihanna dilaporkan sudah bertunang dengan kekasih jutawannya yang berketurunan Arab, Hassan Jameel.

Menurut sumber Hollywood Life, khabar tersebut diperkuatkan lagi selepas Rihanna dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya dalam sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Foto: IG Rihanna
Ia dirakam semasa pelantun lagu Umbrella itu meninggalkan Madison Square Garden, New York, selepas menonton persembahan Chris Rock.

Kisah percintaan pasangan merpati dua sejoli ini mendapat perhatian dari peminat seluruh dunia, masing-masing teruja untuk melihat mereka berkahwin.

Malah ada yang begitu yakin mendakwa cincin tersebut memang benar-benar cincin pertunangan Rihanna dengan pewaris perniagaan dan syarikat jenama kereta Toyota di Arab Saudi itu.

Walau bagaimanapun, Hollywood Life turut melaporkan bahawa ada sumber terdekat dengan Rihanna telah menyangkal dakwaan tersebut.

Katanya, Rihanna sengaja memakai cincin tersebut sebagai mesej untuk Hassan cepat-cepat melamarnya.

Foto: Usmagazine.com
Memandangkan Hassan beragama Islam, nampaknya Rihanna wajiblah menukar agamanya kan?

Setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi dari mereka berdua. Jika benar, apa salahnya, semoga kedua-duanya sentiasa berbahagia. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 12
Komen

Previous : Gambar Mesra Tersebar, Agnez Monica Angau Bercinta Dengan Chris Brown?

Next       : Untunglah! George Clooney Beri AS$1 Juta Setiap Seorang Kepada 14 BFFnya

Komen Terbaru

Quote sxxsso 31-12-2017 03:31 PM
untunglah

Lain-lain Komen

Quote awekjepun 12-12-2017 06:13 PM
Manarik..tak perlu susah2 tukar nama..ok dh nama rihanna tu klo convert.
Quote Bujat 12-12-2017 08:20 PM
X perlu tukar agama pun ok dekk{:nose
Quote cicicumel 12-12-2017 09:38 PM
Baru mggu lepas dia suruh peminat2 dia sembah syaitan kan?
Quote eizarz 12-12-2017 11:20 PM
jutawan arab bodo
Quote leena1234 12-12-2017 11:25 PM
Jangan jadi mcm janet jackson sudah, lps 5 tahun kawen, beranak lps tu bercerai. Konon x serasi {:nose
Quote Minami2013 13-12-2017 07:45 AM
Pak arab ni muka not bad... kalo naik flight cam Etihad, Emirates tu sure nmpak ramai pak arab hensem2 muke cam ni...
Quote miemiecha 13-12-2017 09:32 AM
nk bygkan rihanna pakai jubah tutup orat jap
Quote SummerAutumn 16-12-2017 01:31 PM
Bad girl jugek yg pak ereb kejarkan...
Quote yangsemb 17-12-2017 10:24 AM
All da best {:iwant
Quote binisupir 20-12-2017 10:43 AM
Untung rihanna dpt jerung kayo
Quote rainbowrainz 21-12-2017 08:09 AM
doniyaaaa...dooooniiyaaaa
Quote sxxsso 31-12-2017 03:31 PM
untunglah

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047747s Gzip On
To Top